Header Ads

ads header

Flash News

Najib hadapi 3 tuduhan ubah wang haram RM42 juta milik SRC


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 3 pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang mana wang itu milik SRC International Sdn Bhd, dalam 2 akaun miliknya, 4 tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib, 65, selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-3, Najib didakwa menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (“Rentas”) dalam 2 akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.

Beliau dituduh melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini, antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang 5 kali ganda nilai aktiviti haram itu atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan 1 pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala pendakwaan diketuai Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Sebanyak 21 pas berwarna merah jambu disediakan untuk wartawan masuk ke dalam mahkamah, manakala 50 pas berwarna kuning diedarkan kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera yang ditempatkan di luar bilik mahkamah serta lobi kompleks berkenaan.

Terdapat 2 barisan tempat duduk dalam Mahkamah Sesyen disediakan untuk media dan satu barisan masing-masing bagi keluarga tertuduh dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


MR : Setakat ni belum lagi ada cerita pasal 1MDB, agaknya dekat PRU-15 baru nak dakwa....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. 42 juta ?
    Kata seleweng berbillion-billion.

    BalasPadam
  2. 42 juta tapi bukan kes 1mdb.ini kes src international,kes org bertanggung jawab yg menguruskan akaun najib ni bawak masuk 42 juta 'singgah' dalam akaun najib sebelum duit ni keluar ke akaun org lain dan parti politik.kes 1mdb? Kerajaan pakaturn harpoon tgh cipta bukti nak dakwa najib,tgh bincang dgn jho low utk dakwa najib dgn bukti palsu (jho low akan dapat imuniti dari sebarang pendakwaan dan dapat simpan separuh duit 1mdb yg dia dgn khadem al qublaisi sapu).

    BalasPadam
  3. Bermakna kes 1mdb tiada bukti.... Tiada bukti bernakna fitnah atau fake news....patut le PH membentang pemansuhan akta fake news...supaya mereka tidak bersalah bila menfitnah.

    BalasPadam