Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Terengganu sedia jadikan kawasan Masjid Kristal sebagai tahfiz


PETALING JAYA: Ketika pelbagai tekanan dibuat pihak tertentu termasuk bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar kerajaan menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam, lain pula pendirian kerajaan Terengganu.

Terbaharu kerajaan negeri memaklumkan kesediannya membuka ebuah pusat Tahfiz di kawasan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata pembukaan pusat Tahfiz di situ antara perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai satu cara untuk menghidupkan lagi persekitaran Masjid Kristal di samping ia kekal sebagai kawasan tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.

“Cadangan untuk jadikan kawasan Taman Taman Islam di kawasan Masjid Kristal sebagai pusat Tahfiz kami sokong. Tanah sekitar kawasan itu luas, antaranya kita boleh wujudkan tahfiz, kita tak kata mesti dibuat tahfiz, tapi kita terima cadangan itu.

“Kami akan mengkaji. Tidak mustahil kita akan buat tahfiz, pembinaan penempatan itu dalam perancangan kita,” katanya kepada FMT ketika ditanya pendekatan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk menghidupkan kawasan Taman Tamadun Islam di negeri itu.

Memandangkan kawasan Masjid Kristal agak jauh dengan petempatan orang ramai, Ariffin tidak menolak sekiranya kerajaan negeri membina petempatan baru di kawasan itu, termasuklah membina chalet bagi memudahkan pelancong menginap.

“Tidak mustahil juga kita adakan petempatan, kita bina chalet untuk pelancong. Itu dalam perancangan kita,” katanya.

Cadangan supaya kawasan Masjid Kristal dijadikan Pusat Tahfiz Diraja turut disuarakan veteran PAS, Subky Abdul Latif.

Ariffin turut menjawab isu dibangkitkan yang mempersoalkan kenapa kerajaan negeri tidak menjadikan Masjid Kristal sebagai tempat solat Jumaat.

Katanya, lokasi Masjid Kristal jauh dari kawasan petempatan orang ramai merupakan sebab utama solat Jumaat tidak dibuat di situ.

“Solat Jumaat belum dibuat di sana sebab kedudukannya jauh dari petempatan dan orang yang pergi ke sana pelancong sahaja.

“Kedudukannya sekarang ia dijadikan Masjid “Tourism”, kecuali ada perkembangan lain pada masa depan, sebab kawasan itu luas, kita bina petempatan baru dan mungkin pada masa itu kita boleh buat Solat Jumaat,” katanya.


MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:


  1. Apabila ada satu puak yang cuba menghina Islam, maka akan tibul pula satu puak lain yang membela Islam.

    Semoga Allah rahmati pembela2 Islam.

    BalasPadam
  2. satu masa dulu sesama umat ambil berat ke atas perkara2 negatif yang lain2 umat melakukan. contohnya menegur dan menghalang umat meminum alkohol, makan babi, hisap rokok dll. ini digalakkan kerana membabitkan perkara negatif.

    sekali air bah sekali tebing berubah. kini, bukan saja perkara negatif yang akan mendapat kritikan/tentangan, waima perkara2 positif seperti menghafal, berpuasa dan belajar kalau menimbulkan isu/masalah, akan turut ditentang.

    BalasPadam
  3. Kita merasa dukacita melihat manusia munafik yang mendakwa diri mereka beragama 'Islam' dan nenggunakan nama Melayu Islam bersekongkol dengan parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi menfitnah, menentang dan menghina agama Islam, ulama Islam, institusi Islam, jemaah Islam seperti PAS dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    Bahkan puak munafik , barua dan pemimpin pakatan telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah seperti kononnya PAS ber'UG' dengan UMNO dll untuk menghasut rakyat membenci parti Islam PAS.

    Bukankah sekarang PH sedang ber'UG' dengan UMNo di Kedah dan Perak?

    Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana sentiasa berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam.

    BalasPadam
  4. doa bnyak2 biar Allah hapuskan segera pemerintah yng mcm dah tiada iman kat hati2 mereka....semua boleh..syiah..lgbt..pluralisme..Malaysia Baru konon...ni bukan Malaysia Baru tapi nak jahanamkan Islam dan umat Nabi Muhammad saw secara perlahan lahan...woiii buka mata hati...lah cukup2 ditipu diputar belit...mana ulama kenapa membisu..mana Sultan2 Melayu...bangkitlah.....Malaysia negara Islam..bukan negara sekular..tngok apa jadi sekarang...Malaysia Baru kononnya..yng baru apa
    Ag..tak pandai ckp Melayu
    Sprm....pengarahnya belum angkat sumpah depan Agung dah berani tangkap orang
    Orang yng menyiasat 1 mdb....entah apa kuasa senang2 tangkap orang tertuduh
    Ketua Hakim Negara kristian..
    Menteri Agama PH tak kisah hal2 lgbt ke. ..syiah ke
    Nauzubillahminzalik

    BalasPadam
  5. Jikalau ada puak yang tak mahu Islam , maka Allah akan pilih puak yang lain. Sudah berapa kali dalam sejarah perkara ini berlaku. Pada permulaannya kaum Arab , kemudiannya orang Afrika Utara , kemudiannya Mongol dan China , kemudiannya Moghul India , kemudiannya Turki hingga ke hari ini nampaknya.

    Kalau orang macam Zam tak mahu ambil tanggungjawab agama , orang lain boleh pikul. Allah dan Islam tak perlukan orang seperti dia. Kita oerlukan Agama bukan Agama Yang perlukan kita. Umpama kita perlukan makan minum untuk hidup begitulah juga kita perlukan agama.

    BalasPadam