Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit diniagakan 4.02-4.05 berbanding dolar AS minggu depan


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan antara 4.02 dan 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan selepas pertelingkahan tarif AS-China bermula pada Jumaat, ditambah dengan AS berkemungkinan meningkatkan kadar faedah tahun ini.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata pasaran kewangan baru muncul termasuk ringgit, menghadapi ancaman untuk terus kehilangan arah berikutan suasana berhati-hati yang berpanjangan.

“Ini mendedahkan ringgit kepada lebih banyak penyusutan berikutan tidak menarik minat dan ringgit mungkin terus susut ke paras 4.05,” katanya kepada Bernama.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, menjangka ringgit-dolar AS diniagakan ke arah neutral minggu depan, dalam lingkungan 4.02-4.05, disokong oleh pasaran bon tempatan yang juga diniagakan neutral minggu sebelumnya.

“Rasanya pasaran seperti akan bangkit daripada kelemahan 2 bulan,” katanya.

Innes berkata, pasaran juga menanti lebih banyak arah pasaran daripada mesyuarat Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia pada 11 Julai 2018, yang mana katanya, boleh mengarah kepada kecenderungan menurunkan kadar faedah.

“MPC yang cenderung menurunkan kadar faedah, bersama dolar AS yang kukuh akan membuatkan dagangan dolar AS-ringgit defensif lagi minggu depan.

“Bagaimanapan, pasangan mata wang ini akan menerima tekanan untuk keluar dari tahap 4.05,” tambahnya.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan antara 4.0350 dan 4.0470 berbanding dolar AS, yang mana rata-rata dipengaruhi oleh pertelingkahan perdagangan AS-China, selain penyiaran minit mesyuarat Rezab Persekutuan AS dan data penggajian bukan ladang AS.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada 4.0380/0420 daripada 4.0380/0410.

Ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9672/9712 berbanding 2.9624/9650 Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.6497/6536 daripada 3.6487/6524.

Ringgit susut berbanding pound kepada 5.3419/3476 daripada 5.3092/3147 dan susut berbanding euro kepada 4.7277/7340 daripada 4.7043/7082.


MR : Dah 2 bulan kerajaan bukan boleh mengawal ekonomi untuk stabil tapi membuat ekonomi makin teruk....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan