Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia rangka kerjasama dengan Toyota, Nissan


 KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan mendapatkan bantuan daripada pengeluar kereta Jepun seperti Nissan Motor dan Toyota Motor dalam usaha mewujudkan kenderaan nasional ketiga, memetik laporan Nikkei Asian Review.

Dalam lawatan empat hari ke Fukoka, Jepun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menjadi 'kewajipan' untuk mendapatkan kepakaran Jepun bagi memenuhi piawai moden pembuatan kereta masa kini.

"Beberapa anggota delegasi saya akan melawat Daihatsu, tetapi kami ada satu syarikat yang telah menulis surat kepada Nissan dan Toyota untuk menjalinkan kerjasama," kata Dr Mahathir tanpa mendedahkan nama syarikat itu.

Daihatsu Motor merupakan hak milik penuh Toyota Motor.

Bagaimanapun, usaha membangunkan projek kereta nasional ketiga itu mencetuskan pelbagai perdebatan.

Sesetengah pemain industri menegaskan jualan tahunan kenderaan Malaysia yang kurang dari 600,000 unit tidak mewakili skala ekonomi yang diperlukan untuk pengeluaran.

Proton, projek pertama yang dibangunkan Dr Mahathir semasa menggalas jawatan sama 35 tahun lalu, sebahagian sahamnya dijual kepada pengeluar China, Zhejiang Geely Holding selepas prestasi buruk meskipun beberapa dekad menerima bantuan kerajaan.

Pembuat kereta kebangsaan kedua Syarikat Otomobil Kedua atau Perodua adalah usaha sama dengan syarikat Jepun, termasuk Daihatsu.

Dalam ucapan beliau di hadapan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menghadiri kem musim panas Japan Future Leaders School, Dr Mahathir menyifatkan kereta elektrik yang mesra alam sebagai pilihan masa depan. - Astro Awani

MR : Agaknya siapa boleh nasihat Mahathir?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Kalau mutu boleh sampai taraf eksport (seperti Hyundai dan SssnYong) takpelah.... tapi kalau hanya harapkan market tempatan : buang masa sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pentaksub mahadey xleh terima komen mcm ni...
      Klau dlm grp wassap boleh kene remove...hihi...

      Padam
  2. Nanti akan d hadiah kan ke kroni jgak. Tak payah mahathir oi,pikir macam mana nak ringankan beban rakyat sudah la. Dulu bukan main janji bulan bintang, sekarang dh menang...'kita kena tangguh dulu janji sebab masa berjanji dulu kami tak sempat nak kaji perlaksanaan nya'.pala but....

    BalasPadam
  3. Kalau eksport lemah , market tempatan lemah ,nanti rugi , bila rugi , terpaksa kena bail-out. Bila bail-out, siapa yang susah , rakyatlah akan susah.

    Stupid. Masih tak belajar dari pengalaman silam.

    BalasPadam
  4. Sonang saja !!!

    Naikkan cukai kereta jenama lain.

    BalasPadam