Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin cuti sakit, Dr M ambil alih tugas di KDN


Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih tugas menteri dalam negeri berkuat kuasa hari ini, ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selepas pembedahan.

Perkara itu dinyatakan setiausaha akhbar menteri dalam negeri Hafiz Abdul Halim dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Muhyiddin selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas.
"Pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Beliau akan mengambil cuti bagi menjalani rawatan bermula hari ini dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

"Sementara ketiadaan beliau, perdana menteri akan menjalankan tugas-tugas menteri dalam negeri," katanya lagi.

Manakala itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan rasa syukur susulan Muhyiddin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreasnya.

Dr Wan Azizah berkata beliau dimaklumkan bahawa Muhyiddin sekarang berada dalam keadaan stabil.

"Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas," kata beliau dipetik Bernama.


MR : Mahathir memang suka jawatan ini, tapi manisfeto PH tidak membenar PM pegang post lain. Tapi kini PH boleh buat apa sahaja termasuk langgar manifesto kerana kerajaan sekaran dah kencing banyak sangat rasa terbiasa dengan 'kencing-kencing' ni....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: