Header Ads

ads header

Flash News

Anwar akan tanding kerusi Parlimen


 KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru diangkat semalam akan bertanding merebut kerusi ahli Parlimen.

Pengesahan ini dibuat isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Anwar akan bertanding kerusi Parlimen.

"Bagaimanapun, Parlimen mana-mana itu terpulang," katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen,hari ini.

Walau bagaimanapun tegasnya,  semua jawatan yang digalasnya tidak akan dilepaskan bagi memberi laluan kepada suaminya.

"Memang tidak. Insya-ALLAH (akan kekalkan jawatan semua jawatan termasuk sebagai Ahli Parlimen Pandan," ujarnya.

"Pelantikan Anwar (Presiden PKR) Alhamdulillah," ujarnya.

Semalam, Anwar menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang.

Anwar menang bagi jawatan presiden kerana tiada individu lain yang mencabar beliau.


MR : MP mana pula akan jadi mangsa?...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



7 ulasan:

  1. apakah sudah ada keraguan bahawa kalau pihak isteri melepaskan kerusi bagi beri laluan pada si suami, si suami ada kebarangkalian untuk tidak mendapatkannya?

    dan keraguan itu dikuatkan dengan yang ini: kalau si suami tidak berjaya mendapatkan kerusi berkenaan bermakna dua2 pihak (isteri dan suami) bakal kehilangan semuanya.

    jadinya kalau kerusi isteri tidak bakal menjadi kerusi loncatan, kerusi yang mana pulak yang bakal jadi kerusi loncatan? Tak mungkin kerusi Pauh Dilayang, kot?

    BalasPadam
  2. Anwar,untung la hg ALLAH bagi umur panjang.boleh jawat jawatan presiden pkr.dh bertahun tahun hg duduk dalam jawatan palsu -ketua umum yg tak wujud pun dlam perlembagaan pkr. Semua masih ingat masa 2004 hg bebas dari penjara,hg jumpa paklah sebab nak masuk semula dalam umno.tapi tak jadi,mahathir dgn mt umno halang.

    BalasPadam
  3. Langkah kekajang 1.0 berjaya di sempurnakan namun matlamat asal tersasar. Sasaran tidak seperti diharapkan: 'ulam dicita sebaliknya pucuk yang datang'. Maka itu misi yang lebih besar dalam Langkah kekajang 2.0 tentunya bakal berdepan risiko jauh lebih besar bilamana pertaruhannya juga jauh lebih besar. Apapun Invouge kan ada.

    BalasPadam
  4. Makin syok tgk drama

    BalasPadam
  5. Langkah mahathir,,,
    Biarkan dia, ,,

    BalasPadam
  6. Layan... Ingat ramai puak liberal dok dlm PKR tu.. Depa ni yg akan mencorakkan perjalanan politik pkr di Malaysia dan dunia.. Kita jgn terpengaruh dgn drama depa ni..
    WaAllahu'alam..
    https://liberal-international.org/our-members/regions/asia/
    Google link kat atas utk maklumat lanjut..

    BalasPadam
  7. Sepatutnya,,
    Inilah masa terbaik pas kuburkan umno, ,
    Xpayah kongsi kertas undi ,,

    BalasPadam