Header Ads

ads header

Flash News

Siti Kasim yang bengong pun tak setuju penangguhan prosiding


PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim tidak bersetuju dengan cara pasukan pendakwaan mengendalikan prosiding kes melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siti berkata, walaupun tidak menjadi kesalahan bagi pihak pendakwaan menangguhkan prosiding tanpa membekalkan sebarang dokumen, namun amalan itu wajar dihentikan.

“Ia amalan yang kita lakukan untuk tuduhan. Kita tetapkan tarikh pengurusan kes dan pendakwaan akan serahkan dokumen. Kadang-kala anda tidak dapat dokumen hingga beberapa bulan.

“Ia adalah normal, tetapi saya tidak setuju dengan amalan itu. Seharusnya apabila anda menuduh seseorang, anda harus mempunyai dokumen pertuduhan sepenuhnya.

“Saya cadangkan pada masa hadapan, keadilan tidak perlu dilewatkan. Seseorang itu sudah dituduh, tetapi pihak pendakwaan berterusan minta menangguhkan kes,” katanya.

Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan persediaan pasukan pendakwaan membawa kes berkenaan pemindahan wang RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Shafee menyifatkan pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas berkemungkinan masih mencari-cari bukti dalam kes berkenaan.

“Mungkin mereka masih lagi meraba-raba cari bukti, kami tidak tahu,” kata Shafee.

Siti berkata, tindakan pasukan pendakwaan juga akan memberi kesan negatif kepada Najib walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin dalam kes berkenaan.

“Walaupun anda dibawah ikat jamin, isu ini akan sentiasa dalam ingatan seseorang. Walaupun saya tidak menafikan kes Najib boleh dikatakan sedikit rumit.

“Saya harap pihak pendakwaan tidak terburu-buru hanya kerana masyarakat awam mendesak. Kita hanya mahu melihat proses pendakwaan berjalan secara adil dan saksama,” katanya.

Najib ditahan Selasa malam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dihadapkan ke mahkamah keesokan harinya..

Beliau dikenakan 3 tuduhan jenayah pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa.

Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 4 pertuduhan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak menetapkan ikat jamin semua RM1 juta untuk semua pertuduhan, di mana RM500,000 dibayar semalam dan baki sebelum 3 petang Isnin depan, bersama 2 penjamin.

Dua anak beliau, Norashman dan Nooryana menjadi penjamin dan proses ikat jamin selesai 2.45 petang, Rabu.

Najib juga perlu menyerahkan 2 pasport diplomatik dan awamnya kepada mahkamah dan 8 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.

Hakim turut mencadangkan 19 hari bagi perbicaraan kes tahun depan, iaitu dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac.

Dalam kalangan 6 bekas perdana menteri Malaysia, Najib mrupakan pemimpin negara pertama menghadapi pendakwaan jenayah.


MR : Sebelum PRU seolah-olah semuanya bersedia tapi selepas PRU semuanya tak bersedia... ingat nak turun harga minyak, gst sahaja tapi nak tuduh Najib pun macam tak bersedia....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Bengong dalam bab lain saja, dalam bab kepeguaman Siti Kassim nampak jauh lebih cerdik dari peguam yang di diwawancara oleh Astro Lawakini dan lain2 peguam jaman BARU.

    BalasPadam
  2. Kali ni terpaksa setuju lah dgn siti kasim...hahaha

    BalasPadam
  3. Pendakwa kelihatan terperangkap dengan desakan rakyat. Akhirnya membawa fail ke mahkamah tanpa persediaan.Lalu mengheret tarikh perbicaraan melangkaui 2019..Bagi saya ia menjelaskan lagi pendawaan kerana revenge dipihak PH.PH nak buktikan kpd rakyat isu 1MDB ini wujud sepertimana kempen PRU14.Dengan melambatkan prosiding,rakyat akan mempersoalkan kebenaran pendakwaan ini. Secara tidak langsung akan meningkatkan moral Najib. Kita sama2 tunggu dan lihat wayang seterusnya.

    BalasPadam
  4. jangan lama sangat takut takut atok maklumlah

    BalasPadam
  5. Yang ini aku terpaksa sokong siti kasim sebab dia betul. Yg ini je so far yg betul. Sepatutnya kerajaan PH yg nampak dah senget sebelah tanya siti kasim dulu dlm hal undang2 ni.

    BalasPadam
  6. Masalah dengan Mahathir adalah buat tuduhan dulu ... kemudian barulah lah meraba2 mencari bukti .... Kalau tiada bukti, cari apa sajalah kelemahan yang ada pada orang yang kena tuduh.

    Dalam kes liwat 1 dulu, kes liwat hilang digantikan dengan kes salah guna kuasa untuk menakutkan2 rakyat lain (Ummi Hafulfa)

    BalasPadam