Header Ads

ads header

Flash News

Lawan Anwar atau tak? Azmin umum selepas PRK Sg Kandis


SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan sama ada dia akan melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi presiden PKR selepas hari pengundian pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis 4 Ogos ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan cuba merebut kerusi itu dari tangan Anwar, yang mengumumkan hasrat bertanding 15 Julai lepas.

“Saya tumpukan persiapan di Sungai Kandis. Selepas itu baru umum,” katanya ketika ditemui di ceramah bersama calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, di DUN Sungai Kandis malam tadi.

Pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung bulan depan dijangka menjadi pemilihan yang sengit, melibatkan persaingan antara 2 kem yang diketuai Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Rafizi Ramli.

Rafizi mengumumkan akan melepaskan jawatan naib presiden untuk merebut kerusi timbalan presiden, yang sekarang disandang Azmin.

Azmin menghormati keputusan Rafizi dan menyifatkan perkembangan ini tidak pelik dalam proses demokrasi.

“Inilah kekuatan PKR. Saya berada di jawatan ini pun sepanjang 20 tahun kerana pertandingan. Saya tidak pernah dapat secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Azmin mendoakan Adun Seri Setia Shaharuddin Badaruddin cepat sembuh daripada kesakitan yang sedang dialaminya.

“Beliau di rumah sedang rehat,” katanya ketika diminta mengesahkan sama ada Shahruddin sedang sakit tenat atau tidak.

Terdahulu, media melaporkan exco Selangor itu sedang sakit tenat kerana kanser kolon.


MR : Politik Azmin biasa 'seperti memancing' ada kala ditarik ada kala dihulurnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

14 ulasan:

  1. Azmin memang akan lawan anwar,itu yg mahathir mau.azmin ni anak angkat yg mahathir hantar untuk kerja dgn anwar lepas azmin balik dari amerika lepas belajar dulu.tgk cara azmin sailang wan azizah masa langkah kajang sdah la,PKR dh sepakat utk wan azizah sbagai mb.tp azmin ñi bijak,masa tgh kecoh dia senyap2 p ke istana dan yakinkn sultan yg dia calon mb terbaik dari wan azizah. Tgk macam mana azmin buat anwar dan wan azizah ketua parti macam anak ayam je masa nak lantik mb selangor baru ganti dia yg jd menteri hal ekonomi.dr idris ahmad calon pilihan pakaturn tapi calon azmin jgak yg terpilih.azmin masa m.b dh siap sedia war chest utk lawan jawatan presiden ni,tu selangor d rompak team azmin ni.skandal tanah ijok, skandal lombong pasir,skandal komisyen projek2 d selangor.kalau azmin kalah parti ayah angkat sedia mananti....dan team azmin akan lompat beramai ramai.

    BalasPadam
  2. Dan yakinlah yg pkr ni akan cedera lg teruk dari pas masa jebon2 kalah pemilihan dulu.

    BalasPadam
  3. Inilah balasan yang setimpal bagi pengkhianat Anwar Ibrahim yang mengkhianati perjuangan Islam.

    BalasPadam
  4. Memilih antara dua kepala bapak liberal adalah seperti memilih buaya atau ular sawa. Dan anda akan menjadi mangsa apabila mereka lapar.

    BalasPadam
  5. TV1 adalah agensi milik kerajaan. Ia bukan milik mana-mana parti. Sebelum ini ia di kecam kerana tidak membuat liputan politik secara tidak seimbang yakni pemerintah diberikan liputan meluas sedangkan liputan pembangkang hanya seciput saja atau langsung tiada liputan.

    Dalam era baru, TV1 harus ada mentaliti baru. Dalam era baru TV1 harus seimbang. Namun PRK Sungai Kandis menampakkan TV1 belum berubah. TV1 masih di takuk lama bila 90% liputan PRK di berikan palon PH, 9% pada calon pembangkang dan hanya 1% pada calon bebas.

    Sebelum menguasai PutraJaya PH mengomel, BN memperkakaskan agensi awam dalam waktu berkempen. Kini PH harus walk the talk. Two wrong don't make a right. TV1 harus bebas. Menteri berkaitan perlu ambil maklum akan hal ini kalau tidak mahu di gelar Pakatan Hipokarat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa pakatan liberal-kafir harbi menjadi pembangkang, pemimpin-pemimpin pakatan sibuk berceramah pong pang pong pang mengutuk kerajaan UMNO-BN tetapi akhirnya terbukti pakatan liberal-kafir harbi hanya pandai cakap tak serupa bikin.

      Pelbagai janji dalam manifesto pakatan telah sengaja dimungkiri oleh pakatan sendiri tanpa merasa malu atau segan. Dasar pakatan kepala bapak hipokrit @ munafik.

      Padam
  6. Semasa Harga Minyak Dunia Terus Merosot , harga minyak tidak turun di negara ini semenjak KERAjaan perintah negara ini. Inlah dasar lintah darat !

    BalasPadam
  7. Azmin biasa buat kejutan yang kita tak terfikir.. biasanya last2 minit percaturan mereka akan bertaut kembali .. bila buat internal deal sesama mereka aka 'win2 kepentingan dunia' maka tak berlaku perpecahan... Aku yakin azmin tak disisih cuma bagi channel lain yg ada political benefit buat azmin...

    BalasPadam
  8. Semasa Harga Minyak Dunia Terus Merosot , harga minyak tidak turun di negara ini semenjak KERAjaan pakatan perintah negara ini. Inlah dasar lintah darat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam itu menang, malam itu juga 'faraid' berlangsung. Malam itu menang, malam itu juga kontrak GLC (Teelkom M'sia) diagih-agihkankan. Nampaknya pem'faraid'an didahulukan sedangkan penurunan harga petrol dikomdiankan, kena tunggu kucing bertanduk.

      Padam
  9. Kalau perang proksi adalah realiti di belakang tabir antara MadeWar dan AnWar, AnWar bakal berdepan masalah yang diberi nama "catch 22".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang penting dapigs mesti dihapuskan

      Padam