Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia usir Zakir Naik?


KUALA LUMPUR: Penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, akan diusir hari ini, lapor media India, tetapi peguamnya di Malaysia nafi terima sebarang notis penghantaran pulang.

“Tak benar. Kami tak terima sebarang notis ekstradisi,” kata Shaharuddin Ali, yang mewakili Naik, kepada FMT.

Beliau berkata permintaan rasmi untuk menghantar pulang anak guamnya mestilah daripada Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Luar Negeri.

Beliau berkata notis itu tidak boleh daripada polis atau Jabatan Peguam Negara.

“Pada ketika ini, kita diarahkan untuk mencabar sebarang tindakan untuk mengekstradisi anak guam kami ke India. Kami perlu melihatnya ekstradisi itu secara bertulis.

“Jika ada ekstradisi secara bertulis, kami mahu melihatnya,” kata Shaharuddin.

Sementara itu, Naik dipetik Republic TV berkata berita ekstradisi itu “sama sekali tak berasas dan palsu”.

“Saya tiada rancangan untuk ke India sehingga saya rasa dilindungi dari pendakwaan tidak adil. InsyaAllah, saya akan pulang ke tanahair jika saya rasa kerajaan akan berlaku adil dan saksama,” katanya.

Media India hari ini melaporkan Naik, yang disiasat di India atas dakwaan pengubahan wang dan penyebaran ekstremisme, “akan menaiki penerbangan ke India hari ini”, menurut laporan Times Now.

Sementara itu NDTV melaporkan Naik akan dikeluarkan dari Malaysia “malam ini”, memetik seorang pegawai polis anti-pengganas di Bukit Aman, Mohammed Raby Abu Bakar.

Naik dituduh memberikan ucapan provokasi, yang menurut kerajaan Bangladesh menjadi penyebab serangan di Dhaka yang menyaksikan 22 orang maut.

Agensi Penyiasatan Kebangsaan India juga sedang menyiasat NGO yang diasaskan Naik, Yayasan Kajian Islam, berhubung dakwaan pengubahan wang.

Dia diberi status pemastautin tetap di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.


MR : Jangan kerajaan PH buat kurang ajar ke atas Zakir Naik. Dia suara umat Islam seluruh dunia, dia juga dicintai umat Islam seluruh dunia.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Baru kenal madeykutty ke..? Korban memali pun selamba je si bangsat tu cakap mati katak..

    BalasPadam
  2. Nak gubah wang perlu ada sumber. Nak gubah wang haram kena ada sumber wang haram. Contohnya ice boleh dijual sebagai ice cream. Untung yang diperoleh kalau digubah akan jadi gubahan wang halal.

    Kalau "ice" yang dijual gubahan wang selepas itu nyata haramnya. Asas ini perlu jadi pegangan agar tuduhan melakukan gubahan wang haram tidak ditimpakan ke atas golongan yang berbakti kepada masyarakat.

    Yang hendak ditimpakan adalah golongan perosak sebenar yang mana bisnes2 kabur dan tersembunyi yang melata2 secara tertutup di celah2 hutan konkrit dan yang meraih untung bertan2 dan terus bertumbuh, membunga dan membiak.

    BalasPadam
  3. Menghalang seorang pendakwah yang bersenjatakan mikrofon dan hujah2 dari melakukan pendakwahan dengan cara melemparkan tuduhan melakukan itu dan ini terhadapnya, adalah seumpama menghalang politikus dari mendedahkan korupsi dan kepincangan dalam pemerintahan dan seterusnya politikus itu dikenakan berbagai tuduhan dan dibicara ikut undang2 rimba. Semua ini sampai tahap ini bila populariti merosot, otokrasi kurang menyengat dan kedudukan semakin goyah.

    Tunggu

    BalasPadam
  4. Satu kesilapan besar dan tidak dapat dimaafkan jika PH hantar Ulama Zakir Naik ke India. Kita tunggu dan lihat. Mana macai pan/ikram yg mendakwa terlalu Islam sangat tu.

    BalasPadam
  5. Kita sama-sama lihat samada tangan dajjal merayap dalam kjaan PH..

    BalasPadam
  6. Kita sama2 mohon pada ALLAH akan perkara ini tidak berlaku. YA ALLAH, KAU TUTUPKAN PINTU HATI MEREKA DARI MELAKUKANNYA, AAMIIIN.

    BalasPadam