Header Ads

ads header

Flash News

Resolusi 10 Perkara Persidangan Meja Bulat NGO-NGO & Pendakwah- Pendakwah Islam Malaysia 2018


Pasca Pilihanraya Ke-14 menyaksikan perdebatan hangat tentang masa depan Islam dan Umat Islam khususnya orang Melayu. Keresahan di kalangan umat Islam semakin dirasakan apabila muncul kalangan yang semakin bebas menyuarakan desakan dan tuntutan untuk menidakkan kedudukan dan fungsi agama Islam sebagai Agama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menimbulkan provokasi agar beberapa institusi dan agensi Islam ditutup, murtad diizinkan,  peruntukan untuk pendidikan Islam khususnya sekolah-sekolah Tahfiz ditiadakan.

Rentetan dari itu, sebuah sekretariat yang dinamakan SEKRETARIAT PEMBELA ISLAM (SPI) yang mengembelingkan pimpinan NGO, para pendakwah, pendidik dan ilmuan Islam telah dibentuk dan pada 23hb Syawal 1439 Hijriah bersamaan 7hb Julai 2018, bertempat di Akademi Darul Huffaz, Kajang, Selangor, satu Persidangan Meja Bulat telah dianjurkan oleh SPI yang dihadiri oleh 200 orang dari 50 NGO, komuniti pendidik, pendakwah dan ilmuan Islam seluruh negara.

MAKA dengan ini, Persidangan Meja Bulat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas dengan ini mengeluarkan satu RESOLUSI seperti berikut:

1. Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri  yang baru dibentuk selepas PRU 14 hendaklah segera bertindak memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menyatakan dengan jelas agenda, dasar dan pelan tindakan kepada masyarakat umum.

2. Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri tidak tunduk dengan tuntutan golongan yang anti Islam, sekular, liberal dan kufar yang cuba mengambil kesempatan selepas PRU 14 untuk mencorakkan negara mengikut kehendak ideologi dan hawa nafsu mereka yang jelas menyalahi pegangan aqidah majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

3. Bahawa semua peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam dan Umat Islam yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan dan ditambahbaik, ini termasuklah memastikan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang tertangguh dibawa dan diluluskan dalam Sidang Parlimen akan datang. SPI juga menuntut agar Institusi Mufti, Mahkamah Syariah dan Majlis-Majlis Agama Islam negeri yang tidak beraja untuk diletakkan dibawah pentadbiran Yang Dipertuan Agong.

4. Bahawa kedudukan Maqasid Syariah terus diperjuangkan oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-kerajaan Negeri sebagai satu tanggungjawab kenegaraan dan asas pertahanan Islam.

5. Bahawa kedudukan ekonomi umat Islam mesti terus dilestarikan melalui pembentukan agenda dan dasar ekonomi umat yang lebih mantap dan menyeluruh seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menjadikan Perkara 153, Perlembagaan sebagai paksinya dan mewajibkan semua kementerian dan agensinya menyerahkan KPI atau Report Card pencapaiannya yang dilapor terus kepada Perdana Menteri.

6. Bahawa Malaysia terus dijadikan pusat Hub Halal dunia yang berprestasi tinggi dan menjadi rujukan antarabangsa. Bagi maksud tersebut, sebuah Suruhanjaya Halal Negara hendaklah dibentuk dengan diberikan empowerment dan keupayaan teknologi halal bertaraf dunia.

7. Bahawa kualiti sistem pendidikan negara diangkat menjadi sistem yang berupaya melahirkan insan yang sempurna ( al-insanul kamil ), berpaksikan tauhid bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang jauh dari kebejatan moral dan akhlak sehingga dapat membendung gejala rasuah, kemaksiatan dan jenayah.

8. Bahawa sistem pendidikan Tahfiz yang menjadi  pilihan dan tarikan ramai ibu bapa Muslim di Malaysia masa kini diangkat menjadi sistem arus perdana (mainstream system) dan disepadukan dengan pengajaran sains dan teknologi. Sekolah-sekolah tahfiz swasta, pondok pengajian tradisional dan sekolah agama rakyat yang banyak berjasa dalam melahirkan modal insan beriman dan bertaqwa terus disokong kewujudannya dengan menyalurkan bantuan perkapita dan bantuan-bantuan lainnya.

9. Bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan bagi mendakwa dan menghukum mana-mana orang yang mempersoalkan kandungan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan isu hak istimewa Melayu dan Bumiputera ini terus dipermainkan sebagai isu perkauman dan bahan hasutan.

10. Bahawa  amalan dan perbuatan menghina ajaran dan hukum Islam, kitab suci Al Quran, Hadith dan keperibadian Rasulullah SAW yang merupakan pegangan majoriti rakyat Malaysia hendaklah dikanunkan sebagai amalan dan perbuatan yang boleh dihukum dengan hukuman yang berat dalam undang-undang sivil dan syariah dengan penguatkuasaan yang tegas. Ini bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menjadi punca kepada perpecahan dan rusuhan kaum dan agama.

Dan bahawasanya wakil-wakil organisasi, kumpulan dan individu berikut dengan ini menurunkan tanda tangan masing-masing sebagai tanda sokongan dan kesepakatan bersama terhadap RESOLUSI 10 PERKARA ini dan menuntut ianya diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk dilaksanakan bagi kesejahteraan Umat Islam khususnya dan kebaikan rakyat Malaysia amnya:

Organisasi

1  Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia.
2  Uruskop
3  Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor
4  Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum
5  Akademi Darul Huffaz
6  Institut Kajian Masyarakat & Perundangan
7  Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
8  Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Kebangsaan Malaysia
9  Maahad Lil Aytam
10  Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum
11  Maahad Tahfiz Felda Lasah
12  Alumni Maahad Tijarah
13  Majlis Ittihad Ummah
14  Dewan Pemuda Masjid Malaysia
15  Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim & Tahfiz  Al-Habbah
16  Koperasi Maahad Tahfiz Tijarah Berhad
17  Koperasi Pembangunan Asif Berhad
18  Koperasi Serbaguna Apal Besut Berhad
19  Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah
20  Pertubuhan Angkatan Melayu Islam Nusantara
21  Pertubuhan Permuafakatan Warisan Anak Bangsa Malaysia
22  Alifbata Serikandi Masyhur
23  Kelab Svnt Serikandi
24  Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah
25  Madrasah Tarbiyatul Mustafa
26  Persatuan Penduduk Bangiku
27  Yayasan Wanita Islam
28  Persatuan Halaqah Al Quran Selangor
29  Persatuan Pendidikan Perdagangan & Pengurusan Mutawwifah Manasik Muslim Malaysia
30  Aswaja Selangor
31  Muslim Enterpreneur Best Team
32  Persatuan Syafaqah Ummah
33  Yayasan Himmah Malaysia
34  Persatuan Pengguna Islam Malaysia
35  Himpunan Lepasan Institusi Pelajaran Malaysia
36  Pertubuhan Kebajikan Amal Mesra Amanah Generasi
37  Pertubuhan Jati
38  Persatuan Cina Muslim Selangor
39  Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilah Malaysia
40  Geng Tolong Orang
41  Persatuan Throwball Malaysia
42  Budiutama Malaysia
43  Kelab Throwball Berjasa
44  Kelab Throwball Tijarah
45  Asian Throwball Association
46  Persatuan Tomoi Muslim Malaysia
47  Skuad Al Misbah

Anjuran : Sekretariat Pembela Islam (SPI)

MR : kadang kala kita selalu sedih bila Islam tertindas di negara sendiri oleh orang-orang yang juga melaungkan seperti suara Islam, tapi kita tak sedar mungkin Allah mahu kita bersatu ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

Tiada ulasan