Header Ads

ads header

Flash News

Pas ada terima dana 1MDB atau tidak? Tanya Ahmad Fadhli


KUALA LUMPUR - Ahmad Fadhli Shaari (Pas- Pasir Mas) meminta pengesahan Tony Pua (DAP-Damansara) sama ada Pas menerima dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, berdasarkan ucapan Pua, beliau hanya menyebut BN tetapi tidak Pas, berhubung penerimaan dana itu.

Jadi beliau mahu kepastian bahawa Pas tidak dikaitkan dengan isu penerimaan dana berkenaan.

"Setujukah Damansara (Pua) jika saya katakan bahawa Pas merupakan parti tak terima dana 1MDB berdasarkan data yang ada," katanya ketika mencelah perbahasan Pua di Dewan Rakyat petang ini.

Menjawab persoalan ini, Pua berkata, "Saya tiada maklumat, saya minta menteri jawab," katanya agar soalan itu diajukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sebelum itu, Pua dalam perbahasannya ada menyatakan bahawa terdapat dana 1MDB yang disalurkan kepada parti komponen BN.

"Jumlah wang 1MDB yang disalurkan kepada parti MIC sebanyak RM 20 setengah juta.

"Pulangkan semua wang ini kepada kerajaan malaysia , tolonglah parti-parti BN yang terima dana  daripada 1MDB pulangkan pada kerajaan biar hurang 1MDB dapat diturunkan," katanya.

Pas sebelum ini beberapa kali menafikan pihaknya ada menerima dana 1MDB.

Antaranya, menafikan tuduhan bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.


MR : Akhirnya DAP (baca PH) terperangkap dengan pembohongannya sebelum PRU menuduh PAS terima duit 1MDB....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Maklumat tentang MIC ada. Ia jatuh dari langit atau dapat dalam mimpi kot. Nampak sangat menepu.

    BalasPadam
  2. Kalau ditanya pd LGE, confirm dia jawab, kes sdg dalam perbicaraan di UK. Kita tak boleh komen lagi 😁

    BalasPadam
  3. Kita tunggu dan lihat dulu.. Sejauh mana depa nak main wayang.. HSR yg dah kata batal pun tiba2 blh buat uturn kata nak tangguh plk... Bila sentimen dendam mempengaruhi pucuk pimpinan PH maka muncullah idea2 merepek.. Yang penyokong tegaq depa pun bknnya nak pikiaq apa.. Yg penting kena bela pimpinan depa dan hentam PAS.. Bila berhujah, last2 kluaq ayat mcm penyokong umno jgk.. "kami rilek saja.. Yg ampa kalut buat apa"..hehehe...
    Kesimpulannya, kita yg penyokong dan pendokong PAS ni jgn jd mcm depa.. Biaq kita blh berhujah pakai fakta.. Dan semoga Allah S.W.T. memelihara pimpinan dan pendokong PAS dri terjebak dgn fitnah dan permainan politik depa yg celaru tu.. Aamiin..

    BalasPadam
  4. Sy mohon PAS saman husam musa, mahfoz omar & anggota PAN yg mfitnah PAS..masa kempen pru14 aritu teruk PAS kena fitnah smpi tkesan pnyokong PAS yg turn ke PH..sy tggu je siasatn rasmi sprm..bila tbukti dana rm90 juta itu fitnah mohon sgt2 unit perundangan PAS saman mereka2 ni..geram btol sy

    BalasPadam