Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan media Syed Saddiq tak lulus, hanya 39% aje..


PETALING JAYA: "Kalau saya, bagi markah 30 sahaja," itulah komen yang diberi seorang sarjana pendidikan bahasa Melayu berhubung kenyataan media yang dikeluarkan menteri belia dan sukan yang tular pada Isnin.

Guru bahasa Melayu, Rozziana Ismali berkata, terdapat penggunaan perkataan yang membawa maksud sama, tetapi digunakan berulang kali dalam satu perenggan.

Kenyataan media bertajuk "Berhubung isu pelepasan pemain skuad bola sepak Bawah 23 negara bagi temasya Sukan Asia 2018" yang dikeluarkan pada Ahad oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menjadi bahan ejekan netizen di media sosial.

Isu berkenaan tular selepas pengendali sebuah laman Facebook memuat naik kembali kenyataan media tersebut dan memberikan komen mengenai tatabahasa serta struktur ayat yang digunakan oleh ahli Parlimen Muar itu.

Kiri: Kenyataan media asal oleh Syed Saddiq. Kanan: Komen oleh 'penanda kertas' ke atas kenyataan media tersebut.

Pada posting tersebut, 'penanda kertas' kenyataan media itu memberikan markah 39/100 kepada Syed Saddiq.

"Saya dah lihat komen yang ditulis di atas kenyataan media itu. Memang ada yang betul dan ada yang tidak betul.

"Terdapat banyak penggunaan kata yang berulang dalam satu ayat.

"Misalnya, perkataan 'bagi' tidak boleh diguna dua kali dalam ayat yang sama. Ia boleh digantikan dengan perkataan 'untuk'," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Rozziana yang juga berpengalaman lapan tahun sebagai guru bahasa Melayu berpandangan kenyataan media tersebut setara dengan karangan pelajar yang menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).



Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook.

Tambahnya, penulisan ayat dalam beberapa perenggan kenyataan tersebut seharusnya diringkaskan dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah difahami memandangkan ia pada asalnya dimuat naik menerusi akaun Facebook Rasmi KBSMalaysia.

Menurut guru yang mengajar di Lubok Antu, Sarawak itu, dia memahami perkara yang ingin disampaikan oleh Syed Saddiq, namun cara penyampaian yang digunakan adalah berbelit.

"Mungkin beliau menggunakan laras bahasa politik sebab itu ada orang yang tidak faham setelah membaca kenyataan media tersebut.

"Lebih cantik lagi jika YB Syed Saddiq menggunakan bahasa Melayu laras biasa supaya mudah diterima oleh orang awam," katanya.
 

MR : Macam mana BM nak diperjuangkan kalau orang Melayu sendiri 'gagal' dalam BM. Kita nak marah bukan Melayu berpuluh tahun di Malaysia tapi tak bangga cakap Melayu, kita sendiri pun tak cakap Melayu bila rasa hebat ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. It is as if that it was written in English then translated into Bahasa Malaysia.

    "Justeru itu dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin...."

    "Therefore , first and foremost...."

    BalasPadam
  2. Tiada masalah besar mengenai kenyataan ini asalkan kita faham apa yg hendak disampaikan. Kenapa setiap perkataan perlu mengikuti format peperiksaan? Bukan semua org melayu fasih menulis dan sebegitu juga bukan semua orang putih pandai menulis dalam bahasa mereka. Bagi saya yg penting isi yg hendak disampaikan di fahami oleh semua org. Bukan semua org bijak pandai bijak pandai boleh memberi idea yg bernas....kekadang org biase biase dlm pelajaran juga mampu memberi idea yg briliant. Jgn ukur seseorang dgn cara tapi dengan akal dia berfikir...wasalam

    BalasPadam
  3. Sudah menjadi lumrah dunia.. kebaikan akan terlindung apabila sesuatu perkara yang kita tidak suka.. begitulah disebaliknya..

    BalasPadam
  4. Tidak fasih atau tidak cekap atau kurang menguasai adalah kelemahan yang boleh diperbaiki atau ditingkatkan. Macam juga atlet yang kurang cergas, kurang mahir dan kurang pantas iaitu kelemahan yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan.

    Hendak seribu daya tak hendak ada banyak dalihnya... kalau sengaja diambil mudah, tidak mahu meneliti, berat untuk mengedit dan tiada rangsangan atau kemahuan untuk penambahbaikan, itulah hasilnya.

    BalasPadam
  5. Mahir dalam satu bidang bukan bermakna mahir dalam banyak bidang. Terbaik dalam satu pertandingan bukan bermakna terbaik dalam lain2 jenis pertandingan. Tak salah topi koboi dibangga-banggakan tetapi biarlah setelah songkok dibanggakan terlebih dahulu. Akhirulkalam, tiada istimewanya kemahiran berbahasa asing kalau kemahiran berbahasa ibunda terletak di bawah par.

    Wakakaka

    BalasPadam
  6. Penggunaan ayat yang berjela-jela dan meleret-leret mencerminkan corak pemikiran seseorang itu yang berbelit-belit dan meleret-leret. Bayangkan kalau kamu kerja dengan bos macam dia ini. Meleret-leret dalam meeting. Terkial-kial , terhegeh-hegeh... kalau jadi stenografer dia pun jadi sakit jiwa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Saya tambah sedikit lagi. Kalau ayat meleret2 kerana cukup fakta ia nampak berisi dan padat.

      Tetapi kalau ayat meleret2 tapi kurang fakta ia akan nampak kosong dan reka rekaan.

      Padam
  7. Haha kalau kau sedar kau punya BM very weak, upah je la editor suruh dia edit kau punya surat ni. Itu pun susah sgt ke? Kat Institut Terjemahan Negara ramai ada. Tp ayat yg berunsur ugutan tu memang typical dgn mentaliti Pakatun. Yg tu takpek nak nolong tu dor.

    BalasPadam