Header Ads

ads header

Flash News

Dun Seri Setia: Pas mungkin akan letak calon


 KUALA LUMPUR - Pas bakal mempertimbangkan cadangan Umno untuk menempatkan calon daripada parti Islam itu di PRK Dun Seri Setia.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan mengadakan mesyuarat pada 11 Ogos ini untuk mempertimbangkan cadangan laluan yang dibuka Umno itu.

"Pas akan adakan mesyuarat 11 Ogos (Sabtu) ini untuk pertimbangkan cadangan tersebut.

"Pada prinsip kemungkinan besar kita akan bertanding, Pas akan letak calon," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Jumaat lalu, Umno Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan tidak akan meletakkan calon pada PRK Dun Seri Setia bagi memberi laluan kepada Pas sebagai tanda setiakawan antara kedua-dua parti itu.

Ketika ditanya adakah Pas akan menerima bantuan Umno, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Pas menerima bantuan daripada semua termasuk juga daripada Umno atau PH.

"Sesiapa nak tolong Pas, kita akan terima semua. Kalau PH ke nak tolong, kita terima," ujarnya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menjelaskan tiada sebarang kerjasama antara Pas dan Umno sebaliknya, hubungan ini lebih cenderung dalam konteks PRK.

"Ini soal PRK, kerjasama dalam konteks parti kita tak ada. Cuma dalam konteks pilihan raya kecil. Mana -mana pihak yang sedia membantu kita terima.

"Kita akan tengok sejauh mana Umno sudi untuk membantu Pas pula. Meskipun PRK bukan medan utama tetapi ia boleh menghantar isyarat kepada kerajaan," kata beliau.

Tambahnya, sekiranya muktamad Pas untuk berentap di Seri Setia, parti Islam itu sudah menyiapkan kekuatan jenteranya.

"Kekuatan Pas akan turun sepenuhnya. Jentera sudah siap sedia," katanya.

MR : Selepas UMNO uji pengaruhnya, dan selepas ini MCA dan PAS juga patut uji sejauh mana pengaruh selepas PRU-14....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Sri Kandis adalah bukti keghairahan terhadap pencapaian PH semenjak PRU 14 cepat merundum. Sebaliknya sokongan terhadap pembangkang semakin menaik. Momentum ini perlu berterusan kalau semua pihak menjalankan peranan masing2.

    BalasPadam
  2. Pun begitu kena kaji molek2 kawasan orang umno memang bersungguh nak undi PAS ke idak... Hamba tak mengharapkan apa-apa kat negeri Selangor nih.. utara selangor mungkin boleh kira lagi, zon tengah nih kena ultra gigih..

    BalasPadam
  3. Pas perlu pujuk pengundi untuk keluar mengundi,
    Pengundi pru 14 sekarang ramai dikalangan orang kecewa. ..
    Terutamanya melayu,,
    Kepimpinan perlu mula ,,
    Dari sekarang...

    BalasPadam

  4. Dalam pru14, di DUN Seri Setia
    PKR dapat 29,250 undi
    BN dapat 9,878
    PAS dapat 4,563

    Jika semua orang BN keluar mengundi PAS, maka PAS akan dapat 9878+4563 = 14,441 sahaja.

    BalasPadam
  5. Pendapat saya secara peribadi adalah peratusan keluar mengundi akan nerosot seperti di sg Kandis jgk.. Ada yg dok di luaq kawasan x blk mengundi dan yg atas pagaq pun mgkn x mengundi.. Yg non muslim tetap dgn partinya.. Yg muslim masih celaru.. Mood mengundi pada pru 14 baru ni x hilang lagi.. Jadi kita x blh jadikan keputusan prk seri setia ni sbg ukuran.. Tp boleh jadikn prk ni sbg test market pas dan umno.. Ramai lg yg x paham..
    WaAllahu'alam..

    BalasPadam