Header Ads

ads header

Flash News

Zunar kini dah meluat dengan Mahathir bekas “Mahazalim”


KARTUNIS penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kartunnya yang tersebar hari ini di media sosial.

Kartun tersebut menggambarkan Mahathir melencong dari jalan “Malaysia baharu” dan menuju ke arah mempertahankan dan membina legasinya, termasuk Formula 1, jambatan bengkok, Khazanah dan “Proton 2.0”

Kartunis politik yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Mahathir memerintah telah mula menunjukkan kritikan keras terhadap PH.

Sebelum ini, Zunar mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang disifatkan mengutamakan hal-hal kecil seperti kasut hitam berbanding reformasi pendidikan yang lebih utama.

Zunar menjadi musuh ketat Mahathir sejak era reformasi bermula 1998 apabila beliau menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga menerbitkan banyak buku kartun bertema kritikan terhadap Mahathir, antaranya Lagak Pak Mahat.

Banyak kritikan melalui karikatur dibuat sepanjang tempoh pertembungan sengit PKR dengan Mahathir dan UMNO.

Kemalangan maut di dagu Mahathir
Antara kartun beliau yang paling diingati berkenaan Mahathir ialah menggambarkan bentuk litar Sepang menyerupai bentuk muka Mahathir.

Zunar juga menimbulkan kontroversi melalui beberapa kartunnya yang dianggap melampaui batas termasuk menghina agama dan peribadi pemimpin-pemimpin negara. – Mynewshub.tv


MR : Malaysiakini kini sedang menyingkir Zunar daripada kartunis mereka apabila Zunar tak ikut kehendak Malaysiakini jangan kritik Mahathir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Buat hal dulu2, berdepanlah dengan Pak Isa. Jasat membelenggu.

    Buat hal kini2, berdepanlah dengan Pak Masakini. Kreativiti pula dibelenggu.

    Ingat boleh memecut macam di Autobhn, rope ropenya dapat tiket jua.

    Oh itulah wajah yang menimpa Mustang BARU ku. Kenderaan baru, jalan masih yang lama.

    BalasPadam
  2. Ibarat buku baru bertemu ruas lama. Sayangnya ruas baru tak sekeras ruas lama.

    Apapun tahniah buat Tok Lunar kerana dapat pencahayaan semula dari Mataharir.

    BalasPadam
  3. Mesiakini adalah media pakatan liberal-kafir harbi di mana puak munafik liberal dan puak kafir harbi bebas menghina agama Islam, ulama Islam, institusi Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

    BalasPadam
  4. Melaka diserang hingga roboh,
    Kerana rakyat takut mati,
    Sokong pakatan kerana bodoh,
    Islam ditindas sesuka hati.

    BalasPadam