Header Ads

ads header

Flash News

Peguam Negara didesak arah siasatan ke atas kekayaan Taib Mahmud


PETALING JAYA: Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas didesak mengkaji dakwaan mengenai kekayaan luar biasa bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud “sekurang-kurangnya dengan tujuan menyiasat beliau”.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, Taib mesti didakwa sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

“Sebab itulah Taib wajib disiasat. Tidak ada pilihan lain,” katanya kepada FMT, sebagai respons kepada kenyataan aktivis terkenal Dr Kua Kia Soong sebelum itu mengenai pemimpin Sarawak tersebut.

Kua berkata kerajaan baru Pakatan Harapan perlu menunjukkan ia tidak bersikap memilih dalam menyiasat kes rasuah dan perlu bersedia mengambil tindakan terhadap individu yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kua mendesak Dr Mahahir membuktikan beliau tidak menjalankan dendam peribadi terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengabaikan “kawan lamanya di Sarawak”.

Ramkarpal berkata, “beliau berharap peguam negara akan mengkaji isu ini dengan teliti sekurang-kurangnya dengan tujuan menyiasat Taib”.

Taib merupakan ketua menteri Sarawak selama 23 tahun, yang sebahagian besarnya berjalan semasa pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini selama 22 tahun.

Taib didakwa mengumpulkan kekayaan luar biasa melalui kontrak kerajaan untuk anggota keluarga beliau, termasuk oleh pengkritik luar negara seperti Tabung Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menganggarkan kekayaan pemimpin itu mencecah angka berpuluh bilion ringgit.

Pertubuhan anti-korupsi, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) juga menggesa dijalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu.

C4 juga menolak dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bahawa badan itu tidak boleh mngambil tindakan ke atas 15 fail penyiasatan yang dibuka terhadap Taib sejak 2015 kerana beliau tidak mempengerusikan mana-mana mesyuarat atau membuat keputusan berhubung projek tertentu.

Pengarah eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata, alasan Shukri tidak memadai. Taib mungkin cukup bijak untuk mengelak daripada membuat keputusan secara langsung dan beliau menggunakan proksi.

“Terdapat terlalu banyak bukti bagi menunjukkan salah guna kuasa, nepotisme dan hubungan dengan pembalakan haram,” katanya.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown memberitahu FMT, sejumlah besar kekayaan negeri Sarawak didakwa “digelapkan secara salah” dan Taib serta pengganti beliau hendaklah diminta mendedahkan kekayaan luar biasa mereka.


MR : Taib Mahmud kroni Mahathir..fullstop....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. shafie bedal...apa kes..baca kt blog malaysiachoice...bnyak cerita tergempar...dan paling pelik tu ..ada k datuk bahri yng bini no 2 suka lapor hal kerja laki dia kt fb dan rampas harta anak yatim dpt jdi pengarah operasi sprm balik...what the nyanyuk itu atok platinum tu

    BalasPadam
  2. Itu madey bila mau siasat daaa

    BalasPadam