Header Ads

ads header

Flash News

Cuti Jumaat: PAS hasrat mengadap Pemangku Raja


KUANTAN: PAS Pahang bercadang mengadap Pemangku Raja Pahang untuk mempersembahkan cadangan cuti umum di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, pihaknya sudah dua kali membawa cadangan tersebut pada persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Pahang.

Katanya, kali kedua disebut ketika mengambil bahagian membahas ucapan menjunjung kasih titah Diraja pada sidang Dun baru-baru ini.

“Kita juga akan berbincang dengan Menteri Besar dan akan mengadap Pemangku Raja Pahang untuk mempersembahkan cadangan tersebut,” katanya yang juga Adun Tanjung Lumpur pada sidang media di Wisma Sri Pahang semalam.

Menurutnya walau pun usul tersebut tidak dipersetujui BN dan PH, namun PAS tetap memperjuangkan demi kepentingan umat Islam.

Namun katanya beliau merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar yang menjelaskan kerajaan akan meneliti cadangan itu. - HARAKAHDAILY 26/7/2018


MR : BN dan PH tak ada roh untuk menyuburkan syiar Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

    Maka sepatutnya hari Jumaat dijadikan hari cuti umum setiap minggu untuk memberi kemudahan umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat kerana terdapat sebilangan majikan kafir yang tidak membenarkan pekerja Islam menunaikan solat Jumaat.

    Sudah lama puak Kristian menikmati cuti Ahad untuk pergi ke gereja sedangkan bilangan puak kristian adalah sedikit sahaja. Inilah dasar penjajah kristian yang diwarisi oleh kerajaan UMNo BN dan kerajaan pakatan.

    BalasPadam