Header Ads

ads header

Flash News

Menjaga Agama Islam Berbeza Dengan Menghormati Agama Lain


Menjaga agama Islam merupakan salah satu tujuan penting dari pensyariatan perundangan Islam. Ia meliputi menjaga Islam dari dipermainkan dan dihina; dan mengawal orang Islam dari melakukan perkara bid’ah, khurafat, syirik, kufur dan sebagainya. Ia dilakukan dengan dakwah dan dengan kawalan undang-undang.

Termasuk dalam menjaga Islam ialah memperbaiki amalan agama orang Islam dan mendakwah orang bukan Islam.

Menghormati agama selain Islam merupakan tuntutan dalam Islam. Islam menggunakan prinsip tiada paksaan untuk agama dan tidak boleh menzalimi mereka. Islam memberikan kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agama.

Keghairahan menghormati dan bertolarensi ini tidak boleh sampai menghilangkan tanggung jawab dakwah iaitu menyampaikan Islam kepada mereka. Tugas ini penting kerana itu adalah tugas Rasul dan diteruskan oleh semua orang Islam.

Golongan liberal tidak suka dengan perkataan dakwah kerana ia menganggap Islam lebih mulia dari agama lain. Mereka berpegang dengan prinsip semua agama sama dan dengan itu tiada lagi perlu untuk berdakwah.


MR : Ada dikalangan pimpinan hari ini nak menunjukkan kononnya mereka menjaga agama lain sehingga terlanjur dengan agama sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

Tiada ulasan