Header Ads

ads header

Flash News

Pramugari terpaksa buka tudung demi sara keluarga


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat PAS mendakwa ada pramugari Islam yang terpaksa membuka tudung ketika bekerja demi menyara kehidupan keluarga.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak pekerja wanita, khasnya dalam isu etika pakaian.

“Ada pekerja wanita mengadu mereka tak boleh berpakaian menutup aurat kerana halangan majikan, sebagai contoh pramugari.

“Secara peribadi, saya pernah bercakap dengan mereka, mereka kata terpaksa buka tudung apabila bekerja untuk sara mak dan anak,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Zailah turut menegur pemimpin yang lantang memperjuangkan Islam, tetapi kini mendiamkan diri selepas mendapat jawatan.

“Apa jadi kepada negara kita, di mana suara-suara menteri yang sebelum ini hebat mempertahankan Islam? Adakah kerana mereka sudah dapat kedudukan (maka mereka) senyap? Kalau betul nak laksana Islam, laksana sebagaimana diperintah agama.

Beliau berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa akan memandang serius dan bertindak terhadap isu etika pakaian serta masalah lain yang dihadapi pekerja beragama Islam.

“Saya berharap menteri agama ambil berat perkara ini, kalau betul-betul nak jaga agama, nombor 1 jaga agama Islam sebagai agama rasmi.

“Kita tidak mahu rakyat kita ada tak dapat keluar solat Jumaat, ada juga suara NGO mencadangkan sembahyang Jumaat dibuat pada Sabtu.”

MR : Ramai pimpinan Islam dalam PH kini mulut tersumbat dedak kerana tak mampu bersuara....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Jawapan kliche: "ikut konsensus"

    BalasPadam
  2. Kenapa tak jadikan brunei , ksa dan uae sebagai rujukan kod pemakaian wanita?

    BalasPadam
  3. Mujahid sdg seronok mkn gaji buta.

    BalasPadam