Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak berkempen untuk BN


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) berdepan masalah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila satu lagi parti pembangkang, PAS, enggan menghulurkan bantuan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, semalam menegaskan parti itu tidak akan membantu kempen calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, untuk merampas kerusi DUN itu daripada PKR.

Roslan berkata, keputusan PAS Selangor tidak meletakkan calon pada PRK itu dibuat atas persefahaman bersama dengan BN dan ia tidak lebih daripada kerjasama sebagai blok pembangkang.

Rayuan Lokman untuk mendapatkan bantuan daripada PAS tidak diendahkan, walaupun beliau tegas mahu bertemu pemimpin setempat parti itu di Sungai Kandis.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dilaporkan mahu berbincang dengan kepemimpinan di bahagian dalam usahanya meyakinkan PAS untuk terbabit sama dengan jentera kempen BN.

PAS memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam PRK itu yang diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Langkah PAS Selangor itu seperti menyatakan penyelesaian aman yang ditawarkan parti itu hanya untuk membenarkan BN bertanding dalam PRK dan ia memberi isyarat jelas parti itu tidak berminat serta ada sebarang kaitan dengan gabungan pembangkang.

Tindakan PAS itu tidak memeranjatkan pakar geostrategi, Prof Dr Azmi Hassan, yang menyifatkan tindakan itu sebagai keputusan taktikal.

"PAS kelihatan yakin bahawa BN bukan saja akan kalah dalam PRK ini tetapi undi majoriti yang bakal diperoleh calon PKR juga akan meningkat.

"Berdasarkan kepada itu, saya menganggapkan PAS mahu mengenepikan sebarang dakwaan bahawa ia menyokong BN sepanjang kempen dan selepas PRK ini boleh secara selamat menyatakan mereka tidak terbabit secara langsung dan keputusan itu tidak akan diterjemahkan kepada kemerosotan sokongan pengundi kepada mereka," katanya kepada NSTP.

Dalam PRU-14, kerusi Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusi itu, mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi serta majoriti 12,480 bagi mengalahkan Kamaruzzaman yang memperoleh 11,518 undi. Mohd Yusof menerima 7,573 undi manakala Hanafiah hanya mendapat 76 undi.

PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman (BN) dan calon Bebas, K Murthy.


MR : Ahli PAS dah matang siapa perlu disokong dan diundi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

12 ulasan:

  1. Tak pe la biar je la pakatan hancing dan dap melanyak orang islam malaysia.orang islam melayu mmg layak dilanyak ...

    BalasPadam
  2. Takpelah. Tak kempen skli pon xpe. Yg penting undi bn nnt.
    Ni pon pilihanraya kecil je

    BalasPadam
  3. Kalau tak boleh menangpun #undirosak juga boleh sampaikan mesej secara berkesan pada kerajaan negeri. Ayuh kempen #undirosak demi masa depan lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa guna undi rosak? matlamat kita nak hapuskan ph. kalau undi rosak baik tak yah mengundi

      Padam
    2. Puak DAPur dan khadam-khadam liberalnya paling gembira jika undi Melayu rosak kerana undi Melayu rosak menjamin kemenangan puak pakatan liberal-kafir harbi.

      Jangan terperangkap dalam tipudaya puak DAPur dan khadam-khadamnya yang anti-Islam dan anti Melayu Islam.

      Padam
  4. Masa sekarang bukan untuk bergaduh. bersatu benamkan ph.

    BalasPadam
  5. Pas jangan sombong.

    BalasPadam
  6. Betul dan setuju dgn tindakan PAS.
    Biarkan adik beradik si PEROMPAK dan si PENYAMUN bergaduh sesama sendiri

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=204160976926278&id=167529120589464

    BalasPadam
  7. Malasnak komen la perangai pas ni.pelik betul dengan sesama melayu islam pyh sgt nk bekerjasama.suka lu la

    BalasPadam
  8. Sebilangan penulis komen mendedahkan kejahilan mereka sendiri dengan menyalahkan PAS. Sebenarnya PAS mahu melihat apa akan berlaku jika berlaku satu lawan satu. Ia adalah satu eksperimen ilmiah untuk mengukur kekuatan UMNO dan Pakatan dan bagaimana PAS boleh mengatur startegi untuk mengalahkan pakatan di masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This is a litmus test.
      Let us see if BN can win on its own.

      Padam