Header Ads

ads header

Flash News

Parlimen tegang 10 minit pertama


 KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.

Roosme memaklumkan hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan tersebut.

Ketegangan bermula apabila Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses pelantikan diteruskan.

Tindakan itu mengundang kritikan daripada Ahli Pembangkang yang lain dari Pas dan BN.

Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.

Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Pakatan Harapan- Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan- Pandan).

Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.


MR : Nampak macam hangat parlimen kali ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

2 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas kepada UMNO BN dan PAS kerana berani menentang menentang kemungkaran, kesesatan, penyelwengan, diskirminasi dan kezaliman pakatan liberal-kafir harbi yang sedang menindas Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Zaman ini adalah zaman darurat di mana puak munafik liberal bersekutu dengan puan kafir harbi menindas agama Islam dan umat Islam. Pakatan ini lebih bersikap perkauman kerana mereka lebih suka membela dan menyokong UEC dll yang menjadi kepentingan kaum China dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti seolah-olah negara ini sedang menuju ke arah Malaysian Malaysia.

    Bahkan pemimpin-pemimpin kafir harbi dengan kerjasama pemimpin Melayu munafik bersekongkol mahu menyerahkan pendakwah Islam yang terkenal Dr Zakir Naik kepada rejim Hindu di India yang telah terkenal menindas dan membunuh umat Islam di Kashmir dan India.

    Kehadiran Dr Zakir Naik di negara kita telah menggagalkan rancangan puak munafik liberal dan kafir harbi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian. Maka 'Johor For Jesus', 'KL For Jesus', Subang For Jesus' dll tidak akan menjadi kenyataan selagi pendakwah Islam yang hebat seperti Di Zakir Naik berada di dalam negara ini.

    Maka semua pemimpin Melayu Islam termasuk PAS dan UMNO BN dll perlu berkerjasama menentang kemungkaran, kesesatan, penyelewengan, diskriminasi dan kezaliman pakatan liberal-kafir harbi terhadap agama Islam dan hak umat Islam.

    Marilah kita semua umat Islam bersatu padu untuk menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU15 supaya pakatan liberal-kafir harbi kalah dalam PRU15 supaya mereka tidak boleh menindas agama Islam dan umat Islam.

    Kita juga menyeru ahli dan pemimpin UMNO kembali kepada ajaran Islam dan berkerjasam dengan PAS membela agama Islam dan hak umat Islam. Kekalahan UMNO dalam PRU15 jelas membuktikan puak kafir telah mengkhianati UMNO walaupun UMNO telah banyak memberi kekayaan kepada puak kafir. 95% puak kafir telah mengundi parti kafir harbi roket dan menolak UMNO ! Mulai 2015, UMNO perlu mengelakkan diri dari diperalatkan oleh puak kafir !

    BalasPadam
  2. Ingatkan hanya BN saja suka melatah bila dibangkang dalam Dewan, ropa-ropanya PH lagi keuat latahan mereka. Lebih sadis, ada yang mace KERA dapat bunga lagaknya.

    BalasPadam