Header Ads

ads header

Flash News

Mayat wanita dikerat ditemukan di Sungai Gombak


Mayat yang telah dikerat kepada beberapa bahagian, dijumpai dalam dua beg pakaian di tebing Sungai Gombak berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Menurut sumber, mayat itu ditemukan oleh seorang pekerja landskap yang berada di tempat kejadian, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Lelaki tersebut yang ternampak kaki manusia terjulur keluar dari satu daripada beg pakaian itu terus memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuannya.

“Pemeriksaan mendapati badan mangsa dimasukkan dalam satu beg manakala kaki, tangan serta kepala di dalam satu lagi beg,” katanya.

Identiti mangsa termasuk jantina masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut dan berkata mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis telah mengambil keterangan dua lelaki serta seorang wanita, dipercayai tinggal di sekitar kawasan itu untuk membantu siasatan.

- Bernama


MR : Malaysia menuju negara tidak selamat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ekonomoney melecet, butcert pun buat kerja lain dah ler nih.

    BalasPadam