Header Ads

ads header

Flash News

Beli SPLASH RM2.55 bilion Mengapa Mahal?


Sahlah pendedahan akhbar berpengaruh di Singapura, The Straits Times iaitu Kerajaan Selangor akan beli Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.55 bilion.

Terdahulu, waima sehari sebelum itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berdolak dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia awal minggu ini.

Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 bilion jauh berbeza dengan harga dicadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta. Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh serta dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru.

Menurut The Straits Times lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 bilion manakala baki RM650 juta akan dibayar secara berperingkat selama sembilan tahun oleh pihak Pengurusan Air Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari mendakwa Kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Straits Times iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.

Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Dia kuasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia untung. Dia ialah kroni Tun Daim Zainuddin, orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Maka apakah Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga sebegini cepat. Apakah Daim ambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan bisnes, bukan bina Malaysia Baru dijanjikan?

Apakah betul Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicipta Mahathir untuk hancurkan UMNO? Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong lah siasat.

Justeru memang wajar Khalid menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia nanti. Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama.

Dan PRK DUN Seri Setia boleh menjadi medan kepada pihak pembangkang dapat melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, gejala ketidak telusan dan budaya kronisme oleh Kerajaan PH.

Mohd. Puad Zarkashi


MR : Tak ada beza sebenarnya antara PEROMPAK dan PENYAMUM....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



6 ulasan:

  1. Dulu semasa pakatan menjadi pembangkang, pakatan sibuk mengutuk Be End konon Be End terlibat dalam kronisme, nepotisme, kleptokrasi, hedonisme dll.

    Nampaknya sekarang pakatan lebih hebat dari Be End kerana pakayan mahu membeli syarikat air yang berharga RM250 juta pada harga RM2.5 billion.

    Transaksi ini adalah luar biasa dan tidak masuk akal manusia normal. Mana SPRM?

    BalasPadam
  2. Yang membongkar isu pembelian tak ikut konvensi (beli pada harga mahal dan bukan pada harga murah) adalah mantan MB sendiri yakni bukan Pas atau Umno pun.

    Kalau cakap pembesar PKR tidak didengari: tidak laku, cakap pembangkang 2x tak laku. Sepatutnya bila dua2 tak laku, cakap Pusat sepatutnya laku.

    Namun semua tahu bahawa bila Pusat lari dari perompak dia tidak masuk pelukan Robin Hood. Dia masuk pelukan penyamun.

    Maka itu harga tasik semula jadi yang menakung air hujan dibeli macam lombong emas dan kosnya dicilok dari kocek jelata.

    BalasPadam
  3. GST kensel, air percuma pun kensel... canteq!!!

    BalasPadam
  4. Negeri hanya keluarkan belanja 1/3. 2/3 lagi satu Malaya yang tampung. Cantek!!!

    BalasPadam
  5. kata negara hutang banyak ? bullshit

    BalasPadam
  6. Hutang malaysia rm680 bilion tambah hutang baru yg pakaturn buat rm22 bilion.belum sampai rm 1trilion lagi,ni tgh cuba nak bg cukup rm 1trilion hutang negara.lepas ni baru ada kebanggaan tunjuk data hutang negara ke jerangkung pakaturn ni.lepas ni jerangkung pakaturn boleh la jaja dalam facebook,twitter,whatsapp dll yg pemimpin pakaturn x pernah menipu.

    BalasPadam