Header Ads

ads header

Flash News

Zam saran kepada Mujahid tutup sekolah tahfiz


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) yang baru Datuk Mujahid Yusof Rawa diminta menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada "amalam agama jumud".

Menulis di blog, bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan Mujahid berbuat demikian selepas memuji Mujahid yang berkata parti yang menggunakan agama dan kaum sudah tidak lagi relevan.

"Pandangan agama yang progresif seumpama inilah yang menampakkan kepimpinan berharapan untuk membawa keluar umat Islam Malaysia daripada amalan agama jumud yang dipromo oleh PAS sekian lama dan dengan sokongan orang-orang agama yang tidak mendapat pendedahan.

"Saya harap Mujahid akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman.

"Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam," tulis beliau yang dikenali sebagai Zam dalam blognya.

'Berfoya-foya di Taiwan'

Selain berkata sunnah Nabi SAW telah dimodenkan menjadi komersialisme, Zam turut menegur Umno yang mempertahankan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan dilihat di Taiwan bersama aktres negara itu.

"Sunnah Nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telah pun dimodenkan oleh commercialism.

"Dalam pada itu jangan lupa bahawa penyokong-penyokong Najib atas nama Pemantau Malaysia Baru yang mempertahankan anak pembesar negara minum arak dan berfoya-foya di Taiwan sebagai hak individu juga tidak relevan dengan negara ini," katanya.

Apple Daily, sebuah akhbar Taiwan mendakwa Nazifuddin Mohd Najib bersama Celia Zhang pada Khamis tengahari, sehari selepas bapanya didakwa di mahkamah.

Pada perhimpunan menyokong Najib malam tadi, kumpulan pro-Umno, Pemantau Malaysia Baru mempertahankan tindakan Nazifuddin berkata menjadi hak beliau berbuat sesuais seleranya sebagai warga negara.

Mengulas lanjut, Zam berkata kumpulan berkenaan tidak relevan dengan nilai Malaysia.

"Pemantau ini wajib diharamkan kerana tidak relevan dengan nilai Malaysia yang mahu membina agama sebagai disiplin murni rakyat.

"Memantau yang haram dan menghukum halal adalah menyesatkan. Pemantai ini cuma relevan dengan Umno sahaja," tulis beliau lagi.


MR : Biasa manusia yang tergelnicir daripada perjuangan Islam akan didekati dan dinasihati oleh golongan sesat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

16 ulasan:

  1. Dulu ada tiga susuk tubuh yang sangat sakit hati dengan arus kebangkitan Islam. Madey, Zam dan Astora Jabat. Apa sahaja yang kelihatan lain dari pemahaman mereka, disifatkan sebagai menyeleweng.
    Begitu rupanya Allah dera hati mereka, sakit yang tidak nampak bila lihat agama di amalkan.
    Apa beza dengan pembesar quraisy?

    BalasPadam
  2. Bukankah menutup sekolah tahfiz itu amalan orang yang jumud dan extreme ?

    BalasPadam
  3. Assalam, Saya lihat komen komen yang dibuat oleh nama nama yang mencerminkan orang bukan Islam di portal portal berita Malaysiakini, Free Malaysia Today dan yang seangkatan dengan dia amat merbahaya kepada hidup harmoni yang sekian terjalin dinegara kita. Kepada mereka ni jangan lupa hak bersuara dibenarkan tapi jangan sampai boleh membawa kepada tragedi yang akan disejarahkan kelak, atau mereka ni sengaja mahu perkara itu berlaku. Ada sebabnya nama negara kita ni namanya MALAYSia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kaum kafir dap begitu lancang menghina dan membenci kaum melayu islam yang bukan penyokong mereka.Terdapat juga melayu liberal yang bersorak mengiyakan kehendak dan penghinaan kafirun tersebut.Alangkah sedihnya perpecahan dalam melayu islam.

      Padam
  4. AGENDA SILAM UMNO TERLAKSANA DI DALAM PH
    LEMAHKAN PAS DENGAN MENUTUP SEKOLAH AGAMA!

    [7/7, 11:57 PM] Syeikh Mohd Fazli 199®:
    copy dari grup sebelah,betul ker ni?

    [7/8, 4:11 PM] ������‍♀��Recycle Your Mind -®-:
    Betul la tu .. idea & teori Tun M silam. (Pemikiran Tun M tentang Musuhnya Pas) teori asalnya Tun M silam : _Banyaknya sekolah agama adalah menjadi penyumbang utama kepada ramainya pengikut Pas (Ustaz Ustaz lepasan Sek Agama ramainya jadi Ustaz penyokong Pas), maka jumlah sekolah agama perlu di reducekan atau dimusnah terus sebab sekolah Agama adalah Markas dan Tempat Merekrut ramai Tentera Pas masa hadapan. Kita sudah ada pengajian islam di sekolah biasa, maka kita tidak perlu lagi sekolah agama ini. Maka Sekolah agama, sekolah tahfiz perlu dikurangkan jumlahnya semaksimum mungkin, atau dihapuskan terus sama sekali supaya orang melayu islam duduk di bawah 1 parti melayu sahaja dan tiada melayu yang menjadi pengokong Pas. Masa depan BN akan cerah bila tiada lagi golongan alim melayu yang menjadi pengikut Pas, maka *kita perlu Kurangkan atau Hapuskan tempat tempat yang menyebabkan orang Alim bertambah ramai,* iaitu Sekolah agama dan sekolah Tahfiz! Kita benteras semuanya!_

    *BUKAN FITNAH TAPI AKAN JADI KENYATAAN BILA TUN M JADI PM KEMBALI*

    Makin menjadi2 puak2 ni..
    ==========================
    Zam saran menteri baru Mujahid tutup sekolah tahfiz

    PETALING JAYA: Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin hari ini mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.

    Beliau yang dikenali sebagai Zam berharap ahli Parlimen Parit Buntar itu berani dan tegas membawa umat Islam kepada realiti dan keperluan terhadap sikap dinamik serta menolak kearaban sebagai keislaman.

    “Cegahlah sekolah-sekolah agama menjadikan pakaian Arab sebagai uniform sekolah.

    “Galakkan memakai songkok, berseluar dan berkemeja. Cegah kopiah dan berjubah. Sunnah nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telahpun dimodenkan oleh ‘Commercialism’,” tulisnya di blog hari ini.

    April tahun lalu, Zam menerusi catatan di blognya pernah menyarankan semua sekolah tahfiz swasta digantung atau ditutup serta-merta kerana ia bertumbuh liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin membawa tragedi lebih besar.

    Zam mencadangkan kerajaan mengharamkan semua sekolah tahfiz swasta, susulan kematian pelajar tahfiz berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selepas kehilangan kedua-dua kakinya akibat jangkitan kuman dan pembekuan darah pada April 2017.

    BalasPadam
  5. Masa depan ada dua. Di dunia atau selepas dunia. Bezanya ialah dunia adalah sementara sahaja. Waima kafir juga percaya sedemikian jua. Masa depan adalah pilihan masing2. Tiada siapa yang harus menggunakan kuasa atau pengaruh untuk mencadang atau menyekat apa yang dipilih dalam konteks masa depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia yang paling bodoh dan rugi di dunia dan akhirat ialah manusia yang menolak kebenaran (Islam), menentang ajaran Islam dan mengingkari perintah Allah dan RasulNya.

      Manusia-manusia bodoh ini fikir neraka adalah tempat untuk bersuka ria dan berkelah.

      Malanglah manusia yang hanya melihat kebenaran selepas mereka mati.

      Padam
  6. oran ini gelap hati benci hati tentang islam tapi tidak malu pula tingal di bumi Allah

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum umat Islam.

    Wahai umat Islam, marilah kita semua kembali kepada Islam dan bersatu padu menyokong perjuangan Islam yang berlandaskan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' yang sedang diperjuangkan oleh ulama dan pendakwah Islam dan NGO-NGO Islam dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana agama Islam dan hak umat Islam di negara kita sedang diancam oleh puak munafik dan puak kafir harbi.

    Dalam Islam terdapat 3 ciri-ciri orang munafik seperti yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berbunyi.

    عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

    Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

    " Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanah dia berkhianat" (HR. Al- Bukhari)

    Orang-orang munafik yang mendakwa kononnya mereka beragama 'Islam' dan menggunakan nama 'Islam' atau Melayu tetapi hati mereka amat membenci dan memusuhi Islam dan umat Islam dan mereka mahu melemahkan atau memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

    Maka kita tidak terkejut melihat puak munafik ini yang menganut ajaran sekularisme, liberalisme, pluralisme, feminisme, nasionalisme, atheisme, feminisme dll bebas melakukan kemungkaran dan kesesatan dan menentang, menolak, mempertikai dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam kerana semua ideologi buatan manusia itu adalah bertentangan dengan agama Islam.

    Semenjak rejim pakatan berkuasa, kita melihat puak munafik ini dan sekutu kafir harbi mereka semakin berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, parti Islam PAS dan umat Islam dan menafikan hak umat Islam dan mendesak rejim pakatan menghapuskan peruntukan untuk Islam dan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam, mahkamah Syariah, sekolah tahfiz dll.

    Semua tindakan puak munafik ini menunjukkan mereka adalah musuh Islam dalam bentuk musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang sedang berusaha memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam. Puak munafik ini adalah lebih berbahaya dari kafir harbi.

    PESANAN UNTUK UMAT ISLAM:

    (1) Wahai umat Islam, kita perlu berhati-hati kerana puak munafik ini mempunyai hati hitam yang berkarat dan lidah biawak @ lidah bercabang yang tidak boleh dipercayai kerana mereka cenderung untuk menipu dan menyesatkan kita semua.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

    Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

    Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

    (Al-Baqarah 2: 13-15)



    (2) Ulama apa yang harus diikuti pada akhir zaman? Ini Jawapan Imam Syafi'i

    Murid Imam Syafi'i bertanya:

    "Ulama seperti apa yg kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"

    Imam Syafi'i menjawab: "Ikutilah ulama yg dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik."

    "Dan jauhilah ulama yg digemari @ disukai oleh kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik."

    (3) Jika orang munafik mati, jenazah mereka tidak boleh diuruskan sebagai jenayah umat Islam. Jenazah mereka tidak boleh disolatkan atau didoakan. Syaratnya ialah kemunafikan mereka sangat jelas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PEMBETULAN:

      (3) Jika orang munafik mati, jenazah mereka tidak boleh diuruskan sebagai jenazah umat Islam. Jenazah mereka tidak boleh disolatkan atau didoakan. Syaratnya ialah kemunafikan mereka sangat jelas.

      Padam
  8. kalau dah jahat sentiasa mahu menunjukkan kejahatan

    BalasPadam
  9. Tak hairanlah jikalau satu hari nanti orang Melayu Islam kita akan terpaksa hantar anak ke Britain untuk belajar tahfiz Quran. Banyak sekolah tahfiz di UK terutama di Birmingham , Coventry dan Manchester.

    BalasPadam
  10. bagus jugak saranan tok zam ni....bahkn quran juga dia patut kata supaya d bakar je...sebab dh lama..jumud kuno ...lebih 1500 thn....tok zam jgn anda menempah azab neraka dri atas mukabumi ni!!!!

    BalasPadam
  11. Semoga semua ustaz agamawan, para hufaz, jgn hadir majlis Zam.. Doa selamat, dan mgkn juga majlis solat jenazah.

    BalasPadam
  12. Zam sekor ni dari dulu jenis otak leper dan cacat otak .Umat Islam wajib kuburkan PH jika mahu Islam selamat di Malaysia kerana PH di monopoli oleh pemimpin golongan kafir dan golongan fahaman Islam tiga suku

    BalasPadam