Header Ads

ads header

Flash News

Memelihara Agama: Mengapa Rasulullah Hancurkan Berhala?


1. Ketika berjaya menguasai Mekah, Rasulullahﷺ mengarahkan para sahabat supaya meruntuhkan semua berhala. Menurut al-Bukhari terdapat hampir 360 buah berhala dan Rasulullahﷺ sendiri yang memukulnya dengan tongkat Baginda. Apakah Rasulullahﷺ tidak menghormati hak kemanusiaan Quraysh untuk beragama?

2. Malah Rasulullahﷺ memerintahkan para sahabat untuk meruntuhkan berhala disekitar Mekah. Khalid al-Walid meruntuhkan berhala terbesar iaitu al-Uzza yang terletak di Nakhlah (HR al-Nasai’i & al-Bayhaqi). Saidina Amru al-As pula menghancurkan berhala Suwa’ (Ibn Sa’d, al-Tabaqat), manakala Sa’d ibn Zaid pula menghapuskan berhala Manah.

3. Mengapa Rasulullahﷺ mengarahkan sahabat untuk menghancurkan berhala sembahan Qurasyh? Apakah Bagindaﷺ tidak menghormati dan memberi hak beragama Quraysh? Atau apakah iman para sahabat senipis kulit bawang? Takkan tengok berhala sahaja boleh menyebabkan mereka ingin kembali kepada kekufuran?

4. Dari satu aspek, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa arahan Rasulullahﷺ ini adalah bagi memelihara Muslim itu sendiri dari terpedaya atau terpesona untuk kembali kepada kekufuran. Lihatlah bagaimana sahabat yang mempunyai keimanan yang tinggi tersebut masih boleh terdedah kepada fitnah aqidah ini. Sekalipun Bagindaﷺ ada di sisi mereka, Bagindaﷺ memastikan agama seorang Muslim itu terpelihara dahulu.

5. Dengan sebab itu ketika mana Saidina Umar membawa Taurat dan dibaca di sisi Rasulullahﷺ, Baginda menjadi marah dan berkata: Apakah engkau terpesona dengannya wahai Ibn al-Khattab? (HR Ahmad & al-Nasai’i). Menurut al-Qurtubi, larangan Rasulullahﷺ ini bagi mengelakkan mereka yang tidak mahir dengan agama lain daripada terpengaruh sehingga meninggalkan Islam. (al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran).

6. Lihatlah bagaimana Bagindaﷺ mengutamakan memelihara agama dan aqidah Muslim itu sendiri dengan tindakan yang sangat tegas. Bukan kerana iman sahabat Nabi itu senipis bawang, tetapi kerana langkah pemeliharaan aqidah itu sangat utama.

Mudah-mudahan Allah memelihara umat Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


MR : Mujahid Rawa keliru atau sengaja menjaga kepentingan diri demi mengukuhkan parti Amanah untuk sokongan bukan Islam? Kalau itu maksudnya sangat daif.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

1 ulasan:

  1. Tunggu masa aje untuk Tun Mahathir mampus. Bila dia mampus ,Pakatan Harapan akan berada dalam huru-hara. Orang kafir akan cuba menekan boneka-boneka mereka untuk melaksanakan polisi yang menindas orang Melayu. Itu sebab mereka mahu menghapuskan raja-raja. Supaya PDRM dan RAMD akan dibubarkan.

    Ayuh mari kita hidupkan Revolusi Melayu Islam. Kita perlu berganding bahu dengan Raja Raja Melayu. Ambil kembali negara kita yang sudah dirampas oleh Kafir Laknatullah.

    BalasPadam