Header Ads

ads header

Flash News

Anwar nak buat “langkah Kajang 2”


Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menawarkan kesediaan beliu untuk mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

“Saya sedia lepaskan kerusi itu kepada Datuk Seri Anwar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.

Sebelum ini, timbul spekulasi calon naib presiden PKR itu akan mengosongkan kerusi parlimen Selayang bagi memberi peluang kepada Anwar yang diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding Ahad lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Anwar tidak dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh kerana masih di penjara atas kesalahan liwat II sejak 2015. Bagaimanapun sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon beliau diberikan pengampunan penuh.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan mereka Nurul Izzah masing-masing sebelum ini dilaporkan berkata mereka tidak berhasrat melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Permatang Pauh.

Anwar menggantikan isterinya yang juga adalah timbalan perdana menteri yang tidak mempertahankan jawatan presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.

Mengulas lanjut apakah beliau sanggup menjadi “kambing hitam”, Leong berkata “ya”.

Malah, katanya perkara sama juga akan dilakukan oleh semua 50 orang anggota parlimen PKR.

“Kalau diminta saya sanggup (jadi kambing hitam), malah saya percaya 50 anggota parlimen PKR yang lain juga kalau diminta (berbuat demikian) tak ada siapa yang tidak akan beri laluan pada Anwar,” katanya.

Bagaimanapun, kata Leong sehingga hari ini tidak ada perbincangan mengenainya dibuat pihak pimpinan parti itu.

“Setakat ini tak ada apa perbincangan,” katanya.

Pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis yang lalu, Anwar berkata bahawa sebuah kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberikan beliau ruang untuk bertanding.

Anwar yang dinamakan akan menggantikan Dr Mahathir perlu menjadi ahli parlimen sebelum dapat dilantik menjadi perdana menteri dan menerajui kerajaan Pakatan Harapan.


MR : Parti mana pula akan menjadi mangsa. Sebelum ini PAS terfitnah dek kerana nafsu PKR....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



6 ulasan:

  1. Sayang Selayang 1000x Selayang, bukan hidung tak mancung pipinya bak pauh dilayang disorong2, sayang Selayang ialah bakal menarik layang-layang yang putus talinya.

    BalasPadam
  2. Dulu munyer majai. Sekarang tukau jadi 'Langkah Terajeng'... siapa nak kene terajeng? Haha TST.

    BalasPadam
  3. Selayang yg bakal melayang ...
    Mood pengundi mula berubah

    BalasPadam
  4. Sepertimana biasa akan menang dengan sokongan suara bukan islam itu yg pasti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ni sy pun setuju.. Dah dapat undi depa, kenala ikut apa kata depa..

      Padam
  5. Gila betoi pakaturn ni,lepas pilihanraya nak buat lagi satu lagi pilihanraya.lepas sg kandis -balakong lepas tu - seri setia - la ni selayang pulak.pakaturn ingat duit jatuh dari langit ka semata mata nak puas kan nafsu anwar ibrahim ni?satu pilihanraya kecil,berapa kos dia?konon hutang negara rm 1 trilion.jimat butuh depa.

    BalasPadam