Header Ads

ads header

Flash News

PAS sokong UMNO?


PAS, selepas mengumumkan menarik diri daripada bertanding di PRK Sungai Kandis telah membuat satu lagi kenyataan yang jelas bahawa undi ahli PAS dan penyokongnya di Sungai Kandis adalah tidak kepada calon PH.

PAS juga dalam kenyataannya, tidak memberikan kata putus atau memestikan ahlinya mengundi calon BN yang diwakili oleh UMNO. Mengapa? Jawabannya, BN bukanlah rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera. Jadi, tiada arahan wajib yang memestikan ahlinya mengundi UMNO BN.

Sebaliknya, PAS yakin dengan kebijaksanan ahlinya di dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik. Petunjuknya adalah;

1) Mengundi adalah satu kewajiban demi kebaikan negara yang memerlukan pemimpin yang baik untuk menerajuinya. Justeru PAS menyeru ahlinya agar keluar mengundi.

2) Arahan PAS adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian PAS terhadap PH adalah sama, samada sebelum atau selepas PRU14, iaitu menolak PH. Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Keadaan ekonomi dan sektor-sektor lain yang tidak stabil selepas PRU14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS.

3) Kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji-janji awal manifestonya, beberapa kenyataan oleh pemimpin utamanya yang berbelit-belit bagi menjustifikasikan kegagalan mereka mengotakan janji manifesto tersebut, kegagalan mengawal prestasi ekonomi negara yang semakin perlahan, selain tindakan dan kenyataan demi kenyataan oleh para pemimpinnya yang mengelirukan dan boleh menggugat kerukunan perlembagaan dan agama Islam adalah menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini.

4) Kehendak PH untuk menawan Kelantan dan Terengganu dalam PRU akan datang adalah jelas melalui ucapan beberapa pemimpin utamanya. Mengundi PH bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu PH untuk mengalahkan PAS. Ertinya, ahli PAS mengundi PH adalah tindakan menikam diri sendiri. Ia tertolak.

5) UMNO telah hilang nafsunya untuk mengalahkan PAS. Tiada kenyataan yang zahir dan tindakan yang nyata oleh para pemimpin utamanya yang menunjukkan sedemikian. Ertinya, UMNO bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini. Malah, beberapa petunjuk baru menunjukkan UMNO berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalukannya.

Ada yang berhujah menghentam PAS dengan berkata, PAS berusaha menghidupkan UMNO. PAS hanya bersandiwara, kata mereka.

Saya berkata, PAS menghidupkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada UMNO dengan Islam. UMNO adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa. Kesedaran UMNO adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini. Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya.

Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi UMNO? Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami.

#Istiqamah
#PRKSungaiKandis

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
AJK PAS Pusat


MR : PAS akan memastikan politik Malaysia sihat dan pembangkang memainkan peranan yang penting. Memperkuatkan pembangkang adalah tugas PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam adalah pilihan terbaik untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan menjadi keutamaan kita.

    Jika PAS tidak bertanding dalam PRK, kita akan mengundi UMNO dan menolak pakatan kerana sebilangan pemimpin UMNO masih menghormati agama Islam (walaupun sebilangan lagi pemimpin UMNO menjadi duri dalam daging kepada agama Islam dan umat Islam) berbanding dengan pemimpin-pemimpin pakatan yang lebih takut pada abang besar roket dan puak kafir harbi dari Allah.

    Pemimpin-pemimpin pakatan mendakwa mereka beragama Islam tetapi mereka sanggup menjadi pasu bunga @ syaitan bisu setiap kali pemimpin-pemimpin kafir harbi menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Keutamaan kita ialah PAS yang berjuang menegakkan Islam kerana kita juga mahu berjihad dan pahala jihad kerana Allah.

    BalasPadam

  2. Saya rasa beginilah, adakan mesyuarat bersama antara wakil UMNO dan PAS kemudian barulah buat pengumuman, seelok2 jika calon PAS yang bertanding wakil UMNO yang mengumumkan dan sebaliknya jika calon UMNO yang bertanding maka wakil PAS lah mengumumkan, ini akan menampak kan lebih jujur .... untuk PRK di tempat lain lah.

    Dalam kes Sg. Kandis nampak seolah2 UMNO terlalu teruja hendak bertanding.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya pemusatan sokongan,kuasa,kekuatan dan pemerintahan Melayu Islam wajar dipikul oleh PAS..untuk itu mereka harus cerdik dan pintar..

    BalasPadam