Header Ads

ads header

Flash News

Projek baru ‘Menara M’ atasi rekod pencakar langit yang dilancar Najib?


KUALA LUMPUR: Pemilik Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur merancang pembinaan sebuah projek 3 menara di di tengah-tengah ibu kota, yang mungkin mengatasi pencakar langit 118 tingkat yang dilancarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2016, lapor akhbar The Edge.

Menara baru oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, yang digelar “Menara M”, dikatakan sedang dirancang untuk 10-15 tahun akan datang, dan 27 tingkat lagi tinggi daripada PNB 118 yang dibina oleh syarikat pelaburan kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang dikritik sebagai projek membazir oleh pengkritik Najib.

PNB 118 apabila siap pada 2024 akan menggambil tempat menara Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia.

Tetapi keunggulan itu tidak akan bertahan lama apabila Menara M siap dibina.

Pembinaan kompleks baru itu akan memburukkan lagi lebihan ruang pejabat di ibu kota, kebimbangan yang disuarakan pengkritik terhadap bangunan mega pencakar langit di Kuala Lumpur.

Rancangan itu dibuat ketika Tun Razak Exchange, satu lagi projek yang dipromosikan oleh kerajaan terdahulu, sedang terbentuk. Projek itu termasuk pembinaan Exchange 106 yang setinggi 106 tingkat.

Seorang perunding hartanah berkata Menara M akan menambah 3 hingga 4 juta kaki persegi lagi kepada pasaran hartanah, di atas 16 juta kaki persegi daripada Tun Razak Exchange.

“Oleh sebab itu kebolehlaksanaan mega projek seperti Menara M perlu mengambil kira permintaan dan bekalan pasaran masa depan agar akhirnya tidak menjadi projek gajah putih,” kata Adzman Shah Mohd Ariffin lapor EdgeProp, laman berita hartanah oleh The Edge.


MR : Masing-masing nak tunjuk kehebatan dan nak tinggal legasi hebat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

2 ulasan:

  1. salagi ada hayat dikandung badan cipta nama sabanyak mungkin

    BalasPadam