Header Ads

ads header

Flash News

PAS mungkin tak bertanding PRK Balakong, kata Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Balakong.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini disebabkan majoriti undi yang besar dalam PRU14 yang lalu.

“Majoriti diperolehi terlalu besar. Kita tak nak habiskan masa rakyat lah untuk berkempen.

“Kecuali kalau kita rasa ada kepentingan sesuatu, baru kita buat keputusan baharu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam PRU14 lalu, Ng Tien Chee (PH) memenangi kerusi Balakong dengan memperoleh 41,768 undi berbanding Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) 6230 undi dan Lim Chin Wah (BN) 5874 undi.

Kekosongan kerusi DUN Balakong berlaku selepas penyandangnya Ng maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, 20 Julai lalu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September sebagai hari pengundian bagi PRK Balakong.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 21 hari.

Mengulas mengenai pandangan orang ramai terhadap parti itu apabila tidak bertanding dalam 2 PRK, Tuan Ibrahim berkata itu merupakan hak PAS untuk bertanding di mana-mana.

“Kita pun bukan turun bertanding semberono sahaja. Tempat-tempat yang kita rasa boleh turun, kita turun dan tempat yang kita rasa tak turun kita tak turun.

“Jadi saya fikir kita tak terikat dengan apa-apa. Cuma kita ambil kira faktor lalu dan juga situasi semasa.”


MR : ini modal parti AMANAH nak fitnah PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Pas ug dengan MCA pulak kot

    BalasPadam
  2. Seperti biasa barua-barua ternakan DA-Pig akan menyebarkan pelbagai fitnah seperti rasuah RM90 juta, dedak UMNO, PAS ber'UG' dengan UMNO dll yang tidak berasas untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam walaupun PAS tidak bertanding dalam PRK kerana barua-barua bangsat ini amat bencikan perjuangan Islam.

    Puak kafir harbi dan puak munafik liberal mahu menghapuskan perjuangan Islam kerana perjuangan Islam boleh menghalang rancangan jahat puak kafir harbi untuk menjadikan negara Islam ini sebagai negara sekular liberal yang akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

    Bahkan puak kristian mahu menjadikan negara umat Islam ini mengikut acuan agama kristian berdasarkan slogan puak kristian sendiri seperti Johor for Jesus, KL for Jesus, Subang for Jesus dll.

    Sedarlah umat Islam bahawa bahaya sedang berada di hadapan mata anda semua.

    BalasPadam
  3. Apa salahnya letak calon d kalangan bkn islam atas tiket pas/gagasan sejahtera. Itu lebih baik rasanya.kita smua pon nk tengok jgk.samaada ada perbezaan ke tak dgn prk14 dulu..tapi sekiranya pucuk pimpinan dah putuskan.. Kita trima sj.. Sbb kita smua berpegang kpd walaq dgn pemimpin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembangkang juga perlukan kemajmukan. Kemajmukan ini harus berlandaskan nilai2 universal. Tidak semua bukan-Melayu bersetuju dengan establishment yang ada sekarang ini. Makanya bila ada platform yang sesuai, ia akan menarik penyertaan bukan-Melayu yang berasa loya bila melihat prestasi PH yang semakin hari semakin menjengkelkan.

      Padam
  4. Apa salahnya letak calon d kalangan bkn islam atas tiket pas/gagasan sejahtera. Itu lebih baik rasanya.kita smua pon nk tengok jgk.samaada ada perbezaan ke tak dgn prk14 dulu..tapi sekiranya pucuk pimpinan dah putuskan.. Kita trima sj.. Sbb kita smua berpegang kpd walaq dgn pemimpin

    BalasPadam
  5. Pilihan yang ada ialah:

    Bertanding atau tidak bertanding. Kalau tidak bertanding masih boleh beri sokongan pada mana2 calon atau berpihak pada neutral.

    Kalau tidak bertanding, sokongan kepada calon2 lain yang bertanding boleh dibuat berdasarkan persamaan/kelainan atau berat/ringannya mudarat.

    Bila calon2 adalah semuanya non mukmin sokongan yang boleh diberi adalah berdasarkan non mukmin yang mana paling kurang mudaratnya dalam kalangan non mukmin.

    BalasPadam
  6. sg kandis buat pengundi pilihan anda hanya dua kangkong or tomato..

    BalasPadam