Header Ads

ads header

Flash News

BN akan gagal di Sg Kandis jika PAS tak tolong, kata Lokman



SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) tidak mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis tanpa mendapat sokongan dan bantuan PAS, kata Datuk Lokman Noor Adam.

Calon BN itu berkata, isyarat tidak langsung PAS yang bersetuju tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu juga petanda parti Islam itu istiqamah dalam mempertahankan agama Islam.

“Peluang itu cerah namun apa yang perlu saya buat adalah dapatkan sokongan tambahan daripada teman-teman daripada PAS, termasuk pertolongan rakan-rakan lama dari zaman era reformasi.

“Tidak boleh (menang tanpa mendapat sokongan dari PAS), saya berani cakap kalau orang PAS tidak tolong saya, mustahil saya boleh menang, kerjasama ini sangat penting.
“Teman-teman dari PAS sedar keadaan di dalam negara, mereka lebih istiqamah dalam bab mempertahankan Islam, jadi saya nampak, sebab itulah kali pertama mereka memberi laluan kepada kita menentang PH,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno dan PAS merupakan “adik-beradik” kerana keputusan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno bertanding menentang PH pada PRK kali ini.

Walaupun dinafikan pemimpin Umno dan PAS berhubung isu “adik-beradik”, beberapa kenyataan pimpinan tertinggi PAS dilihat lebih cenderung “merestui” Lokman sebagai calon pilihan pengundi di DUN Sungai Kandis.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun tidak meletakkan calon dan menurunkan jentera, beliau menyarankan ahli PAS lakukan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu serta masa depan negara.

“PAS berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik memerlukan proses semak dan imbang dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah kerajaan Selangor. Dengan kata lain peranan pembangkang adalah amat penting,” kata Takiyuddin.

Namun, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak mengadakan perbincangan dengan BN, serta menolak kerjasama, termasuk duduk sepentas berceramah ataupun berkempen dengan BN pada PRK ini.

Lokman bagaimapun bersetuju dengan pandangan bahawa PRK DUN Sungai Kandis adalah petanda awal kepada kerjasama lain antara PAS dan BN, khususnya Umno pada masa akan datang.

“Betul (petanda awal antara PAS dan BN), kalau kita lihat prestasi PH dalam pilihan raya lepas di DUN Sungai Kandis ini, kita lihat kalau dicampur undi PAS dan BN, kita masih kalah dalam majoriti 4,000 lebih undi.

“Jadi, macam mana saya hendak menang kalau PAS tidak bersama dengan saya. Kalau lihat keputusan PRU14 lalu, jika bersama dengan PAS juga masih tidak mencukupi,” katanya.
Kerajaan kini bukan majoriti Islam

Tambah Lokman, isu berkaitan agama Islam, bangsa Melayu, bahasa kebangsaan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong penting untuk diperjelaskan kepada pengundi di DUN Sungai Kandis.

“Inilah pilihan raya kecil yang pertama selepas PH membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Ramai tidak sedar kerajaan yang memerintah kini lebih 50% terdiri daripada bukan Islam.

“Jadi ini bukan kerajaan Islam, kena faham ini. Kerajaan yang memerintah kini bukan majoriti Islam, berbeza dengan dahulu di bawah pentadbiran BN.

“Ini kali pertama pentadbiran kerajaan dibentuk dari perdana menteri Melayu yang memperolehi 13 wakil sahaja, ini bermakna dia perlu dapatkan sokongan DAP yang memperolehi 42 wakil di Parlimen,” katanya.

Katanya, disebabkan itu sudah tentu hala tuju, keputusan dan tindakan perdana menteri ketika ini dipengaruhi parti yang mempunyai majoriti wakil di peringkat Parlimen.

“Ini realiti yang berlaku, hingga menyebabkan PRK ini menjadi suatu pungutan suara bagi rakyat sama ada rakyat bersetuju dengan prestasi kerajaan sekarang ini atau tidak bersetuju,” katanya.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Mat Shuhaimi memenangi PRU14 dengan memperolehi sebanyak 23,998 undi, manakala calon BN, Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon PRM Hanafiah Husin (76).

MR : Menang atau kalah buka ukuran tetapi jadikan PRK Sg Kandis untuk BN berubah dan menerima Islam sebagai cara penyelesaian masalah barulah Melayu islam boleh bersatu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

17 ulasan:

  1. Pas dan Umno umpama 'adik beradik' tapi Umno dan Pas berada dalam gabungan yang berlainan. Ini tentunya tidak bertentangan dengan apa jua nilai-nilai moral dalam demokrasi

    Berbeda dengan Dap, PPBM, dan PKR yang mengamalkan nepotism: bapa jadi kepala, anak jadi badan dan ekor. Yakni terang terangan boleh dianggap satu perlanggaran moraliti dalam demokrasi.

    BalasPadam
  2. Pan dap ppbm dan pkr tapi ketua dap. Contoh paling nyata atas desakan dap sepiker dun perak yg dah angkat sumpah terpaksa letak jawatan nak bagi pada dap

    BalasPadam
  3. pedulikan apa kata pakatan penipu,islam wajib bersatu

    BalasPadam
  4. Tapisan perlu ada. Bila tiada tapisan ke atas calon dan bila calon yang tidak cergas dipilih, PRK seperti ini akan berulang. Ia satu kerugian dari sudut masa, tenaga dan wang.

    BalasPadam
  5. Bersatulah demi ALLAH dan Rasul

    BalasPadam
  6. Umno-Pas: 'bau bau bacang'

    Dap-PPBM-PKR: 'bau bau hanciang'

    BalasPadam
  7. Macam cerita Lord of the Ring pulak kan ?

    Bila orang Middle Earth tak bersatu Sauron terus berkuasa dari Mt. Doom.

    BalasPadam
  8. Pemikir-pemikir dalam parti PAS ni dah boleh mula memikirkan strategi untuk mengambil alih Malaysia dlm PRU 15 nanti .Jangan asyik nak mencari kesalahan pihak lain .Tawarkan sesuatu yg boleh menarik minat pengundi untuk mengundi PAS .

    BalasPadam
  9. Lokman ini ceramah betapi2 tetapi cepat berputus asa... Ko kena kuatkan azam dan berusaha...dan serahkan keputusan kalah atau menang kepada Allah.... Yang memenangkan bukannya PAS atau Melayu, sebaliknya Allah yang takdirkan.

    BalasPadam
  10. Tak perlu lah Pas nak jawab lebih2. Jawapan pas dah bagi pun..

    BalasPadam
  11. Selain Pas, aspek lain yang terlepas pandang ialah blok undi Melayu PH.

    Blok ini bukanlah lama dan kekal tapi baru dan sementara saja.

    Apa yang diperlukan ialah terus yakin bahawa akan ada perubahan.

    Nah tidak mustahil 30% undi Melayu PH akan pulang ke pangkuan asal.

    Tunggu

    BalasPadam
  12. Pas dah bg laluan tu pun sudah bagus banyak. Jgn dah bagi betis nak peha plak.

    BalasPadam
  13. Aku ahli pas, tapi aku setuju ds najib kata pas jgn tengok sejarah lalu. Fikirkan masa depan generasi akan datang.
    Takkan tak boleh duduk berbincang strategi blok pembangkang secara bersama, menghadapi ph.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strategi Pas lebih jangka panjang.

      Padam
    2. To mat penang,
      Tnggu semua dah tergadai pon blm tntu dua2 parti ni akan duduk sekali..
      Kita ni rakyat biasa yg bukan ahli politik, doa jela moga Allah pelihara islam dlm ngara ni.
      Sbgai ahli biasa, sy pon mahu umat islam bersatu tak kira parti terutama melibatkan isu rakyat dan agama. Ini lbih mnjdi keutamaan.
      Tp apa boleh buat. Keputusan di tgn pemimpin atasan parti.

      Padam
  14. Pas adalah parti yg benar2 perjuangkan islam mgikut ikrar kalimah syahadah bersama2 ahlinya manakala umno adalah parti yg menentang perjuangan islam bersama2 ahlinya. Nama sja islam namun perjuangan umno bersama ahlinya2 adalah mbatalkan ikrar kalimah syahadah yg tdk disedari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy bkn anti pas. Tp sy nk beritahu abtara sebab org2 umno tidak menyokong pas adalah kerana sikap pnyokong pas yg suka melabel org umno kafir sepertimana sedara di atas.
      Dlm semua pmimpin umno, bkn semuanya amik rasuah. Dan sy x pasti bagaimana anda melabelkan semua pemimpin umno menentang perjuangan islam. Anda sllu merasakan bhawa anda sahaja yg suci bersih dan betul.
      Pmimpin lain wlaupon islam kalau x masuk pas dikira batal syahadah.
      Sebelum anda melabelkan saya pnyokong umno, ingin saya katakan di sini bhawa sy memangkah pas pd pru14 yg lps.
      Ttapi sy bknlah seorang yg ekstrim melabel rakan seislam sy yg lain,yg x memangkah pas sebagai diragui syahadahnya.
      Dan sy blh akui bhwa di dalam pas jg ada byk kelemahannya cuma kurang berbanding parti lain.

      Padam