Header Ads

ads header

Flash News

LGE Tipu Kos LRT 3 Kononnya Murah pilihan PH


Seluruh negara malah dunia semalam gempar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan angkuhnya berkata konon Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) berjaya dikurangkan kos!

Maka ‘kecohlah’ netizen pro-Pakatan Harapan (PH) dengan bangganya canang ke pelusuk alam bahawa kerajaan baharu Malaysia berjaya jimat projek rakyat yang konon dibazirkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Bayangkanlah keceriaan Guan Eng dengan megah pada sidang media di Putrajaya mendedahkan konon projek rel mega itu dapat diturunkan kosnya daripada RM32 bilion kepada RM17 bilion iaitu penjimatan 47 peratus. Wow!

Begitulah nasib penyokong tegar PH yang tanpa fikir panjang terus ‘hadam’ segala pembohongan Setiausaha Agung DAP itu tanpa tahu fakta sebenar projek LRT 3 menghubungkan Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia, Klang.

Walhal bagi yang ikuti perkembangan semasa tentu maklum, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran projek itu di Shah Alam tahun lalu sudah pun menyatakan kos pembinaannya cuma RM9 bilion.

Apa? Hanya RM9 bilion meliputi landasan sejauh 36 kilometer dilengkapi 25 buah stesen termasuk laluan bawah tanah dengan operasi perkhidmatannya mengandungi 42 set tren enam koc yang boleh tampung 74,000 pengguna!

Bagi yang tidak tahu cerita lama itu, silalah klik pautan berita ini Projek LRT 3 Bakal Siap 31 Ogos 2020 – PM dan secara kebetulan pernah disiarkan sebagai tajuk utama semua media tempatan pada 24 Ogos tahun lalu.

Lucunya semalam, Guan Eng tiba-tiba memaklumkan media konon kos RM9 bilion itu ‘amat mahal’ serta terpaksa dikurang jadi RM16.63 bilion dengan tanpa ada lima stesen, terowong sejauh dua kiometer dan stesen bawah tanah.

Bahkan projek yang sepatutnya boleh siap awal tahun 2020 itu, tetapi kini dilanjutkan sehingga lewat tahun 2024 dengan operasi harian hanya dijalankan menerusi 22 set tren 3 koc dan ia tentunya kuranglah kapasiti penumpang.

Lebih kelakar, beliau berkata penjimatan kos projek itu menyaksikan saiz depoh dan beberapa buah stesen terpaksa dikecilkan. Adakah Guan Eng buat lawak jenaka atau cuba perbodohkan rakyat Malaysia dengan fakta sebegini?

Untuk rekod, ketika Najib melancarkan projek LRT 3 di Stadium Malawati pada tahun lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu Menteri Besar Selangor, turut hadir dan ada bersama-sama di pentas utama.

Guan Eng jika masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada Timbalan Presiden PKR itu yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengenai bagaimana suasana meriah majlis pelancaran projek Kerajaan Persekutuan tersebut.

Maka timbul persoalan, apakah maksud Guan Eng konon berlaku penjimatan hampir 50 peratus, padahal Najib dapat laksana projek itu lebih murah tanpa sebarang bajet tambahan? Atau Guan Eng cuba tipu rakyat jahil fakta?

Jika terbukti Guan Eng sengaja berbohong, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak kerana terbukti berlaku ketirisan dan pembaziran duit rakyat marhaen oleh kerajaan PH sendiri. – Mynewshub.TV


MR : Pakatan Harapan sentiasa cuba untuk "kencing" rakyat dengan menyangka bahawa rakyat bodoh untuk berfikir. Sebenarnya PH tak ada beza dengan BN sebelum ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

5 ulasan:

  1. Ooi Abeng ko kurang kemudahan dalam pembinaan MRT 3 kemudian ko katakan ko dapat selamat wang kerajaan

    Dalam kes ECRL pula mengapa kos asal kerajaan dulu hanya 55 billion sekarang sudah meningkat menjadi 90 billion.... Cuba terang mengapa peningkatan boleh berlaku ???

    BalasPadam
  2. tak mengapa penyokong ph boleh hadam sebab non muslim lebeh amanah dari muslim

    BalasPadam
  3. Kes banglo dia tu bila nak sambung balik? Jamal pun dah kena denda rm400.. Susah payah pi tangkap kt indon..

    BalasPadam
  4. Kita merasa sangat hairan kera jaan pakatan sibuk mahu menangkap dan mendakwa Jamal dalam mahkamah tetapi kera jaan pakatan membiarkan sahaja abang besar roket hidup bebas walaupun dia telah didakwa kerana kes banglo terlajak diskaun dll.

    Bahkan abang besar roket telah dilantik menjaga wang kera jaan pakatan. Apa akan berlaku jika penyamun diminta menjaga rumah kita?

    BalasPadam
  5. Lge yang menyatakan kos projek lrt 3 berkurang hampir 50 % dimana dijangka siap pada 2024 berbanding kenyataan kerajaan bn 2020 dan juga pengurang station dan juga jumlah train penumpang...dimana letaknya pakatan hancing sama dengan bn wahai tuan minda rakyat?Sila hadam dn faham artikel sebelum menuduh bn yang banyak juga jasa dan membawa kemajuan pada negara.

    BalasPadam