Header Ads

ads header

Flash News

Richard Malanjum Bukanlah Paling Kanan Dan Pelantikan Beliau Tidak Mengikut Protokol


Saya merasa pelik. Bolehkah Peguam Negara (PN) atau sesiapa di Jabatan Perdana Menteri menjelaskannya?

Dilaporkan bahawa Tun Md Raus Sharif, Ketua Hakim Negara (KHN) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018. Kini beliau sedang bercuti. Pada 11 Julai 2018 jam 9.30 malam Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara (KHN).

Soalannya, bolehkah Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai KHN ketika Tun Raus belum mengosongkan jawatan itu?

Walaupun Tun Raus telah memberi notis perletakan jawatannya, ia hanya akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018. Walaupun beliau bercuti, beliau masih memegang jawatan itu.

Memandangkan pelantikan Tan Sri Richard Malanjum berkuatkuasa dengan serta-merta, ia bermakna bahawa dari 9.30 malam pada 11 Julai 2018 hingga 12.00 tengah malam 31 Julai 2018, terdapat dua orang KHN. Adakah pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sah?

Dikatakan bahawa Tan Sri Raus diberi "cuti taman" (garden leave), yang bermaksud bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak tidak melakukan sebarang kerja semasa tempoh notis itu, tetapi masih dibayar gaji. Itu mungkin amalan di sektor swasta yang mungkin juga diterima pakai di sektor awam yang melibatkan pegawai tadbir.

Saya menghujahkan bahawa amalan itu tidak boleh dipakai kepada KHN, yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang. Tiada siapa, termasuk Perdana Menteri (PM) mempunyai kuasa untuk membuang kuasa itu daripadanya.

Mengapa upacara mengangkat sumpah itu dilakukan pada waktu malam yang mengejutkan semua orang? Adakah Yang di-Pertuan Agong dan PM begitu sibuk pada siang hari sehingga ia perlu dilakukan pada waktu malam?

Sekiranya Majlis Raja-raja telah dirunding dalam mesyuaratnya pada 11hb Julai 2018, mengapakah tergesa-gesa mengangkat sumpah pada malam yang sama?

Bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) bermesyuarat dan membuat cadangannya kepada PM?

Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu? Tan Sri Raus masih KHN walau apa pun pandangan seseorang mengenai pelantikannya. Pelantikannya tidak diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana mahkamah. Sepatutnya beliau mempengerusikan mesyuarat itu. Walaupun beliau bercuti, beliau sepatutnya dimaklumkan dan mempegerusikan mesyuarat itu.

Sekiranya beliau dan Tan Sri Zulkefli, Presiden Mahkamah Rayuan (PMA), atas sebab-sebab tertentu, tidak dapat mempengerusikan mesyuarat itu, orang yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar (Malaya) (HB (M)). Dari segi protokol, beliau lebih kanan daripada Tan Sri Richard Malanjum (Hakim Besar (Sabah dan Sarawak) (HB (S & S)).

Masalah yang saya timbulkan sepuluh tahun yang lalu, apabila Rang Undang-undang SPK dibentangkan di Parlimen yang diterima pakai oleh Ahli Parlimen pembangkang (kini dalam kerajaan PH) semasa perdebatan, menjadi kenyataan.

Menurut protokol, HB (M) lebih tinggi daripada HB (S & S). Oleh itu, Tan Sri Ahmad Maarop sebenarnya berada di hadapan bagi menyandang jawatan KHN (jika Tan Sri Zulkefli meletak jawatan pada tarikh yang sama dengan dengan Tun Raus). Oleh itu, kedua-dua Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Richard Malanjum perlulah menarik diri daripada mempengerusikan atau duduk dialam mesyuarat SPK ketika ia membincangkan pengganti Tun Raus.

Akhir sekali, mengapa Badan Kehakiman hanya diwakili oleh Ketua Pendaftar? Beliau hanya seorang pentadbir, bukan seorang Hakim. Jika Tun Raus (KHN) dan Tan Sri Zulkefli (PMA) bercuti, selepasnya adalah HB (M), Tan Sri Ahmad Maarop dan, selepasnya, terdapat banyak Hakim Mahkamah Persekutuan. Sudah tentu, salah seorang daripada mereka boleh hadir.

Tun Abdul Hamid Mohamad
13 Julai 2018
https://tunabdulhamid.my
tunabdulhamid@gmail.com


MR : Perlantikan ini bukan kira senior atau pun protokol tetapi mengikut apa yang disarankan oleh DAP yang kini menguasai PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

6 ulasan:

  1. Kera jaan pakatan tidak pernah mempertimbangkan pendapat umat Islam yang menjadi rakyat majoriti di negara ini. Ini bererti kera jaan pakatan bukan kerajaan demokratik tetapi kerajaan diktator pimpinan puak sekular liberal dan kafir harbi.

    Bahkan kera jaan pakatan memberi keutamaan kepada kaum kafir minoriti seperti menyokong UEC yang menjadi kepentingan kaum China dan menafikan hak umat Islam.

    Orang Melayu yang menyokong dan mengundi pakatan adalah pengkhianat terhadap agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Org melayu dlm ph dah layu sekarang org melayu kebanyakan dah mula nampak agenda sebenar dap lantik tun m jadi pm mudah diperkudakan. Pada org melayy yg sokong ph masih belum terlambat untuk berubah suarakan kekesalam dalam setiap blok yg kamu lawati tunjukan bahawa org melayu boleh bersatu. Tolak pemimpin melayu yg pro ph terutama yg pro dap. Moga mp pkr tidak terlalu takut pada desakan dap jng jadi mcm mp pan barua dap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lihatlah ucapan Rafizi Ramli tu yang mengutuk bangsa sendiri dan mengagung agungkan orang kafir.

      Padam
  3. Kalau Pak Syeikh pun tak laku suaranya barang sesen pun, suara yang lain2 tu bolehlah dianggap masuk telinga kanan keluar telinga kiri jer.

    BalasPadam
  4. Mufti , ulamak, tuan guru berdiri dan keluarkan hujah2 dan nas2 psl.halini.

    BalasPadam