Header Ads

ads header

Flash News

Cerita Pomen Tua


Ada satu pomen yang sangat handal tetapi dah berumur, dia sangat mahir membaiki kereta.

Dulu dia bekerja untuk sebuah bengkel, bengkel itu sangat maju. Kemudian dia berhenti kerana dia merasakan dia sudah terlalu lama bekerja dan merasakan pomen yang ada boleh meneruskan kegemilangan bengkel itu.

Tetapi, bengkel itu mula bermasalah tak lama selepas dia berhenti. Jadi pomen tua ini mengambil keputusan untuk bekerja semula di bengkel tersebut.

Masalah mula timbul bila pomen tua ini mula bekerja semula, dia sukar bekerjasama dengan pomen yang sedia ada, maka dia mencadangkan kepada tokey bengkel untuk tukar semua pomen dan ambil pomen baru. Pomen baru yang diambil adalah kenalan baru pomen tua.

Pada awalnya nampak baik bila ada pomen baru dan pomen tua. Tokey nampak ada perubahan pada bengkel.

Masalah mula timbul bila kereta yang datang untuk diperbaiki adalah kereta berteknologi baru bukan kereta dari zaman pomen tua.

Pomen tua masih cuba memperbaiki kereta itu dengan pengetahuan dan cara yang lama. Pomen baru pula tak mahir tetapi cuba juga untuk memperbaiki kereta itu.

Kereta tak siap, masalah makin banyak. Satu kereta, ramai pomen, ramai komen tak ada kemajuan.

Pomen tua sepatutnya control dan ajar pomen muda bahawa ini kereta baru, kena repair cara baru dan mengakui ada kereta yang kita tak boleh nak repair, kena mintak tolong dari bengkel lain.

Sabarlah owner kereta.....
Lagi 5 tahun kalau tak siap nampaknya kena tukar bengkel la jawapnya

P/S: Cerita ini tiada kaitan dengan yang telah mati



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Apa yang berlaku sudah tertulis sejak azali lagi.
    Laluilah ia dengan sabar.
    Jatuh bangun sesebuah negara dan sebuah parti adalah lumrah dunia. Tiada yang kekal kecuali Allah.
    Jadi gunakanlah peluang yang ada dengan berbakti kepada agama Allah walaupun tiada siapa yang akan mengiktirafkannya. Kepada Allah sahajalah kamu patut serahkan segala hal.

    BalasPadam
  2. Ape yg di tujukan tak tepat nak bandingkan kemahiran pentadbiran perancangan dengan teknologi...

    Walopun dunia berubah orang2 yg ade tetap sama yg merubah dunia.....

    BalasPadam
  3. dok apalah pomen dah nak mati kemudian robohlah bengkel tu

    BalasPadam
  4. Masalahnya ialah pomen-pomen baru yang berkerja dengan pomen tua hanya pandai meletupkan enjin dan membakar kereta kemudian menyalahkan pemilik kereta.

    Akhirnya bengkel pomen tua dibakar oleh ramai selepas 5 tahun membaiki labu.

    BalasPadam