Header Ads

ads header

Flash News

Anwar berdepan laluan berliku


Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri bertanding Presiden PKR disifatkan seakan 'hero' bagi mengisi fasa kemenangan parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah bertanding jawatan nombor satu parti ketika ini jauh lebih 'berat' berbanding membina PKR daripada 'kosong'.

Katanya, kemenangan yang bakal dikecapi Anwar apabila menyandang jawatan Presiden akan memberikan kesan besar kepada PKR, malah landskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

"PKR dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) daripada 'kosong' sehingga jadi parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH).

"Kini kita mempunyai 50 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri lebih 60 (daripada PKR), selain memerintah kerajaan negeri dan jadi blok terbesar dalam PH.

"Dr Wan Azizah mencipta rekod sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dan menyandang jawatan Presiden PKR.

"Semua ini berlaku ketika PKR menjadi parti politik pembangkang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pasca pergelutan sebagai parti politik pembangkang, Saifuddin berkata PKR kini berdepan cabaran lebih getir untuk mengisi kemenangan yang bakal digalas 'bahu' Ketua Umum itu.

Beliau berkata, kemenangan Anwar juga akan membolehkannya duduk sebagai regu dalam Majlis Presiden PH, selain mewujudkan gandingan terbaik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saifuddin berkata, pertembungan idealisme 'selamatkan Malaysia' dan agenda reformasi diyakini berupaya memacu hala tuju negara ke arah lebih baik.

"Biarpun PKR ialah parti yang sangat demokratik dan terbuka, namun kerana kedudukan Anwar sebagai satu institusi, penghormatan yang selayaknya diberikan anggota parti adalah suarakan dokongan dan sokongan itu (supaya jawatan Presiden) tidak ditandingi," katanya.

Mengulas kerangka kepemimpinan PKR pasca pemilihan, Saifuddin berkata, kedudukan jawatan Ketua Umum akan ditentukan menerusi perbincangan dalaman parti dan diumumkan bila tiba masanya.

Menyentuh kemungkinan wujud saingan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Saifuddin menyuarakan keyakinan Timbalan Presiden PKR itu akan berikan dokongan kuat kepada Anwar supaya menang tanpa bertanding.


MR : Anwar cuba dikhianati apabila rakan-rakannya melihat kuasa....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Nuar wajib menang kalau nak jadi PM. Hanya sbg presiden Pkr sahaja beliau boleh jadi PM. Lagipun selagi Jijah jadi presiden Pkr, selagi itu madey dan Dap boleh memperkotak katikkan Pkr. Nampaknya org2 kanan Nuar dlm Pkr pun kurang senang dia jd presiden Pkr. Madey dan Dap lebih2 lagilah gelisah. Tp bagi Nuar, its now or never.

    BalasPadam
  2. Jemin lagi gelisah..orang kuat madey tu .

    BalasPadam
  3. anuar cannot do anthing he should take action immeditely after his release thats says in the manisfesto yes u are correct Shahriman shahnaz

    BalasPadam