Header Ads

ads header

Flash News

Kalau harta Jamaluddin Jarjis 2.1 billion, berapa harta Mahathir?


Saya tak tahu dan tak terfikir bahawa harta peninggalan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) adalah 2.1 billion sehingga ibunya Aminah Abdullah, 83 tahun menutut mendapatkan bahagian yang sah atau faraid seperenam daripada peninggalan harta pusaka tersebut.

Saya tak mahu buat apa-apa tohmohan tetapi sangat sukar bagi saya untuk menjelaskan bagaimana seorang bekas Menteri Kewangan Kedua mempunyai harta sebanyak itu?

Kita belum tahu lagi berapa ramai pimpinan UMNO yang mempunyai harta mungkin lebih daripada apa yang dimiliki oleh JJ

Mahathir Mohamad adalah Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim di pecat. Mahathir pernah memberi jawatan Menteri Kewangan sekejap kepada Tun Daim dan kemudian mereka ada sedikit krisis antara Tun Mahathir dan Tun Daim, akhirnya Mahathir mengambil alih semula jawatan Menteri Kewangan dan antara yang menjadi Menteri Kewangan Kedua semasa Mahathir menjadi Menteri Kewangan ialah  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) iaitu pada 20 November 2002 sehingga 26 March 2004 sehingga Pak Lah menukar JJ ini kepada  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Januari 2004 - Mac 2004), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2004 - Mac 2008) dan akhir sebelum meninggal dunia sebagai   Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (Julai 2009 - Februari 2012).

Kalau JJ ada duit 2.1 billion. Tak hairan lah anak-anak Mahathir menjadi antara orang terkaya di Malaysia. Kalau bapa Mahathir macam bapa Najib kita mungkin tak berapa hairan. Kalau atuk Mahathir sama dengan atuk Najib antara yang ada saham dengan pusat judi genting yang berpendapatan 160 billion setahun kita tak hairan.

Saya pernah membaca pendedahan Mahathir mempunyai sekitar US $40 billion dan tercatat di Wikipedia dan paling aneh berlaku nama Mahathir Mohamad dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.


Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?). Pembaca boleh rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan.
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Tak hairan kalau mengikut sumber maklumat tidak rasmi Mahathir menyalurkan lebih kurang RM500 juta (½ billion) untuk Harapan menggunakannya dalam kempen menjatuhkan Najib sehingga berlaku krisis dalam PKR dalam menentukan siapa pimpinan Harapan sehingga Nurul Izzah pergi membujuk Mahathir di luar negara pada masa itu.

Itu belum lagi berapa banyak duit untuk kempen melobi dalam DAP sehingga DAP sanggup menerima Mahathir. Dalam isu ini mengikut maklumat hanya parti Amanah sahaja yang mudah berkira, beri aje duit terus terima tanpa soal.

Cuba bayangkan 222 kerusi parlimendan 505 kerusi DUN yang mana bahan kempennya ditukarkan kepada logo PKR pada saat akhir yang difahamkan semuanya sebelum ini tersedia untuk PRU dengan logo masing-masing. Berapa kosnya? Semuanya Mahathir boleh selesaikan kerana bagi Mahathir "MONEY IS KING".

Tapi Mahathir cerdik dia buat tahi tapiNajib yang terpalit. "Money Is King" dilemparkan kepada Najib sebagaimana dia lemparkan tuduhan kepada Najib bahawa Najiblah perompak wang rakyat. Sedangkan sebelum ini 22 tahun dia dalam UMNO memperkayakan anak beranak dan kronik dengan MEROMPAK WANG RAKYAT. Rakyat tertipu sehingga Mahathir menjadi suci dan bersih. Budak-budak lahir selepas zaman reformasi sangat mengaungkan Mahathir kerana mereka baca buku sejarah yang menceritakan kehebatan Mahathir sebagai bapa permodenan Malaysia. Mereka tak tahu Mahathir bapa firaum, Mahazalim dan perosak bangsa dan agama serta perompak wang rakyat.

Saya tak ulas panjang cukup sekadar itu. Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya ingin imbas bagaimana bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia dalam politik mereka seperti Tengku Razaligh yang banyak menggunakan wang untuk parti Semangat 46, Anwar Ibrahim untuk PKR, Mahathir dengan Bersatu. Daim aje yang tidak terlibat secara serius.

Mereka semua mempunyai wang yang sangat banyak....
Mana mereka dapat?K
Kalau tak merompak hak milik rakyat.
Rakyat jangan mudah bodoh dan terperdaya dengan kata-kata manis mereka ini.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Kena siasat jugak ni...hehehe

    BalasPadam
  2. berani kau tuduh mader kutty wal kutuk tu mat sabun dah menyucikannya sesuci tahi kit sial

    BalasPadam
  3. Semasa Pak Dir memerintah negara, pelbagai skandal dan bailout telah berlaku untuk menyelamatkan kroni-kroni ternakan Pak Dir. Pelbagai skandal dan bailout tersebut amat merugikan rakyat dan negara dan menguntungkan keluarga dan kroni Pak Dir. Maka Pak Dir telah menjadi dewa wang.

    Apabila Pak Dir menyertai pakatan munafik liberal-kafir harbi, Dewa Banglo Terlajak Diskaun telah men'suci'kan Pak Dir dari semua skandal dan bailout tersebut. Maka Pak Dir dan keluarganya menjadi manusia 'suci' yang kaya RAYA ! Dewa Pak Jib pun tak boleh lawan Pak Dir walaupun Pak Jib murid Pak Dir.

    Dan Pak Dir sebagai dewa wang dipuja dan disembah oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi maka tarafnya dewanya telah meningkat ke taraf lebih tinggi iaitu kepala bapak liberal.

    BalasPadam
  4. alangkah cantik kalau semua ini dapat dibuktikan kalau sakadar cakap begini dah sama macam Pak Dir buat kat Pak Jib Kesian Pak Jib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skandal BMF & Forex - Penasihat DAP Mahu Tun Mahathir Bertanggung Jawab Terhadap Sebarang Salah Laku ?

      https://www.youtube.com/watch?v=vB8SGyNMDBA

      Padam
  5. Encik abbas,arwah j.j ni memang ahli perniagaan.2.1 -2.2 bilion ni,2 billion adalah pegangan saham.dia balik belajar dari kanada,dia mengajar dulu selama 6 tahun sebelun dia buka syarikat dia(elektrikal). Mahafiraun ni pulak dia cuma doktor,ada klinik d alor setar. Pandai nya maha firaun ni dari arwah j.j sebab mahafiraun ni jd p.m dan menteri kewangan,arwah j.j cuma menteri kewangan ke 2.sapa berani rompak lagi banyak dari mahafiraun ni masa mahafiraun jd p.m ke 4 dulu?tengok anak2 mahafiraun dh la,firaunzan - daďykasi,firaunzani -daddykasi, firaunrina -daddykasi, firaunbotakatas -daddykasi.tu belum kira anak angkat mahafiraun lagi tu.

    BalasPadam
  6. Jamjar pandai, sambil kerja sambil invest..

    Kesian anak Jamjar dan Pn Aminah dimain-mainkan oleh Najeb & Khairiah yang kedua ni adik tiri Jamjar

    BalasPadam