Header Ads

ads header

Flash News

SPR benarkan 38 pemantau BERSIH di Sg Kandis


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju membenarkan BERSIH menghantar 38 pemantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis.

BERSIH mengumumkan hal ini pada sidang akhbar selepas bertemu SPR di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Ini kali pertama sejak 2010 kami boleh duduk semeja berbincang (dengan SPR) secara terbuka mengenai proses pemantauan NGO.

"Kami meminta seramai 109 pemantau dibenarkan tetapi mereka berkata kerana kekangan pada pihak mereka - terdapat NGO lain yang turut menghantar pemantau dan saiz bilik darjah untuk (pusat) mengundi mungkin terlalu kecil untuk memuatkan kesemua pemantau - SPR mencadangkan membenarkan dua orang pemantau untuk setiap pusat mengundi," kata pengarah eksekutif gabungan pilihanraya bersih dan adil, Yap Swee Seng.

Menurut Yap perancangan ini terbuka untuk perubahan berdasarkan jumlah pengundi bagi setiap pusat mengundi.

109 saluran, 19 pusat mengundi

Secara keseluruhan, ia melibatkan 38 pemantau pilihan raya memandangkan sebelum ini SPR mengumumkan terdapat 19 pusat mengundi pada pilihan raya 4 Ogos akan datang ini.

Permohonan BERSIH untuk 109 pemantau itu bermaksud seorang pemerhati diletakkan bagi setiap 109 saluran di 19 pusat mengundi itu.

Tarikh tutup permohonan pemantauan pilihan raya adalah pada Isnin, 16 Julai depan.

Semalam, BERSIH memohon untuk mengadakan pertemuan dengan SPR bagi membenarkan lebih ramai pemantau dan meminta maklumat mengenai syarat-syarat pemantauan.

Pemangku pengerusi BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari berkata SPR menjelaskan kepada mereka syarat-syarat pemantauan dalam pertemuan hari ini.

SPR tak benar keluar kenyataan

"Pemantau tidak akan dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai apa-apa perkara yang berlaku di dalam bilik penamaan calon dan pengundian dari hari penamaan calon ke hari mengundi.

"Bagaimanapun, mereka dibenarkan mewawancara pegawai pilihan raya, hanya bukan di dalam bilik mengundi.

"Terdapat beberapa penyesuaian dan kami melihat beberapa pembaikan," kata Shahrul.

Hari penamaan ditetapkan pada 21 Julai, diikuti tempoh berkempen selama 14 hari.

Shahrul enggan mengulas mengenai syarat-syarat pemantauan sementara menunggu perbincangan dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu.

Ini bakal menjadi pilihan raya pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14, di mana Shuhaimi menang dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang BN (Umno), PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Setakat ini, tiada pihak telah mengumumkan calon mereka untuk pilihan raya itu.


MR : Kebebasan dan demokrasi nampak makin baik, tapi jangan pula fitnah dibiarkan dengan berita persepsi sehingga banyak berita tak benar daripada berita benar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. sapa yang nak pantau berita fitnah,khabar angin yang cuba mencipta persepsi kepada orang ramai??

    BalasPadam
  2. Bersih tak sesuai pantau sebab sebahagian gang pakatan hancing.

    BalasPadam
  3. pantau atau berkempen?

    SPR perlu tetapkan syarat

    tak mahu musang berbulu ayam

    kenapa dihadkan?

    seeloknya dibuka kepada semua pihak

    BalasPadam