Header Ads

ads header

Flash News

Pasaraya Wakaf PAS Kini Dalam Fasa Pembinaan


KUALA DUNGUN, 26 OGOS 2018 - Pasaraya Wakaf PAS dibawah Lajnah Ekonomi PAS Pusat kini memasuki fasa pembinaan.

Menurut pengurus projek, Ust Ahmad Asyraf "Semalam kita telah bawa pekerja-pekerja kontrak untuk membersihkan tapak sekaligus membawa masuk barang-barang asas pembinaan."

Pasaraya Wakaf PAS ini menelan belanja sebanyak RM 12 juta dan bakal memberikan pulangan pendapatan kepada PAS RM 60 ribu sebulan.

"Alhamdulillah, hari ini kita turut menjemput Ahli Parlimen Dungun, YB Ust Haji Wan Hassan Mohd Ramli untuk melihat sendiri perkembangan projek Pasaraya Wakaf PAS ini." ujarnya lagi.



Majlis Pelancaran Pembinaan Pasaraya Wakaf PAS ini akan disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat, YB Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri "InsyaAllah, kita telah mendapat persetujuan, hanya menunggu tarikh Tuan Guru Presiden yang dijangka pertengahan September ini." ketika dihubungi semalam.

Ketika ditemui di tapak projek, YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli turut gembira melihat perkembangan positif pembinaan pasaraya ini.

Sumbangan dan wakaf RM 30 masih diperlukan, dan boleh dimasukkan terus ke akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697

Maklumat lanjut mengenai Pasaraya Wakaf PAS ini boleh di dapati menerusi laman web www.wakafummah.com

Like & Share FB Lajnah Ekonomi PAS Pusat : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1035817043292995&id=559464100928294


MR : Idea Pasaraya Wakaf ini sangat baik dan menarik. Sangat baik jika disebar luaskan seluruh negara....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan