Header Ads

ads header

Flash News

Saya boleh terus jadi TPM walaupun bukan presiden PKR kata Wan Azizah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau boleh terus menjadi timbalan perdana menteri kerana masih merupakan presiden Pakatan Harapan (PH), walaupun terpaksa melepaskan jawatan presiden PKR kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jawatan ketua umum PKR yang disandang Anwar ketika ini akan dikosongkan, selepas suaminya memenangi jawatan presiden kerana ia tidak wujud dalam struktur parti itu.

“Kita belum ada lagi perbincangan (sama ada jawatan ketua umum akan dipertandingkan).

“Selalunya tak ada jawatan ketua umum dalam struktur parti…Dalam PH, jawatan saya tetap akan diteruskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Wan Azizah kekal sebagai timbalan perdana menteri jika Anwar memenangi jawatan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Katanya, ketika ini, Anwar tiada locus standi untuk memegang jawatan dalam kerajaan, manakala PH bersetuju membenarkan Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Pandan menjadi timbalan perdana menteri.

Pada 19 Julai lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, PKR akan membincangkan keperluan mengekalkan jawatan ketua umum yang diwujudkan 11 tahun lalu untuk Anwar kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melarang beliau menyertai pemilihan parti selepas dibebaskan dari penjara.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Wan Azizah akan tetap memainkan peranan dalam PKR walaupun tidak menjadi presiden parti itu.

Katanya, perbincangan akan diadakan bagi memastikan Wan Azizah kekal aktif dalam PKR.

“Kita akan bincang peranan Wan Azizah dalam parti.”


MR : Akhirnya akan menjadi PKR parti untuk keluarga bukan untuk rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Alaa ni semua sandiwara je utk "cushion" sebarang kerisauan dari pihak Dap/Madey bhw Anwar MEMANG berniat nak ganti Madey sbg PM. Dan memang patut pun Anwar ganti Madey, dah lama pun patutnya tu. Mana Anwar tak geram...lepas Madey, Madey lagi jd PM. Bila nak tiba giliran Anwar jd PM, Madey jugak yg jd PM. Anwar jugak masuk dalam lg. Kau ingat Anwar sengaja berlembut dan memaafkan Madey kali ini, sekurang2nya utk kamera, tanpa ada ganjaran balas ke? Siapa ingat mcm tu memang bahalol politik la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la dap.. dulu kemain kutuk mahathir.. xkan tiba2 maafkan semua kesalahan mathir. Ini semua ada agenda sendiri

      Padam
    2. Kalau den jadi Madey, dah lama den soh Dap tu makan saman bilion2 atas fitnah yang dilontarkan pada den selamo 22 taun. Wakakaka

      Padam
    3. Dalam perlumbaan ini, Pas kena backup Nuar utk jadi PM. Madey terbukti lebih gemar berdangdut dgn Dap.

      Padam
  2. Persoalan yang bermain difikiran analis adalah kalau AnWr duduk di kerusi MO1, siapa akan duduk di kerusi MO2? Bila kerusi MO1 dah terjamin kerusi MO2 jadi perhatian.

    Jadi siapa? Ultra Malay akan bersara wajib. Malay first tak sihat. Gone End possible (kerusi dua terbanyak). Mat Pan possible, cumanya pandangan CoE macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Anwar dah jadi PM, tak kisah dah siapa yg jd TPM. Yg penting ialah polisi2 Anwar sbg MO1. Adakah akan kembali kpd status quo ketuanan melayu islam atau masih nak ikut telunjuk kapir? Kalau dia masih ada saki baki nostalgia zaman UM dulu, dia akan pilih yg pertama. Adalah lebih baik Anwar pilih yg pertama sementara kerosakan pasca pru14 ke atas kepentingan melayu islam masih sempat diperbaiki. Tp kalau dia memilih yg kedua, Anwar kena ingat...tiada kuasa yg kekal selamanya. Dan sekali org melayu dapat kembali kuasa mereka, the reverse process will not be that smooth. Akan ada backlash dan dendam yg terpendam.

      Padam
  3. Jika PM meninggal dunia, akan berlaku perebutan kuasa yang serius dalam kerajaan pakatan sendiri. Jika Nua gagal membawa parti mata satu bersekutu dengan parti PAS dan UMNo dll, Nua mungkin berputih mata sahaja.

    Mungkin puak DAPur mahu menjadi PM atau TPM kerana puak Dapur juga mempunyai ramai MP dalam pakatan ! Bahkan puak DAPur mempunyai khadam setia yang bernama PANda yang akan menyokong abang besar DAPur.

    Malangnya sebilangan orang Melayu jahil tentang politik sehinggakan agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam tertindas di negara sendiri.

    BalasPadam
  4. "Pada 19 Julai lalu, Saifuddin dilaporkan berkata, PKR akan membincangkan keperluan mengekalkan jawatan ketua umum yang diwujudkan 11 tahun lalu untuk Anwar kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melarang beliau menyertai pemilihan parti selepas dibebaskan dari penjara"

    Komen:

    Dulu Ros dikatakan duduk dihujung jari telunjuk BN, persepsi sekarang ialah Ros duduk dihujung jari telunjuk PH. Makanya dulu 'haram' sekarang dah 'halal'.

    Jadinya Ros yang mana satu kata Tok Sheikh tak boleh bertanding jawatan parti sedangkan Ros yang Baru berada dihujung jari telunjuk PH. Ros atau Ros-mah? Biar bonar.

    BalasPadam