Header Ads

ads header

Flash News

Sekali lagi PAS desak PH buktikan tak terima dana, kerjasama dengan IRI


KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bukti untuk menolak dakwaan mereka bekerjasama dan menerima dana politik daripada sebuah badan pemikir berpangkalan di Washington, Institut Republikan Antarabangsa (IRI).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika PH tidak membuat penjelasan dan menunjukkan bukti, ia boleh menjejaskan kedaulatan serta keselamatan negara kerana ia membabitkan campur tangan kuasa asing.

“Mereka perlu jelaskan kepada rakyat dengan bukti yang kukuh. Jika mereka benar-benar terlibat, mereka perlu jelaskan berapa jumlah dana yang diterima dari badan itu. Jika tidak, apa pula buktinya?” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Presiden IRI, Daniel Twinning mendakwa IRI bekerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002 dan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau dalam sebuah forum anjuran Center for Strategic & International Studies bulan lepas berkata, Washington mendapat manfaat daripada kerajaan baru di Putrajaya sejak mula lagi.

Beliau turut mendakwa usaha IRI di Malaysia akhirnya membuahkan hasil pada PRU14 lalu dan menguntungkan AS dari segi saingannya dengan China ketika ini.

Tetapi, IRI dalam satu kenyataan hari ini mengkritik laporan FMT semalam dan menegaskan ia adalah organisasi tidak berpihak yang bekerjasama dengan rakan di Malaysia sejak 2002 untuk “mengukuhkan kemampuan parti politik bersaing dalam pilihan raya dan mematuhi amalan tadbir urus berpusatkan rakyat”.

“IRI memberikan sokongan pembangunan kapasiti tidak berpihak kepada parti politik daripada semua spektrum politik dalam bentuk bengkel latihan langsung dan perundingan dengan gabungan PH dan BN.

“Kegiatan ini membabitkan peserta daripada semua spektrum politik serta sosial, dan memasukkan inisiatif direka untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang politik dan sivik serta memperkukuhkan kemampuan organisasi masyarakat sivil Malaysia.

“Melalui kerja-kerja ini, IRI membantu rakyat Malaysia menyampaikan kebimbangan mereka kepada kerajaan dan pegawai terpilih bertanggungjawab,” katanya sambil menambah ia tidak memberi bantuan kewangan kepada parti politik di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan kerajaan menggubal akta mengawal kemasukan dana politik demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara daripada campur tangan asing.

“Kita bimbang ada pihak pihak luar mempunyai kepentingan tertentu menyalurkan dana dan kewangan mereka kepada parti-parti politik di Malaysia untuk mencapai hasrat mereka sendiri.

“Draf yang diperlukan untuk mewujudkan akta tersebut sudah ada di Pejabat Perdana Menteri kerana sudah lama kita cadangkan perkara ini.”


MR : Pasal tuduh PAS mesti riuh sekampung bila masa orang dedah hubungan dengan IRI, diam membiau macam tikus, seorang pun tak berani ulas....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Bila China melabor dalam sektor perniagaan di Tanah Melayu, pelaburan itu disamakan dengan penggadaian kedaulatan negara. Itulah yang dikempenkan dalam PRU 14.

    Dalam masa sama IRI dari Amerika mendedahkan yang mereka ada melabur dan pelaburan itu bukan dalam bisnes tapi dalam politik di negara ini. Bukan baru tapi dah lama. Bukan 'rugi' tapi 'untung'.

    Jadinya antara dua pihak yang melabur ini, satu untuk bisnes dan satu lagi untuk politik, yang mana satu yang benar2 boleh dikaitkan dengan penggadaian kedaulatan?

    BalasPadam
  2. "Pasal tuduh PAS mesti riuh sekampung bila masa orang dedah hubungan dengan IRI, diam membiau macam tikus, seorang pun tak berani ulas...."

    Komen:

    Bila Ohm Puteh buka mulut/tuduh/dedah persepsinya ialah: 'tiada yang lain selain dari kebenaran'. Itu yang mahu dimasukkan dan dilekatkan ke otak rakyat.

    Kini bila persepsi sama terkena batang hidung mereka, ia tentunya tiada yang lain melainkan semuanya benar, maka itu yang terbisu dan mati kutu.

    BalasPadam
  3. Betul ,bila ohm putih cakap pasal MO1 riuh sekampung kata Najib perompak tanpa pembuktian pun.
    Tapi bila ohm putih cakap kena batang hidung sendiri macam-macam alasan diberi.


    Seburuk-buruk Najib , dia kalah dengan cara yang baik , dia akur dan tidak angkuh.
    Seburuk-buruk Najib , dia tidak pernah menghina Islam dan ulama'.

    Kita bandingkan dengan sikap Tun M dan DAP. Angkuh dan sombong.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata kamu tapi malangnya ramai rakyat termakan dgn drama atok dan kuncunya sungguh sedeh bukankah atok dulu pon ramai yg benci sampai dapat gelaran maha zalim maha putar alam

      Padam
  4. Agent zionis amerika pakaturn harpoon dari dulu lagi aktif.anwar dari dulu d sebut agent israel amerika cia tapi aku dgn hangpa tak percaya.konon anwar 'maksum' sangat....

    BalasPadam