Munafik Salaf Vs Munafik Kalaf
Sejarah Islam menobatkan Abdullah bin Ubai sebagai bapa munafik. Beliau hidup sezaman dengan Rasulullah saw. Ketika dia mati, Rasulullah saw telah bersolat jenazah keatas mayatnya, walau pun cuba dinasihati (halang) oleh Sayaidina Umar ra untuk tidak melakukannya.
Namun Rasulullah saw tetap melakukannya dengan alasan "persaksian Islam" (shadatain) Abdullah sendiri. Malah beliau (Abdullah) kerap kelihatan solat berjemaah di saf pertama dibelakang Rasulullah saw.. Selepas solat jenazah, turun wahyu (al-Quran) yang mengharamkan buat selama-lamanya solat dan berdiri (hormat) di kubur keatas mana-mana orang munafik yang mati.
(Munafik ialah orang yang zahirnya Islam tetapi
hatinya kafir, benci dan mahu menghancurkan Islam. Apa yang ada pada
penampilan zahir tidak sama dengan apa yang terpendam di hati (batin)).
Cuba
renung baik-baik, ada tak orang atau pertubuhan atas nama Islam yang
tanpa perasaan (tanpa disedari) kerjanya mahu meruntuhkan/merosakkan
Islam sama ada dasarnya, strukturnya, sistemnya........aqidahnya,
syariatnya, akhlaknya...... Mereka cuba membentuk acuan Islam yang baru
dan tersendiri sesuai dengan nasional dan akal pemikiran mereka atau
mencorak Islam yang disenangi dengan barat/kafir, Kristian, Yahudi,
Freemansion, Hindu. (dan banyak lagi).
Mereka menolak nas yang bertentangan dengan rasional akal (bukan membimbing akal dengan nas), mahu mentafsir al-Quran bersesuaian dengan zaman (sedangkan al-Quran sesuai untuk sepanjang zaman hingga kiamat), menolak tafsir muktabar dan melakukan pelbagai kerja lagi .Akhirnya Islam jadi rojak. Adakah golongan ini merupakan salah satu daripadany?.Ana pun termenung memikirkannya. Takut-takut jawapannya "Ya".

Surtahman Kastin Hassan
MR : Ada 4 sifat munafik yang boleh dilihat dengan jelas untuk kita mengukur sifat sebenar golongan munafik dalam politik Malaysia....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :
ramai ostad2 yang kononnya alim rupa2nya tidak seperti disangka. lepas tahun 2015 baru kenal siapa mereka.
BalasPadam