Header Ads

ads header

Flash News

Seks songsang, pelacuran isu lebih besar


KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal kerana isu perkahwinan di bawah umur menjadi tular di seluruh negara.

Katanya, isu itu tidak wajar disensasikan kerana tidak dibincangkan secara teliti sehingga menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, sewajarnya isu LGBT, pelacuran, gejala sosial lain yang perlu ditangani kerana ia penyakit yang amat bahaya jika melanda masyarakat.

“Kahwin pada usia muda adalah perkara biasa. Kalau kawan-kawan saya dulu khususnya yang tidak bersekolah umur 15 hingga 16 tahun sudah kahwin.

“Ianya sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan malah agama juga tidak salah,” katanya.

Pada masa yang sama, Amar berkata perkahwinan itu berlaku di luar Kelantan iaitu di Thailand.

Untuk itu katanya, Kerajaan Negeri sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) bagi menjalankan siasatan lanjut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Amar berkata, isu lebih besar yang patut disensasikan adalah tentang budaya seks songsang yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

 “Isu kahwin bawah umur adalah terpencil sedangkan isu zina, seks songsang seperti gay dan lesbian lebih besar impaknya pada negara.

“Tidak sepatutnya kita overreact dalam isu ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2018



MR : Kerajaan PH juga nampak terikut-ikut dengan isu minor berbanding isu major kerana kerajaan PH nak cari populis bagi menyekat kebencian rakyat makin melebar terhadap penipuan manifesto kerajaan PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Australian archbishop Philip Wilson guilty of concealing child sex ...

    https://www.bbc.com/news/world-australia-44205985

    May 22, 2018 - Fletcher was later convicted of nine child sexual abuse charges in 2004, and ... The president of the Australian Catholic Bishops Conference, ..

    BalasPadam
  2. Seronoklah titik bila bapak yang terkait dengan isu si anak berkahwin diusia sebegitu lazimnya tidak akan memberikan sebarang titikan balas.

    Berbeza dengan isu pelacuran ialah kalau kegiatan itu diulas panjang lebar, bukan saja 'bapak ayam' akan ulas balas, macam "BAPAK" yang terkena batang hidung jadi sensitip!

    Wakakaka

    BalasPadam
  3. Orang muda biasanya dua tiga belas tahun sudah baligh, so lepas baligh apa salahnya kahwin kalau suami mampu.

    BalasPadam