Header Ads

ads header

Flash News

Tidak bertanding bukan bermakna bekerjasama dengan BN


Pelawaan pimpinan Umno untuk bertemu pemimpin PAS di Sg Kandis ditafsirkan parti Islam itu sebagai usaha memujuk mereka turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno berhubung PRK tersebut.

"Kita tak ada perbincangan apa-apa tentang PRK, cuma kita buat keputusan untuk tidak bertanding, dari segi mengundi itu serah pada ahli.

"Mana boleh bersama, kita parti lain-lain. Mungkin itu harapan dia. Dia nak pujuk kita. Kita tidak akan berkempen, turun pun tidak," jelasnya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bahru, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa telah bertemu seorang pemimpin PAS untuk mengadakan satu program bersama sempena kempen PRK itu.

Ismail yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata program itu nanti akan mempertemukan dua parti itu di pentas yang sama, walaupun tidak dianjurkan secara rasmi atas nama parti.

"Sebagai contoh, (boleh diadakan) forum perdana Islam yang menampilkan Syamsul Debat yang mewakili Umno dan Ustaz Azhar Idrus yang mewakili PAS.

"Kita mahu tunjukkan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Kalau boleh, mungkin kita letakkan setiausaha agung Umno dan PAS pada malam terakhir (kempen)," kata Ismail.

Malah calon BN, Datuk Lokman Noor Adam juga berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS bagi mengajak parti itu bersama-sama BN mendekati pengundi Melayu.

Sebagai rekod, PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menunjukkan parti itu akan berpihak kepada mana-mana parti pada PRK kali ini.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, ketiadaan calon PAS bukanlah bermakna mereka akan bekerjasama dengan Umno.


MR : Adakala kita tak bertanding tetapi sebenarnya kita sudah bertanding....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

18 ulasan:

  1. Lebih baik mengundi seekor beruk makyeh spt Lokman Adam kalau itu boleh mereversekan nasib untong agama Islam yg telah dirosakkan Pakatun, drp mengundi seorang Pengetua maahad tahfiz kalau itu boleh menjahanamkan agama Islam.

    BalasPadam
  2. Contoh pemikiran ostad Puak Hisbull:

    1. Kesalahan peribadi adalah privasi walhal pemimpin yang bakal dipilih sebaik yang boleh adalah yang paling kurang melakukan kesalahan peribadi. Contohnya masakan calon yang pernah didakwa kerana tak berpuasa atau minum alkohol mahu diberi pangkahan. Kalau ya pun buat saranan usahlah terlalu umum hingga tidak berlapik langsung.

    2. Jemaah Jumaat dihentam bila parkir kereta hingga menghalang lalu lintas walhal pendapat yang lebih positif ialah polis trafik sepatutnya diinisiatifkan untuk letak kon pada Jumaat atau cadangkan supaya masjid di bina jauh dari laluan utama atau syaratkan tempat letak kereta mencukupi bagi setiap mesjid.

    Kesimpulannya Puak Hisbull ada banyak baka mengomel tapi sayang tidak banyak baka solusi dalam otaknya.

    BalasPadam


  3. CALON PKR Sungai Kandis Zawawi Ahmad Mughni meluahkan harapannya agar pengundi bukan Islam akan “berfikiran terbuka” dan menerima beliau sebagai wakil mereka.

    ________________________


    Sian orang Islam, Guru besar sekolah Agama pun tak berapa harap dengan orang Islam sebaliknya. Mengharapkan bukan Islam untuk memenangkan nya.

    Apa dah jadi dengan orang Islam ??



    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak cakap kamu tu.

      Saya syorkan PAS hidupkan kembali Angkatan Perpaduan Ummah.(Dahulu gabungan S46 +PAS). Buat memorandum dengan UMNO. Gariskan syarat-syarat perpaduan. Tandatangan perjanjian.

      Padam
  4. Sebenarnya saudara , jikalau PAS bertanding sudah tentu orang UMNO akan sokong PAS tanpa bantuan jentera UMNO pun. Sekarang ni UMNO dah takde jentera . Akaun dah kena beku. Jadi terpaksa minta belas ehsan PAS.

    Jadi semolek-moleknya bagi laluan kepada PAS. Kalau PAS bertanding , memang sudah tentu PH akan terkencing-kencing dan menggelabah. Dan kita akan lihat tiba -tiba sahaja PAN yang senyap tidur terbangun terus dan mula terkeluar bahasa cirit dari mulut mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika PAS, UMNO dan PH bertanding, ini bererti pertandingan 3 penjuru dan undi pembangkang berpecah maka yang menang sudah tentu PH seperti PRU 14 dulu. Puak munafik memang suka melihat undi umat Islam berpecah belah.

      Oleh sebab itu PAS memberi laluan kepada UMNO untuk menentang PH di di Sg Kandis ! Ini membuktikan PAS bersikap gentleman dan PAS tidak gila kuasa. Dan UMNO vs PH ini adalah eksperimen akademik yang sedang dikaji oleh PAS untuk membentuk strategi PAS untuk mengalahkan PH.

      Jika UMNO mahu PAS menolong UMNO, UMNO perlulah menerima syarat PAS iaitu menghormati hak agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

      Allah melarang kita sebagai umat Islam dari mengundi calon yang bersekongkol dengan musuh Islam (puak munafik liberal dan puak kafir harbi) walaupun calon itu adalah kononnya seorang 'ulama' kerana ulama Islam yang tulen tidak akan bersekongkol dengan puak liberal dan puak kafir harbi yang telah menentang dan menghina ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam, institusi Islam dll dan menafikan hak umat Islam.

      Ulama su' ( ulama jahat) sanggup bersekongkol dengan musuh Islam dan puak zalim dengan menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia. Sesungguhnya ulama su' tergolong pada musuh Islam jika ulama su' tersebut bersekongkol dengan musuh Islam.

      Padam
  5. Ingatlah saudara bahawa PAS adalah satu parti yang mempunyai jentera yang kuat.
    UMNO nak gunakan jentera itu senang wenang... mana boleh ! PPBM dahulu pun nak guna jentera PAS. Mana boleh !

    BalasPadam
  6. PAS beri laluan kepada UMNO kerana PAS tahu UMNO akan kalah. Takkan menang punya.

    Kekalahan UMNO akan membuktikan bahawa UMNO sudah lemah dan tidak boleh diselamatkan lagi. Dengan kekalahan UMNO itu , ia terpaksa melakukan antara dua perkara :
    1. Gabung dengan PAS buat perjanjian untuk menerima Islam sebagai asas pemerintahan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. UMNO juga perlu menyokong pemerkasaan hukum Syariah dan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.


    Atau....
    2. Gabung dengan PPBM jadi macai DAP.
    Jadi Munafik.



    Inilah dia taktik PAS. Iaitu menguji betapa kuatnya atau ikhlasnya UMNO dalam memperjuangkan agama dan bangsa Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, lu jgn ckp besar.
      Rekod sejarah yg ada ialah pas prnah bergabung dgn dap bukan umno.
      Jadi patut ke aku pnggl org pas munafik dulu sepertimana ko tuduh org umno nk brgbung dap klau kalah.
      Lu ckp baik2 sikit bro.
      Stakat smpi skg umno perintah, x pernah lg menyokong lgbt atau islam liberal terang2..
      Dulu masa pas dgn pakatan rkyt, buat himpunan bersih dgn seksualiti merdeka, knapa pas x kluar dr pakatan.
      Lu patut galakkan org islam bersatu bukan berdendam x habis2..

      Padam
    2. Mahathir lebih suka kedua UMNO dan PAS hidup tetapi bergaduh dan sama sendiri, pecah dan perintah, cuba lihat Najib tidak di dakwa, sebab dia tahu kalo di dakwa, PAS akan naik mendadak, so dia main tarik tali,

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Pas memang pernah bergabung dgn Dap/pakatun drp 2018-2014. Pas setuju bergabung pd awalnya kerana Dap bersetuju utk membenarkan Pas memperjuangkan syariat dan hudud. Buktinya ada dlm bentuk bertulis dan video. Selepas pru13 pakatun menang besar di 5 negeri, dap mula besar kepala dan cuba menghalang matlamat Pas tsb. Itu sebab Pas keluar drp pakatun.

      Dlm himpunan bersih yg Pas pernah hadiri atas arahan Pas pusat iaitu Bersih 1,2 dan 3 shj, tidak wujud lg puak2 LGBT dan klu ada pun dlm kapasiti individu yg kita tak ketahui kewujudan mereka. Hanya dlm himpunan bersih ke 4 dan 5 shj baru timbul LGBT dlm bentuk jamaah siap dgn bendera pelangi mereka. Yg ini Pas sudah tidak terlibat lagi dlm kapasiti jamaah.

      So sdr "Tanpa Nama24 Julai 2018 10:32 PTG" sila kaji semula sejarah sdr.

      Padam
    5. Anon 24 Julai 2018 10:32 PTG,

      Nampaknya lu suka fitnah PAS kononnya PAS 'munafik' kononnya kerana PAS pernah bergabung dap. Adakah lu seorang tentera kacang merah (RBA) @ barua @ cybertrooper ternakan dap kerana lu punya ayat sama seperti ayat RBA?

      Nabi Muhammad S.A.W. pernah berkerjasama dengan puak Yahudi di Madinah tetapi akhirnya Nabi Muhammad S.A.W. membatalkan kerjsama dengan Yahudi kerana Yahudi memusuhi agama Islam dan umat Islam.

      PAS juga pernah berkerjasama dengan dap untuk menumbangkan Be End kerana dap bersetuju menghormati agama Islam dan hak umat Islam tetapi akhirnya PAS membatalkan kerjasama dengan dap kerana dap telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

      Maka PAS bukan munafik kerana PAS berpegang teguh pada perjuangan Islam untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam.

      Sebaliknya puak sekular liberal adalah munafik kerana mereka bersekongkol dengan parti kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara Islam ini.

      Lu sokong yang parti mana?

      Padam
    6. Sy setuju. Biar Umno jadi lembik terus dgn kekalahan di sg kandis. Org ni biasanya akan insaf dan kembali merujuk kpd Allah apabila dia betul2 lembik dan apabila sudah kurang sikit ego mereka. Tp kalau dgn kekalahan di sg kandis pun Umno masih nak berlagak kuat lagi dan cakap besar lg, kita bagi lagi satu prk utk dia bertanding sampai dia kalah lagi. Bukan kita suka tgk org islam kalah tapi kita ada org kena menghadapi kekalahan dulu baru boleh menang. We lost the battle but win the war. PRK ialah battle sementara PRU adalah war.

      Padam
  7. Alhamdulillah.. Kita ada MSU.. Jadi Kita ikut saja.. InsyaAllah Semoga MSU dipelihara oleh Allah S.W.T. Dan diberkati-Nya.. Aamiin..

    BalasPadam
  8. Tak habis2 bergaduh. Sampai bila2 pon mlyu islam x akan kuat di mlysia ni.
    Patutlah kapir senang2 lanyak islam.

    BalasPadam
  9. Lu olang kecoh kecoh apasai... haiyaaa..

    Bagi Wa... itu TokGuru/PAS kasi tunggu dan lihat saja... masuk fight pun talak untung maaa... bikin buang luit sama time saja maaaa... lagi boleh safe tenaga jentera... menang pun bukan boleh control itu DUN. Ada baik itu luit guna kasi fight itu UK punya kes.

    Sikalang kasi itu rakyat Melayu sendiri mau ingat... 2 mulan pun itu Melayu sulah rasa hina dan dipermainkan sebab cincai dlm menilai isu... Wa rasa sikalang Melayu sulah bangun dari tidur.. Kasi lia olang sendiri fight lia olang punya nasib... Ä·asi guna itu pen sama kertas ada kotak punya.

    itu Melayu pilihan ikut nafsu sama emosi tarak mau guna akai... manyak percaya sama news dari media sosial.....akhirnya Kaduk naik junjung.

    Itu Umno dont worry be happy maaa... Lu ada peluang menang di Sg. Kandis... sikalang Melayu/Islam sulah tau apa mau bikin nanti... Kalu Lu menang nanti aaa Lu jgn langsi...

    BalasPadam
  10. Pergaduhan sesama islam memudahkan kerja kaum kafir dan munafik.Tahniah atas kebijaksanaan penyokong pas dan umno..utamakan lah ego masing masing ye ...biarlah islam dilanyak oleh pihak kafirun di tanah melayu ini.

    BalasPadam