Header Ads

ads header

Flash News

Tarian gelek ‘tak haram kerana niat baik’? - Zawawi pengetua Tahfiz?


PETALING JAYA: Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa penari berpakaian seksi sempena majlis kutipan dana Tabung Harapan tular di media sosial sejak Rabu.

Acara yang dipercayai dianjurkan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Shah Alam itu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan penyebaran video berkenaan, netizen mula mengecam pihak kerajaan yang didakwa mencemari majlis kutipan derma dengan tarian yang mengghairahkan.

Turut terpalit dengan kontroversi tersebut ialah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa tarian tersebut 'tidak haram kerana niat baik'.



Posting yang dimuat naik oleh Lokman pada Rabu.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi pencabar Mohd Zawawi di Sungai Kandis turut menuntut penjelasan daripada Mohd Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh.

Lokman melalui posting di Instagram berkata: "Agaknya apa pendirian Pakatan Harapan memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan ya?

"Mampukah seorang Adun Pakatan Harapan menyanggah perdana menteri atau timbalannya?

"Jika tidak, serahkan tugas itu kepada pembangkang dengan mengundi Barisan Nasional," kata Lokman.

Enggan membiarkan fitnah tersebut berleluasa, Mohd Zawawi menafikan bahawa PH terlibat dalam penganjuran majlis kutipan derma itu, sebaliknya ia dilancarkan oleh pihak ketiga iaitu badan bukan kerajaan (NGO).



"Ada pihak yang cuba memfitnah saya. Saya tidak pernah setuju aktiviti seperti tarian gelek itu diadakan bagi tujuan mengutip derma.

"Saya menolak politik fitnah diamalkan di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Mohd Zawawi, beliau berpandangan acara seperti itu tidak wajar dipopularkan kerana ia tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan moral rakyat Malaysia.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.

MR : Makin hari makin rosak pimpinan yang ada imej Islam dalam Pakatan Harapan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Kalau x silap,kalau NGO buat pon, mstilah ada kelulusan dr kerajaan negeri. Kerajaan negeri slangor dipimpin oleh siapa tu??
    Melingkup negara.. Ni belum 5 tahun lg...

    BalasPadam
  2. Ko tu ustaz jaga sikit status ustaz sikit, takkan nak dapat sebulan 20 ribu semua halal kut...buat malu kepada murid2 ko saja

    BalasPadam
  3. Kehadiran mantan MoI menguntungkan calon PKR.

    Ulasan goyang punggung menguntungkan calon Umno.

    Kedudukan semasa: 1-1.

    BalasPadam
  4. Tujuan tidak menghalalkan cara.

    BalasPadam
  5. Baca sampai habis.. Ustaz Zawawi dah buat penafian.. Hati2 jgn sampai kita bankrupt di akhirat nanti

    BalasPadam
  6. Penganjur tuh kena ditegur walaupun tujuannya baik.. sedikit sebanyak pedoman dan homework buat PAS sekiranya bercita2 untuk menawan Putrajaya yang bukannya semudah yang disangka... adakalanya lebih sukar dari apa yang kita gambarkan.kerana majoriti budaya pemikiran orang Malaysia jauh lebih kompleks dan rumit.

    BalasPadam
  7. Sikit lg pertunjukan fesyen pakaian bikini pulak utk kutip derma. Lg bnyk duit sumbangan derma nnti.

    BalasPadam
  8. mana satu betul ph fitnah org agama pas dan umno skrg org agama ph dah kena fitnah tit for tat inilah akhir zaman Zaman Fitnah

    BalasPadam
  9. Ostad-ostad pakatan hanya mampu menjadi pasu bunga dan syaitan bisu sahaja kerana mereka berdiam diri setiap kali pemimpin liberal dan pemimpin kafir harbi menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam dan aktiviti pakatan melibatkan maksiat dan kesesatan.

    Inilah akibatnya apabila ostad-ostad pakatan ini lebih takut pada abang besar roket dari Allah.

    Istilah yang sesuai untuk ostad-ostad ini ialah ulama su' yang menjual agama untuk mendapat sedikit habuan dunia.

    BalasPadam