Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama Umno-PAS sukar diterima akar umbi, kata Ku Li


KUALA LUMPUR: Kerjasama Umno-PAS yang cuba dipupuk pimpinan tidak mudah dilaksanakan kerana sukar diterima akar umbi, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata pada dasarnya matlamat dan pandangan yang tidak selari antara Umno dan PAS, dan seterusnya sejarah perseteruan antara akar umbi kedua-dua parti.

“Ia hendak cuba atas kes demi kes tetapi perjuangan berbeza. Saya rasa susah 2 kumpulan ini hendak bersatu sesudah bercerai begitu lama,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Beliau berkata kesannya boleh dilihat pada pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis baru-baru ini.

“Ia percubaan pertama kali, tidak tahu gagal atau tidak tetapi zahirnya tidak nampak begitu berjaya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Umno akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding pada PRK DUN Seri Setia.

Mohamad berkata keputusan ini sebagai menghargai keputusan PAS yang memberi laluan kepada Umno pada PRK DUN Sungai Kandis, bagi meningkatkan peluang pembangkang melawan gabungan pemerintah, Pakatan Harapan.

Tengku Razaleigh berkata kerjasama Umno-PAS tidak mustahil tetapi akar umbi perlu diberikan masa dan ruang.

“Susah hendak bekerjasama di peringkat bawah kecuali diberikan masa dan difahamkan,” katanya.


MR : Mudah aje, UMNO mesti berubah. Tunjukkan satu tanda yang PAS boleh terima UMNO, misalnya UMNO ubah dasar perjuangannya kepada Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



8 ulasan:

  1. Sebagai penyokong parti Islam PAS pimpinan ulama Islam, kita amat menyokong kerjasama antara PAS dan UMNO untuk menentang dan menggulingkan pakatan liberal-kafir harbi melalui PRK, PRN dan PRU15 kerana pakatan ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada Islam dan umat Islam sekarang berbanding dengan UMNO yang menganut ideologi nasionalisme dan masih menghormati Islam dan hak umat Islam.

    Oleh sebab PAS pernah disabotaj sehingga jatuh tersungkur kerana angkara UMNO sendiri maka wajarlah UMNO membuktikan keikhlasannya dengan membuang nasionalisme dan sekularisme dan mengambil Islam sebagai ideologi perjuangan UMNO untuk melindungi Islam dan umat Islam. UMNO juga perlua membuang pemimpin-pemimpin yang bersikap duri dalam daging menentang dan menghina ajaran Islam dna menafikan hak umat Islam.

    UMNO tidak boleh bergantung kepada undi puak kafir kerana 95% orang kafir telah menolak UMNO dan PAS. Puak kafir menolak Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam dan apa sahaja yang berlabel Melayu atau Islam kerana sikap rasis, hipokrit dan prejudis puak kafir terhadap Islam dan umat Islam.

    Walaubagaimanapun, kita ucapkan tahniah dan syabas kepada kerjasama UMNO-PAS kerana berjaya mengurangkan majoriti pakatan dalam PRK terbaru. Ini adalah petanda buruk bagi pakatan dan petanda baik untuk UMNO dan PAS.

    BalasPadam
  2. Kita Tak boleh paksa seseorang terima konsep Kita. Bersetujulah diatas matlamat melayuIslam. Saying menghormati diatas perbezaan. Kita sudah tiada Masa,tenaga,hayat Dan tenaga untuk berseteru sesama bangsa Dan ugama. Masing2 pas Dan Umno berikan penjelasan konsep halatuju politik melayuIslam akhir zaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah tindakan kita meminta UMNO menerima Islam sebagai asas perjuangan UMNO merupakan satu kesalahan besar? Apakah agama ahli dan pemimpin UMNO?

      Sebagai parti Melayu yang beragama Islam, UMNO sepatutnya menerima Islam sebagai ideologinya dan membuang ideologi buatan manusia seperti nasionalisme , sekularisme dll.

      Padam
  3. Akar umbi kurang masaalah .
    Jika pemimpin berubah dan tukar dasar.
    Pas...parti Islam mudah memaaf kerana dasar Islam.
    Insyallah penyatuan akan jadi nyata sablum PRU 15.

    BalasPadam
  4. lagi satu..Umno sekarang dipimpin oleh mereka yang berlatar belakangkan Islam so tak salah utk bekerjasama kannn...dulu mmg lah yng pegang tampuk tu sapa selama 22 tahun..atok...kan.. baru nak memacu ke arah kesejahteraan Islam...Umno dan BN ditumbangkan..atok..kan...so berilah peluang kepafa pemimpin baru umno ni..jgn lah Pas ni..yng berlagak.

    BalasPadam
  5. Tak susah dan tak perlu ubah dasar.
    Yang paling penting ialah kesedaran dan sifat keterbukaan.
    Dan juga tidak memandang rendah ke atas satu sama lain.

    Sentiasalah berhusnozon dan hindarkan penggunaan bahasa yang tidak matang.

    Lihatlah baru-baru ini apabila Jelutong menggunakan bahasa kasar dalam Parlimen tanpa dikenakan tindakan/teguran oleh presiden mereka sendiri. Begitulah budaya kominis Pakatan Harapan.

    Kita perlu hidupkan budaya matang dan sejahtera. Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam TKO dahulu :" The difference is just your attitude"
    You may be rich or may be poor, you may be of high status or a nobody , but what matters most to Allah is just your attitude. That is all and the rest are of little relevance. Life is not as complicated as one would think. The journey of life may be perilious , but the purpose of life is as simple as to how you treat yourself and those people around you , and how you you take care your relationship with your lord. Remember , as long as you stay humble to the decree of Allah , Allah will always guide you to the right path.

    BalasPadam
  6. Ku li,dulu pas dgn umno tun razak bekerjama selepas peristiwa 13 mei tapi naik tun hussein dgn mahathir ganti tun razak,pas kena cantas d kelantan dan d tendang keluar dari barisan nasional.lepas tu bermula la zaman pas d layan dgn kejam d bawah kerajaan umno mahathir.ada beza dgn umno zaman najib dan zahid?banyak bezanya..dh tak dak ahli pas yg kena bunuh,tak dak ahli pas yg d layan tak berperikemanusiaan.

    BalasPadam