Header Ads

ads header

Flash News

Bodoh dan Jumud membuatkan Abdul Aziz tidak faham kehendak Islam


PETALING JAYA: Individu yang menerima pemakaian uniform yang dipakai kakitangan Malaysia Airlines menyuarakan keraguan sekiranya kerajaan akan memaksa majikan menerima kod etika berpakaian yang dirangka itu tanpa mendengar pandangan mereka.

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines System (MAS) dari 1982 hingga 1992 memberitahu, beliau akan menentang pelaksanaan peraturan itu namun beliau percaya Putrajaya akan melaksanakannya sebaik mungkin.

Beliau menyifatkan pentadbiran Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang “waras”.

“Kita perlu melihat garis panduan terlebih dahulu,” katanya. “Jika ada masalah, saya pasti mereka boleh berbincang dengan kerajaan.”

Beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengenakan kod etika berpakaian untuk pekerja wanita Islam di sektor swasta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dipetik sebagai berkata perhotelan dan syarikat penerbangan adalah antara sektor yang disasarkan dan tujuan kod etika itu adalah untuk menghalang diskriminasi wanita Islam, khususnya untuk isu pakaian dan mengamalkan pegangan agama dalam kehidupan seharian mereka.

Abdul Aziz mendedahkan beliau adalah orang yang bertanggungjawab mereka seragam yang masih digunakan oleh pekerja Malaysia Airlines sehingga hari ini. MAS menjadi Malaysia Airlines pada 2015.

“Saya mengamalkan cara hidup Islam sejak kecil,” katanya. “Saya tidak melanggar mana-mana peraturan Islam.”

“Pada masa yang sama, kita perlu waras dan memahami kita hidup dalam dunia yang kompetitif. Jadi, walaupun saya setuju seragam mesti kelihatan sopan, ia tidak bermakna kita mesti memakai jubah atau menutup diri dari kepala hingga ke kaki.”


Abdul Aziz ini faham tak kod pakaian yang dikehenadaki Islam ialah menutup aurat. Bukan macam sesetengah bukan Islam faham dan juga orang Islam yang jahil faham.


Jika masih ramai orang macam Aziz ada Islam di negara kita tidak akan berjaya.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), yang mewakili lebih 5,000 syarikat, berkata pihaknya berharap kerajaan akan berunding dengan majikan dalam merangka mana-mana kod etika yang perlu mereka patuhi.

“Adalah baik bagi majikan untuk memenuhi keperluan pekerja mereka, tetapi ini tidak harus mengikat kerana ia menjadi kod etika, dan bukannya undang-undang,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan.

“Juga, pekerja wanita Islam harus diberikan pilihan sama ada untuk mematuhi kod etika tersebut.”

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Hee dan Persatuan Pengusaha Hotel Christopher Raj berkata kumpulan mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap sebarang kod etika berpakaian. Mereka menambah pekerja hotel tidak dihalang daripada memakai tudung.

Bagaimanapun, Cheah berkata mana-mana pekerja yang memilih untuk memakai tudung mesti memilih warna yang diluluskan oleh hotel tempat mereka bekerja.

Pelbagai kumpulan hak dan aktivis mengkritik langkah kerajaan sejak Mujahid mengumumkannya.


SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
 


MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Bila pakaian pramugari di 10 syarikat penerbangan paling menguntungkan diperhatikan, dapatannya ialah:

    1. Leher ditutup

    2. Celahan didada di tutup.

    BalasPadam
  2. Mereka ini hasil dari pendidikan barat totok yg hanya faham agama itu solat, puasa dan haji.
    Banyak lagi saki baki pendidikan itu yg masih hidup dan menentang arus dakwah Islam, walaupun mereka sudah senja usianya. Antaranya akj, zam, anggota g25, madey sendiri. Mereka dijulang sebagai hero oleh puak liberal dan mereka yg malas beramal.
    Pas kena gandakan usaha dakwah hingga ke akar umbi masyarakat, dengan tidak memfokus keterlaluan pada politik di sasaran ini.

    BalasPadam
  3. Yang memburuk-burukkan imej Islam adalah umat Islam yang jahil murakkab, puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

    Puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi adalah musuh Islam yang sentiasa mencipta dan menyebarkan fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan Islam kerana hati mereka amat bencikan agama Islam walaupun sebilangan mereka tahu bahawa Islam adalah agama yang terbaik kerana hati mereka hitam kotor berkarat dan mungkin hati mereka telah ditutup oleh Allah dari melihat kebenaran kerana kesesatan, kezaliman dan kejahatan mereka snediri yang melampaui batas.

    Mereka mencipta pelbagai fitnah terhadap Islam, perjuangan Islam dan perjuangan Islam untuk menghasut orang ramai membenci Islam, perjuangan Islam dan umat Islam.

    Umat Islam yang jahil murakkab pula adalah golongan yang malas atau tidak mahu belajar tentang agama Islam tetapi mereka berlagak bodoh sombong membuat 'fatwa' sendiri yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana kejahilan murakkab mereka sendiri. Mereka inilah adalah golongan zalim dan fasik yang menjadi tunggangan puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

    Inilah yand sedang berlaku di negara kita hari ini. Wahai umat Islam, marilah kita semua kembali kepada Islam dan bersatu padu menyokong perjuangan Islam yang sedang diperjuangkan oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam supaya kita semua selamat, berjaya dan sejahtera di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. Pramugari dibayar dengan gaji yg lumayan bukan kerana risiko kerja yg tinggi sahaja tetapi juga diatas kesanggupan berpakaian menggiurkan oleh pihak pengurusan. Alangkah malangnya negara mempunyai pengurus yg beragama Islam sebegini.

    BalasPadam