Header Ads

ads header

Flash News

Tidak adil kepada pelajar aliran menengah kebangsaan - Dr Teo


 SHAH ALAM - Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dilihat berat sebelah dan tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah di negara ini.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, jika Kementerian Pendidikan mengiktiraf UEC, ia dilihat berlaku tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah kebangsaan yang sedia mengikuti silibus dalam dasar pelajaran kebangsaan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya bersifat melindungi sijil peperiksaan di peringkat menengah yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Mereka yang bersekolah persendirian Cina dan mengikuti sijil UEC ini sebenarnya tidak yakin dengan dasar pelajaran kebangsaan sebab itu mereka memilih untuk belajar dalam satu sistem di luar dasar pendidikan kebangsaan.

“Maka ia tidak adil kepada puluhan ribu pelajar yang setia dan yakin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pelajar yang mengikuti sijil UEC tidak sanggup berada dalam dasar pelajaran kebangsaan tetapi di penghujungnya mereka mahu berada dan tersenarai dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan UEC selesai sebelum hujung tahun ini.

Nie Ching dalam kenyataannya mahu isu berkaitan pengiktirafan UEC dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pula mengumumkan, pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu sebagai memenuhi sebahagian janji Pakatan Harapan pada PRU14.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pelajar yang mengikuti sijil UEC ini mahu menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana yuran penggajian bagi satu kursus adalah murah.

“Sebabnya yuran belajar di IPTA lebih murah berbanding IPTS. Jelas terbukti, mereka mahu sangat masuk IPTA kerana kosnya murah,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau sijil UEC ini diiktiraf, pasti akan ada permohonan daripada pertubuhan lain terutamanya SIJIL GEC A Level yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge di United Kingdom.


MR : Ada cerdik pandai Cina pun boleh berfikiran rasional, malangnya macai PH pula macam "kurang akal" dalam isu ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

7 ulasan:

  1. Semua melayu islam pakatan hancing dicucuk hidung oleh bang long dap...termasuk pm ke 7

    BalasPadam
  2. Teo nie ching kata "dia mahu isu uec diselesaikan sebelum hujung tahun ni".. Bunyi seolah2 menekan bosnya Menter Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Semoga Dr Maszlee tetap teguh pertahan bahasa kebangsaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, si maszlee dh bgtaw smlm, dia akan iktiraf uec ni sbb dah ada dlm manifesto ph.
      Welcome to 'tanah persekutuan cina'.

      Padam
  3. Pemimpin-pemimpin pakatan telah berjanji jika pakatan menang, esok harga minya diturunkan kepada RM1.50 seliter, tol dihapuskan, bayaran PTPTN ditangguhkan, beban rakyat dikurangkan ... bla ... bla ...bla ... bla ... Akhirnya kera jaan pakatan sendiri yang memungkiri semua janji dalam manifesto pakatan sendiri kecuali UEC yang menjadi kepentingan kaum China.

    Ini jelas membuktikan kera jaan pakatan memberi keutamaan kepada kaum kafir yang menjadi rakyat minoriti dan melakukan diskriminasi terhadap agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu yang merupakan rakyat majoriti.

    Padan muka barua, penyokong dan pengundi pakatan hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja. Akhirnya orang Melayu menang sorak, kampung tergadai ! Kasihan !

    BalasPadam
  4. Alaa biarkan je diorg nak iktiraf UEC ke apa benda ke. Diorg dah ada kuasa, so buatlah apa yg ko nak buat. Aku tunggu bom jangka meletop je. Lepas tu kita ambil balik kuasa, dan lepas tu kita tutup terus semua sekolah cina di Malaysia ni.

    I like.

    BalasPadam
  5. Mereka telah mengasak bertubi tubi manifesto 100 hari untuk kepentingan cina bukan main cepat nak dilakukan.setan kafir betul depa ni

    BalasPadam