Header Ads

ads header

Flash News

Peranan Guan Eng dikurang, Azmin lebih berkuasa


Peranan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan telah dikurangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Anggota Parlimen Ayer Hitam itu berkata demikian ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.
"Persepsi rakyat ialah kuasa menteri kewangan telah dikurangkan, jadi book keeper. Ini persepsi sebab mereka melihat agensi-agensi di bawah MOF telah diasingkan, dimasukkan dalam (bidang kuasa) menteri di bawah Hal Ehwal Ekonomi yang mempunyai kuasa lebih," katanya.

Wee berkata kerajaan mesti menjelaskan pertindihan kuasa antara dua kementerian itu.

"Dulu syarikat yang ditubuhkan di bawah MOF Inc, sekarang nampak ada dua bos, dua menteri.

"Siapa yang sepatutnya mempunyai kuasa dan siapa yang menyampaikan mesej kepada mereka dan kepada siapa mereka patuh arahan," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Wee juga mempersoalkan keperluan kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan memandangkan peranan itu boleh dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, saiz kabinet kerajaan sekarang juga tidak jauh berbeza dengan kerajaan BN sebelum ini walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengurangkannya.

"Saiz kabinet pada suatu ketika (HARAPAN) kata perlu dikecilkan. Sekarang kita masih ada 25 kementerian, dua kementerian ada pertindihan.

"Adakah 26 (menteri) kabinet campur tiga menteri (JPM) iaitu 29 orang tidak besar?" soalnya.
Sebelum ini, seramai 35 menteri dan 27 timbalan menteri memimpin 24 kementerian di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


MR : Mahathir ada pelan nak jadi Azmin pengantinya biasalah seorang ayah angkat pasti akan ada simpati kenapa anak angkatnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. MR : Mahathir ada pelan nak jadi Azmin pengantinya biasalah seorang ayah angkat pasti akan ada simpati kenapa anak angkatnya....
    ...
    Malangnya plan Jemin nak jadi PM terbantut sebab Nuar dah awal2 potong stim nak jadi Presiden Pkr. Takkan Timbalan Presiden Pkr plak jadi TPM? Mestilah Presiden Pkr kan. So Jemin terpaksalah bagi laluan pd Pak Sheikh dulu sbb Sheikh dah lama kempunan ni. Asek2 Madey je jd PM. Lepas madey, madey lagi. Bila pulak Nuar punya turn ni? Tp Nuar pun tau Jemin tu perkakas Madey. Kalau Jemin jd Presiden Pkr, bukan saja Nuar tak dpt jadi PM, Dinasti Nuar dalam Pkr pun pakat terkubur sama.

    BalasPadam
  2. MCA bukan saja perlu lebih vokal malah memulangkan lebih banyak paku buah keras kepada Dap kalau mahu dapatkan kembali apa yang telah berpindah pada Dap.

    BalasPadam
  3. Jangan berharap la dengan mca..sandiwara opera cina je tu.Sebenarnya mereka juga penyokong dap yang memperjuangkan kaum cina atau pun agenda2 kafir menghancurkan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Ak mmg x prcya mca. Depa mungkin brlakon brgaduh tp d blakang sokong dap utk bodohkan mlyu.

      Padam