Header Ads

ads header

Flash News

Pemilik firma berlian Lubnan dedah detik kepercayaan kepada Rosmah


Peniaga berlian Lubnan Samer Halimeh berkata hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor bermula di sebuah acara sosial di Belgravia di London pada 2009.

Menurut Free Malaysia Today, Ketua pegawai eksekutif Samer Halimeh New York itu berkata ketika itu, Rosmah meminta syarikatnya menaja dan mempamerkan barang kemas berlian di sebuah majlis amal di luar negara.

Menurut kenyataan Samer yang dilaporkan Free Malaysia Today, dia berkata syarikatnya kemudian turut membekalkan "barang kemas VIP" untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Dia berkata acara itu berlangsung di London dan kota-kota lain.

Hubungan mereka kemudian semakin rapat sehingga Samer diundang menghadiri majlis perkahwinan anak pasangan itu, Nooryana Najwa pada 2015, kata laporan itu lagi.

"Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar 'cuba sebelum beli'.

"Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018," katanya seperti dipetik.

Justeru, kata Samer, dia sedih kerana terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Rosmah selepas barang kemas yang diberikannya itu telah dirampas oleh polis Malaysia dalam siasatan 1MDB.

"Kami sangat kesal dan sedih kerana terpaksa mengambil tindakan mahkamah terhadap Rosmah dalam keadaan sebegini," katanya seperti dipetik.

Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta.

Global Royalty merupakan salah satu syarikat bawah Samer Halimeh New York.


MR : Adakah urusan ini mempunyai dokemen pengesahan?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. kalau buat baik dengan marhaen anda tak dapat apa-apa tapi kalau buat baik dengan taukeh dan taikun anda akan dapat sesuatu. kalau bintang sendiri tiba-tiba malap, taukeh dan taikun juga boleh bertukar jadi liabiliti. itu realiti.

    lazimnya apa jua risiko boleh dibuat perkiraan lebih awal dan kalau ianya adalah lebih tinggi daripada nilai yang sesuai, ia sepatutnya ditolak sejak sedari awal. bila nasi sudah jadi bubur, 1001 kebebaian sudah tiada gunanya.

    BalasPadam
  2. Jadi yg auta singh umum barang rampasan rm900 juta - rm1 bilion/2 bilion tu haram jadah apa?dakwa barang kemas d beli dgn duit 1mdb...padahal bukan semua barang2 yg d rampas tu milik najib dgn rosmah.apa punya haram jadah balas dendam dkat najib dgn buat fitnah ,cipta persepsi ni?

    BalasPadam