Header Ads

ads header

Flash News

Jangan terkejut kalau PH mungkir Janji kata Kadir Jasin


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan ada janji dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan (PH) yang tidak akan dilaksanakan langsung.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan ada janji yang terpaksa dipertimbangkan semula. Ada juga janji yang mengambil masa untuk dilaksanakan, yang bukan dalam tempoh 100 pemerintahan.

Mengakui bukan mudah untuk kerajaan PH menunaikan janji kepada rakyat dalam tempoh singkat, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, kerajaan sedang berusaha keras menampal kebocoran kewangan negara akibat rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan pemborosan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Saya yakin majoriti rakyat jelata akan memberikan secukup masa dan peluang kepada kerajaan untuk menunaikan janji-janjinya, dengan syarat ia menjalankan tugas dengan baik dan bukan berebut jawatan atau jabatan

“Memang betul. Ada janji yang ditunaikan sebaik saja Perdana Menteri mengangkat sumpah pada malam 11 Mei lalu dan ada juga yang kerajaan sendiri akui akan mengambil masa untuk dilaksanakan. Malah kita jangan terkejut kalau ada janji yang terpaksa dipertimbangkan semula atau tidak dilaksanakan langsung.

“Yang boleh ditunaikan, kerajaan telah tunaikan atau akan ditunaikan secepat mungkin. Itu pun tidak bermakna ia akan beri kesan serta-merta kepada negara dan rakyat jelata. Mesti ada janji yang ditunaikan itu mengambil masa untuk dirasai,” katanya.

Menerusi tulisan di Sinar Harian hari ini, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, sebagai rakyat kita terpaksa mengakui bukan mudah untuk kerajaan merungkai segala tindakan masa lampau.

Apatah lagi katanya, bukan semua kakitangan awam dan eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi kerjasama atau ikhlas membantu kerajaan sekarang.

“Masih ada kakitangan awam, eksekutif GLC dan pengamal media massa yang syarikat mereka dimodali oleh GLC terus setia kepada Barisan Nasional.

“Walaupun ramai telah digugurkan atau meletakkan jawatan secara sukarela masih ada saki-baki yang boleh mensabotaj usaha kerajaan untuk tunai janji dan berkhidmat kepada rakyat jelata.

“Bahkan ada yang melantik atau cuba lantik tali barut mereka untuk mengisi jawatan penting dalam jabatan dan agensi sebelum mereka dipecat atau meletakkan jawatan,” katanya.


MR : Kini rakyat dah hancing, PH kencing merata-rata. Rakyat tak kisah pun kena kencing. Lihat apa terjadi di Sg Kandis. Kalau berak pun rakyat sedia....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



8 ulasan:

  1. Betapa mudahnya puak pakatan mencipta pelbagai janji bulan dan bintang dalam manifesto pakatan untuk menipu rakyat supaya rakyat mengundi pakatan dalam PRU 14.

    Apabila terbentuk KERAjaan pakatan , pemimpin-pemimpin pakatan telah mencipta pelbagai alasan bodoh dan u-turn untuk memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri kecuali UEC dll yang menguntungkan kaum china.

    Nampaknya masih ada sebilangan rakyat yang amat suka dikencing berulang kali oleh pemimpin dan barua pakatan liberal- kafir harbi.

    Alhamdulillah sebilangan rakyat termasuk kaum Melayu Islam yang telah mula menyedari bahawa selama ini mereka telah dikencing hancing oleh KERAjaan pakatan.

    Akibatnya majoriti pakatan dalam PRK terbaru merundum dengan sangat jelas yang bererti sebilangan pengundi pakatan telah meninggalkan pakatan.

    Ini adalah petanda buruk bagi pakatan dan petanda baik untuk PAS dan UMNO.

    BalasPadam
  2. Hahah...sembang....

    BalasPadam
  3. Umno kena bersih dan dilihat bersih, baru ada peluang...jadi reform dulu, rehat dulu

    BalasPadam
  4. Betul cakak atok tu. Ada yang masih terhutang budi bukan saja pada Jibby tapi pada PM-iv pun masih ada yang terhutang body.

    Meskipun sudah meletakkan jawatan pada tahun 2000 namun ada GLC yang masih memberikan kontrak pada anak PM-iv hingga bulan April 2018.

    Atok mungkin akan kata itu lain. Kontrak itu telus dan ada kelayakan. Lagipun ia dibuat secara terbuka. Begitulah cara atok:

    Kalau terkena hidung lain atok akan membebel. Terkena batang hidung sendiri atok akan berkuntau dan backup sedaya upaya.

    BalasPadam
  5. Protes 49% pengundi adalah isyarat bahawa keyakinan rakyat terhadap PH merosot.

    BalasPadam
  6. Kalau muslim tak bersatu melawan PH ,kena sedia hadapi bala yang besar bila PH masih kekal utk penggal ke duanya... Kekuatan melayu 30% PH sukarnàk lupus kerana semua di dalamnya minda pemikiran barat dan yahudi... Apatah lagi melayu yg sudah murtad....

    BalasPadam
  7. Senang2 buat janji untuk memerangkap pengundi. Dah dapat, bagi alasan tak boleh tunaikan. Keadaan ekonomi yg teruk memang dah tahu sebelum PRU lagi, tapi pasal nak capai matlamat jatuhkan Najib, janji juga. Anak muda, orang miskin, orang baik2 semua kena tipu.
    Lidah bercabang!

    BalasPadam
  8. Kadiaq...kadiaq,hg punya otak macam lembu jugak.elaun berbelas ribu,berpuluh bagi jawatan p.m dan menteri2/timbalan,hang tak bising pulak.konon tak boleh tunai janji sebab hutang negara,tampal kebocoran la,lawan rasuah la.hang senyap ja projek langkawi new city -rm30 bilion,projek airport pulau tioman - kroni vincent tan,projek menara m - lebih tinggi dari menara trx 118 tingkat,projek ecrl - kroni vincent tan,live piala dunia rtm rm40 juta - kroni ananda krishnan, projek kabel optik TM - kroni mokhzani dan mukhriz dan banyak lagi.kadiaq,terus terang la yg janji2 pakaturn akan d laksanakan dkat pru15 nanti.terus trang la yg pakaturn ni taktik dan perangai sebijik macam b.n.

    BalasPadam