Header Ads

ads header

Flash News

Prof. Dr. Ahmad Samsuri: “Bilakah Politik Begini Akan Berakhir?”


“Bertukar kerajaan, makin sengsara rakyat. Orang politik bergaduh, bergaduh, bergaduh. Masalah kami rakyat tidak selesai. Bilakah politik begini akan berakhir?”

Demikian intipati penting wawasan teknokrat Menteri Besar Terengganu, Prof. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dalam Ucap Negeri yang berlangsung di Wisma Darul Iman pada Selasa lepas . Cetusan itu terbit daripada rasa jengkel dan bosan beliau terhadap sikap sesetengah pemimpin dan parti politik. Ketika berkuasa BN menekan, menganaktirikan dan menzalimi  PAS dan PH. Ahli dan penyokong PAS khususnya dinafikan bantuan dan hak. Pegawai ditukarkan dan peruntukan kepada wakil rakyat dan negeri dilambatkan atau dinafikan.

Naik pula PH, ingatkan berakhirlah era hitam hidup rakyat. Rakyat menjangkakan ‘orang baru’ akan melatari landskap politik dengan budaya harmoni dan saksama.  Rupanya tidak. Kitaran ganas keangkuhan politik BN kini diambilalih oleh PH. ‘Lagi teruk,’ demikian luahan rakyat.

Justeru pendekatan  yang diambil oleh Dr. Ahmad Samsuri tampaknya cuba keluar dari kitaran itu. Demikian azam dan wawasan beliau. Sebab itulah beliau mendahulukan hak-hak rakyat daripada mendedahkan salah urus tadbir dan penyelewangan kerajaan terdahulu.

Kedengaran suara sebahagian rakyat yang mahukan beliau bertindak  terhadap pihak atau syarikat yang menyeleweng dan menjahanamkan harta rakyat dan negeri. Contohnya, mereka mahu kontraktor yang menyebabkan Taman Ilmu gagal disempurnakan diambil tindakan.  Siasat siapa dalang. Bayar gantirugi atau dibawa ke pengadilan. “Pendosa terhadap hak rakyat dan negeri tidak wajar dibiarkan begitu sahaja,” sergah mereka.

Di sudut lain pula, sebenarnya Maju, Berkat dan Sejahtera yang menjadi cogankata negeri harus juga merangkumi kerajaan itu sendiri. Kata-kata  ‘mempertahankan kemenangan lebih payah daripada mencapai kemenangan’ harus menjadi pengajaran. Suasana yang harmoni dan kondusif dalam kerajaan dan parti perlu lestari.

Di samping keadilan perlu dikembalikan kepada rakyat yang tertindas, tenaga-tenaga pakar dalam negeri hendaklah diutamakan agar tidak timbul rasa cemburu dan tidak puas hati. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan modal perebutan jawatan dan     ‘ghanimah’ dalam kerajaan negeri dan GLC sebagai bahan kempen mereka dalam PRU15 nanti.

Jangan membuka ruang untuk sesama sendiri ‘cah keting’ kerana  kecuaian kita mengutamakan kroni. Apabila kita mengambil  tenaga pakar dari luar negeri, pastikan kita ada hujah dan justifikasi yang meyakinkan. Kalau tidak, ingatlah kronisme dan nepotisme adalah virus yang membunuh apabila berada pada tahap 4.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukIslam

BayangDiAir
19/7/2018


MR : Jangan sampai kita disengat dua kali....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Mencari kesalahan lawan amat mudah. Setelah dicari, dibicara dan dihukum apa selepas itu? Terus mengorek dan mencari?

    Dalam pada itu dapatkah hukuman mengembalikan keadaan kepada yang asal? Dan kalau tidak di hukum di sini apakah di 'sana' juga akan terlepas?

    Jadinya usah terikut ikut apa yang pusat buat. Balas dendam bukan penyelesaian. Takkan hilang arah kalau laluan tidak menyimpang.

    BalasPadam
  2. Kalau pilih PAS semua masalah diselesaikan sama-sama. Sebab kita ikut cara Nabi Muhammad. Kalau ada hutang , kita sama-sama selesaikan. Kita utamakan orang Islam. Kalau orang Islam buat salah , kita bagi tarbiyah lepas tu selesaikan tanpa melibatkan orang asing atau orang luar. Umpamanya Najib. Isu 1MDB ni boleh diselesaikan tanpa melibatkan orang asing dan bangsa asing. Kita sama-sama Islam memang patut cari penyelesaian.

    Tapi kita ikut cara kapir DAP. Jadi perangai pun tak ubah macam kapir.

    BalasPadam
  3. apa salahnya tun dan tok najib berpeluk maaf maafan sabagaimana beliau buat dgn datok anuar sudah sudahlah tu kan sama sama dah masok waktu ishak

    BalasPadam