Header Ads

ads header

Flash News

Anwar antara Rafizi dan Azmin yang berkuasa


Sorang ahli politik ini dilihat tidak terkawal, dan pada masa lalu menyinggung ramai pimpinan parti kerana bercakap secara berterus-terang.

Tetapi Rafizi Ramli tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan, dan tentu sekali bukan seorang Ahli Parlimen. Oleh itu tidak timbul persoalan sama ada ahli politik ini satu ancaman.

Lawannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah kawan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tempat mengadu watak utama PKR itu.

Tetapi timbalan presiden PKR itu cepat menaiki tangga politik mutakhir ini, dan dalam politik, itu sahaja cukup untuk menyebabkan seseorang itu dilihat sebagai satu ancaman.

Sumber parti mengatakan itu antara dilemma yang Anwar hadapi sekarang, ketika beliau bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan presiden parti selepas pencalonannya tidak dicabar.

Perhatian semua orang kini tertumpu pada pertandingan orang nombor duanya.

Rafizi, yang bukan wakil rakyat dan bukan menteri, sedang bersiap untuk mencabar Azmin, yang bukan sahaja mengetuai porfolio hal ehwal ekonomi yang berkuasa tetapi juga sebahagian golongan dalaman di penjana pendapatan kerajaan, Khazanah Nasional.

Jadi siapa yang lebih layak menjadi orang nombor 2 parti itu?

“Kadang-kadang susah nak bekerja dengan Rafizi,” kata sumber dalam kem Azmin.

Beliau berkata tidak boleh dinafikan Rafizi banyak menyumbang kepada PKR, dan pengorbanannya termasuk tidak bertanding pilihan raya kerana pertuduhan jenayah terhadapnya bawah pentadbiran lepas diketahui umum.

Bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, yang bersaing untuk tempat di majlis pimpinan pusat PKR, bersetuju dengan komen itu.

“Rafizi jelajah ke seluruh negara dan memainkan peranan penting menjelaskan banyak isu dan agenda Pakatan Harapan jika gabungan itu menang Putrajaya,” katanya.

“Kalau dia menang, dia boleh bantu Anwar memenuhi agenda PKR.”

Seorang lagi pemimpin parti bersetuju Rafizi seorang yang “berprinsip” dan “tidak bertolak ansur dalam isu yang dia perjuangkan.”

Namun begitu: “Dalam politik, perkara itu boleh menjadi liabiliti, terutama pada orang atasan. Itu boleh menyebabkan dia bersengketa dengan Anwar.”

Sementara itu, seorang ahli parti dalam kem Rafizi berkata pencapaian Azmin setakat ini menjadi liabiliti kepada parti.

Beliau berkata bekas menteri besar Selangor itu dilihat sebagai satu ancaman, dan hubungan rapatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mematahkan dakwaan bahawa dia pilihan utama perdana menteri sebagai penggantinya.

“Sudah 20 tahun Anwar menunggu untuk menjadi perdana menteri,” katanya. “Dia perlukan orang nombor 2 yang boleh bekerja dengannya, seseorang yang tidak akan menjadi satu ancaman.”

Bermula minggu depan, separuh daripada 800,000 ahli PKR akan mengambil bahagian dalam pemilihan pemmimpin tertinggi parti.

Azmin hari ini mengesahkan dia akan melawan Rafizi dan mempertahankan jawatannya.

Perkembangan itu sudah dijangka kerana mereka berdua dilihat bukanlah kawan baik. Perkembagan ini juga menamatkan spekulasi Azmin mungkin mencabar Anwar untuk jawatan presiden.

Pada masa ini, sumber percaya kelebihan berada di tangan Azmin.

Bekas setiausaha sulit Anwar itu juga mendapat sokongan ahli majlis PKR di seluruh negara, yang berterima kasih kepada Azmin atas pelantikan mereka.

‘Kotor’

Walaupun pemimpin-pemimpin kanan cuba mempertahankan parti itu ditengah-tengah spekulasi mengatakan PKR diancam perpecahan, sumber mengatakan kempen untuk jawatan nombor 2 parti boleh terjerumus menjadi pertarungan peribadi.

“Perlawanan ini boleh bertukar kotor,” kata sumber, menyorot kembali pertandingan antara Azmin dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pada 2010.

Veteran parti dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, juga seperti Rafizi dalam beberapa segi.

Mereka antara Ahli Parlimen yang lantang di Dewan Rakyat, tetapi tidak dapat menyertai pilihan raya umum lepas.

Tian Chua menafikan adanya perpecahan dalaman, mengatakan pertandingan Azmin-Rafizi itu “satu pertandingan yang sihat”.

“Selepas pilihan raya, marilah kita bersatu menguruskan parti,” katanya.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen secara terang-terangan menyokong Rafizi dan bersetuju dengan komen itu.

Beliau berkata kewujudan kumpulan-kumpulan yang bersaing perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Ditanya bagaimana dia akan membantu Rafizi memenangi pertandingan itu, Wong Chen berkata dia akan bercakap kepada ahli PKR tentang semangat reformasi, laungan perang PKR sejak 20 tahun lalu.

“Kita akan bercakap tentang pelbagai dasar dan rancangan kita tentang keadilan sosial dan membanteras rasuah.”

Selepas pemilihan?

“Semua ahli akan bersatu dan bekerja menguatkan parti,” katanya.

 |

MR : Siapa dibelakang semua ini. Sebelum ini pernah berlaku Anwar, Azmin dan Ezam dan akan berlaku seorang akan jadi mangsa?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:


  1. Ini yang Mahathir paling suka.... Apabila perselisihan faham berlaku antara saf kepimpinan PKR....Nasib baik dia dah keluar dari UMNO, kalau tidak jadi lintang pukang le UMNO.


    BalasPadam
  2. Bila tidak ada title MP atau menteri yakni setaraf dengan kedudukan dalam parti sedangkan pihak lawan memiliki segalanya (jawatan, pangkat mesin, wang dan sokongan dalaman/luaran) ia ibarat anjing menyalak bukit.

    BalasPadam
  3. Mahathir sentap bang non dah menang dan menguasai PKR.Jemin belum sanggup lawan toke.

    BalasPadam
  4. Kalau kem azmin banyak yg menang,anwar ibrahim sbagai presiden d kelilingi oleh kem azmin.kem azmin boleh sabotaj anwar,burukkan imej anwar sebagai presiden.2 tahun akan datang utk pemilihan pkr sah anwar akan d tendang.

    BalasPadam